MB Terengganu Mahu Ditunjukkan Bukti Jika Benar Duit Royalti Minyak Digunakan Untuk Parti Pas




MB Terengganu Mahu Ditunjukkan Bukti Jika Benar Duit Royalti Minyak Digunakan Untuk Parti Pas


Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meminta pihak berkaitan mengemukakan bukti jika benar wujudnya ketidakadilan dalam agihan wang royalti.

Katanya, jika benar berlaku sikap tidak telus dengan mengagihkan wang itu kepada parti dan bukannya kepada pentadbiran kerajaan, pihak terbabit diminta membawa bukti yang sahih.




"Kerajaan telus berkaitan perkara ini kerana setiap sen duit yang dikeluarkan akan diaudit bagi mengelak penyelewengan. Jadi jelas, perkara yang dituduh adalah tidak benar," katanya.

Pada sidang Dun ke-14 lalu, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri menerima bayaran royalti minyak dan gas sebanyak RM300 juta yang dibayar sebanyak dua kali iaitu pada Ogos dan awal Oktober lalu.




Katanya, kerajaan Terengganu berharap menerima baki bayaran wang royalti berjumlah antara RM400 juta hingga RM500 juta daripada Petronas sebelum akhir tahun ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Pesaka Negeri Terengganu di Muzium Negeri Terengganu semalam.

Sumber Teganukita.net







Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu