Hukuman Yang Lebih Berat Kepada Penghina Agama - Menteri



Kanun Keseksaan dicadang agar dipinda bagi memberi hukuman lebih berat kepada mereka yang didapati menghina agama.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata pindaan berkenaan secara dasar dipersetujui dan dijangka dapat dibentang pada sesi pertama sidang Dewan Rakyat tahun ini iaitu bulan hadapan, selepas dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.

Beliau berkata cadangan pindaan itu bagi mewujudkan satu klausa khusus supaya mereka yang menghina agama boleh dianggap sebagai melakukan jenayah dan diberi hukuman berat.




"Kami buat dalam Kanun Keseksaan hanya kerana kami rasa sudah ada peruntukan itu (dalam Kanun Keseksaan) cuma kami nak bagi ketat lagi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran Standard Penarafan Masjid di Wilayah Persekutuan di ibunegara hari ini.

Tegas Mujahid, pindaan itu tidak hanya spesifik kepada penghina agama Islam, tetapi semua agama dalam negara.




"(Cadangan pindaan merangkumi) Sama ada menimbulkan kebencian antara agama, timbulkan satu perkara tidak betul supaya orang marah (antara agama) pun dimasukkan dalam konteks kebencian agama.

"Sebab itu kami nampak (pindaan ini) lebih luas dan sudah tentu siapa yang menghina Rasulullah juga akan dimasukkan dalam perenggan ini (klausa khusus yang akan diwujudkan) tetapi dengan syarat-syarat yang akan ditentukan," katanya.

Sumber Bernama


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan