Terengganu Hasilkan Diesel Dari Bahan Buangan Plastik





Kerajaan negeri akan menilai penghasilan minyak Diesel secara komersial dengan menggunakan sisa buangan daripada bahan plastik.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, antara kelebihan dengan wujudnya teknologi ini, ia akan dapat mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar daripada 100 peratus menjadi 10 peratus di kawasan operasi. “Kos yang ditanggung oleh pihak kerajaan untuk penyelenggaraan dan pelupusan sampah juga  dapat dikurangkan secara tidak langsung jika adanya inovasi seperti ini dengan kaedah yang mudah dan selamat,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika menghadiri lawatan Tapak Projek "Plastic to Fuel" di kilang Syngas, Gong Badak, hari ini.




Dr. Alias menyifatkan inovasi tersebut mempunyai prospek cerah di pasaran memandangkan permintaan yang tinggi daripada pengguna kenderaan di samping dapat menghasilkan biomas ataupun tenaga yang boleh diperbaharui. “Kerajaan bersedia untuk menjalin kerjasama bagi memajukan industri ini yang secara tidak langsung akan membuka peluang pekerjaan buat penduduk tempatan. "Selain itu, ia juga memberi kesan positif kepada tapak pelupusan sampah sedia ada," katanya.



Sementara itu, Pengurus Besar Syarikat Syngas, Ahmad Zaim Bin Mohamad Adan berkata, teknologi yang dibina dapat menghasilkan 200 liter Diesel hanya dalam masa sejam. "Mesin yang bernilai RM6 Juta ini merupakan binaan tempatan dan mampu menghasilkan kapasiti minyak sebanyak 5,000 liter dalam satu masa," katanya.

Sumber Teganukita.net


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan