Progress Terkini Pembinaan Lebuhraya CSR Dari Kota Bharu Ke Kuala Lumpur




Progress Terkini Pembinaan Lebuhraya CSR Dari Kota Bharu Ke Kuala Lumpur


Alhamdulillah. Apa yang saya baca kat website UPKN Kelantan cukup mengembirakan saya dan mungkin jugak kesemua warga pantai timur.

Projek Lebuhraya CSR kini sudah pun memasuki kawasan Gua Musang Di Kelantan dimana pembinaan lebuhraya bermula dari sempadan Kelantan sehingga bulatan ke kawasan industri dan Bandar Baru Gua Musang.




Kini kerja-kerja meratakan tanah sedang giat dijalankan kontraktor.



Untuk makluman korang semua, Projek dari Benta ke Kampung Seberang Jelai Merapoh dimulakan pada 2008 sepanjang 55.35 km, kini siap sepenuhnya. Manakala di sebelah dalam Kelantan pulak, jajaran Pasir Hor sepanjang 10 km sudah pun dibuka kepada lalulintas. Fasa seterusnya di Kota Bharu sedang giat dijalankan.

Yang merisaukan saya adalah di jajaran Machang dimana kat situ kerajaan negeri kelantan mengambil tanggungjawab membinanya sepanjang 10 km. Namun perkembangan jajaran ini tidak pulak diketahui setelah beberapa kali bertukar kontraktor. Jajaran ini sepatutnya siap pada tahun 2019.


Yang bestnya pasal Lebuhraya CSR ini adalah kerana ianya lansung tiada toll dan mempunyai 2 lorong sehala menjadikannya 4 lorong kesemuanya.



Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan