Siapa Minat Jam G-Shock ? Diorang Baru Sahaja Keluarkan Koleksi Terbaru MR-G Yang Berharga Belasan Ribu Ringgit Seunit



Siapa Minat Jam G-Shock ? Diorang Baru Sahaja Keluarkan Koleksi Terbaru Yang Berharga Belasan Ribu Ringgit Seunit


MR-G merupakan koleksi mewah daripada G-Shock dan baru-baru ini, Casio memperlihatkan model baharu daripada siri berkenaan, MRGG2000RJ-2A.

Material yang digunakan untuk model ini ternyata sangat mewah dan berkualiti; hadir dengan casing titanium, cermin kristal yang kalis calar serta strap yang diperbuat daripada getah Dura Soft Fluoro-Rubber.



Terdapat juga tulisan pada bahagian belakang jam ini yang tertulis “Jyuryokumaru” (graviti) dengan gaya tulisan tradisional Jepun. Lebih menarik, ianya ditulis dengan tangan oleh swordsmith terkemuka di Jepun, Teruhira Kamiyama. Ianya sebagai simbolik jam tangan Mr-G ini dihasilkan sangat teliti ibarat menghasilkan pedang samurai yang sebenar.







Seperti biasa, ianya hadir dengan teknologi G-Shock sedia ada seperti 200M water resistance/shock resistance, sambungan Bluetooth®, sambungan signal GPS, Super Illuminator, teknologi Multi-Band 6 serta teknologi pengecasan bateri secara solar.

G-Shock MRGG2000RJ-2A ini bakal dijual dengan harga $4,300 (~RM17,735) dan akan berada di pasaran Februari depan.

Sumber the vocket


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Anak Kelantan Yang Berjaya Dalam Dunia Perniagaan

Kota Bharu : Baru Lama Yang Masih Under Construction

Warga Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang Adalah Yang Terlawa & Terhensem Di Malaysia