Boss Gadget Solution - Kisah Anak Kelantan Yang Berjaya Dalam Bisnes




Boss Gadget Solution - Kisah Anak Kelantan Yang Berjaya Dalam Bisnes


Sudah puas bekerja dengan orang lain menjadi alasan kepada owner Boss Gadget Solution yang terletak di Jalan Telipot/Lembah Sireh untuk memberanikan diri menceburi bidang perniagaan pulak.

Kerana beliau mahir dalam repair telephone, tablet & PC, beliau mengambil keputusan membukak kedai membaiki gadget. Sebut sahaja Huawei, iPhone, Samsung atau apa-apa brand semua beliau boleh repair.

Beliau membukak bisnes ini pertengahan tahun 2018 dengan modal hanya sekitar RM4000. Menurut beliau, hanya modal sebanyak itu yang termampu untuk permulaan. Beliau bagitau time awal-awal berniaga tu kadang-kadang lansung tiada customer, maklumlah ramai lagi tak tahu pasal service yang beliau tawarkan.


Untuk memperkenalkan service yang ditawarkan, beliau cuba membuat marketing sendiri dengan mencetak brochure untuk diletakkan kat kereta & jugak promotion melalui media social. Beliau jugak turut menggunakan khimat page-page famous dan ramai pengikut untuk memperkenalkan service membaiki gadget beliau.


Hasil usaha beliau akhirnya pay off apabila selepas dua ke empat bulan kemudian, kedainya mulai dikunjungi oleh pelanggan yang gadget mereka bermasalah dan perlu dibaiki. Tambahan pulak dengan caj yang beliau kenakan agak murah berbanding dengan tempat lain membuatkan kedai beliau menjadi pilihan pelanggan untuk membaiki gadget.




Alhamdulillah sekarang beliau bagitau untuk mendapat RM3000 ke RM4000 sebulan sudah tidak menjadi satu masalah. Time bekerja dulu dia bagitau jangan haraplah nak dapat income sebanyak ini.

Dia menasihatkan kepada anak muda yang berminat nak berniaga tu jangan takut. Beranikan diri untuk mengambil risiko. Inshallah risiko yang diambil itu berbaloi. Cumanya dia pesan jangan menipu dalam berniaga. Sekali menipu selamanya orang akan ingat.


By the way kepada mereka yang mempunyai masalah kerosakan telephone/tablet/laptop/pc, beliau boleh dihubungi di 0196199157. Facebook official beliau boleh klik sini Boss Gadget Solution

Follow Facebook Maafsebut untuk info terbaik kelantan terengganu pahang



Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Kisah Anak Kelantan Yang Berjaya Dalam Dunia Perniagaan

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan