Walaupun Cacat Namun Dengan Berkat Usaha Mampu Mendapat RM800 Seminggu





Walaupun Cacat Namun Dengan Berkat Usaha Mampu Mendapat RM800 Seminggu


Jika dahulu hanya restoran makanan segera sahaja yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan, sekarang semakin banyak pengusaha makanan menawarkan perkhidmatan yang sama dan kebaikannya semakin banyak tawaran pekerjaan buat anak-anak muda diluar sana.

Kerja sebagai penghantar makanan bukan mudah kerana mereka perlu berhujan dan berpanas tetapi ianya tidak menjadi penghalang buat seorang anak muda ini yang merupakan insan istimewa untuk mencari rezeki yang halal daripada meminta sedekah seperti orang lain.






Baru-baru ini seorang pengguna Twitter meluahkan rasa kagum dan bangga dengan seorang penghantar makanan istimewa ini yang mampu menjana pendapatan sehingga RM800 seminggu dan tiada alasan untuk tidak bekerja walaupun keadaan fizikalnya tidak sempurna seperti orang lain.

Lelaki istimewa bernama Shahran itu memberitahu dia sudah biasa menunggang motosikal dan bekerja sebagai penghantar makanan sepenuh masa. Pengguna Twitter itu juga turut berkongsikan nombor telefon pemuda tersebut jika ingin mendapatkan penghantaran makanan.

Diruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata netizen kagum dengan kesungguhan pemuda istimewa ini yang gigih mencari rezeki walaupun serba kekurangan. Kata netizen lagi, pemuda seperti ini patut dijadikan inspirasi kerana ramai mereka yang sempurna diluar sana yang hanya tahu merugut daripada berusaha.


Seorang netizen turut berkongsikan akaun Instagram Syahrain untuk melihat caranya membawa motor. Katanya lagi, Syahrain sebelum ini pernah tular di media sosial kerana cara keistimewanya menunggang motorsikal.


Jika insan istimewa seperti Syahrain boleh berusaha untuk mencari rezeki halal dan tidak mengharapkan simpati, apa pula alasan anda ?

Sumber Vitdaily




Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan