Takde Idea Nak Makan Kat Mana Di Kelantan ? Korang Wajib kena Try 10 Kedai Makan Ini




Takde Idea Nak Makan Kat Mana Di Kelantan ? Korang Wajib kena Try 10 Kedai Makan Ini

gambar vitdaily

Sebut saja Kelantan, kita tahu sangat bahawa negeri ini merupakan syurga makanan. Bermula dari sarapan sehinggalah ke tengah malam, pasti ada lokasi yang kita boleh kunjungi. Meh saya tolong anda kat mana nak makan sedap kalau tetiba rakan-rakan korang mintak cadangkan tempat makan best.




1. Nelly Cafe Kok Lanas

Teringin nak makan sup tomyam udang pekat giler ? Nak try sup komunis yang pelik ? Korang wajib kena datang sini

2. Yaacob Western Cafe

Kalau korang suka makan western tapi nak murah boleh datang sini confirm puas hati.

3. Kedai Kak Mah Sate 3

Bagi saya, satay kat kedai kak mah sate 3 ini antara yang tersedap setakat ini yang pernah saya makan. Ditambah pulak dengan sajian unik seperti sate rusa, sate rabbit, sate wagyu dan macam-macam jenis sate yang takde kat tempat lain




4. Selera Warisan Che Siti

Kedai ini menjadi pilihan saya kerana jus nangkanya yang setakat ini tiada dijual kat tempat lain. Kedai di area Kok Lanas ini menyajikan masakan panas seperti ayam pauh dan tomyam pada harga yang murah. So sesuai sekali untuk mereka yang nak makan sedap tapi bajet.

5. V'E Cafe

Reason kenapa saya suggest kedai makan ini kerana akak yang menguruskan tempat ini pandai masak. Vietnam roll & ayam korea antara favourite pelanggan disini.

6. River Village Rooftop

Tempat ini menjadi pilihan saya kerana 1st shellout yang saya habis makan berdua !! View kat sini lawa dikelilingi oleh bendang yang luas especially time petang.




7. Restoran Saudara Wakaf Bharu

Teringin nak makan masakan kelantan kampung yang betul-betul authentic ?? Kat sinilah jawapannya. Bagitau saya kat mana lagi ada jual ikan bekok goreng ?? Sini jea ada.

8. Nasi Kukus Warisan

Kalau kat Kelantan tak makan nasik kukus tak sah. Kalau nak makan yang sedap kena singgah kat Nasik Kukus Warisan kerana inilah yang original.

9. Bonda Yong Tau Fu

Yong tau fu kat mana-mana sama jea. Yang membezakannya adalah pencicahnya dan sup. Kerana itu kalau nak try pencicah yang sedap wajib kena makan kat sini. By the way yong tau fu kat sini dihidangkan bersama-sama sup dimana-mana jarang dijual begini kalau di Kelantan.

10. Abe Cendol Salor

The best cendol in town !! Wajib try. Tak try rugi !!

By the way banyak lagi tempat makan best kat Kelantan nih tapi tak sempat nak bagitau semua. Untuk kali ini saya share 10 tempat dulu. Inshallah next time saya akan kongsikan pulak kedai makan lain yang best kat Kelantan. Jangan lupa untuk like Facebook Maafsebut dengan klik SINI !!


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu