Kerabu Lawa - Hidangan Kelantan Yang Dilupakan
KERABU LAWA, bukannya bermaksud cantik atau dalam english beauty. Lawa ni kalau anda semua nak tahu sejenis makanan orang-orang kat dalam negeri Kelantan.
gambar nik suraya
Lawa nie kalau anda semua nak tahu sejenis kerabu yang dibuat menggunakan ikan mentah, ya, diulang, ikan mentah, ala-ala makanan jepun pulak. Dan bukan semua spesies ikan boleh dibuat lawa, kata orang tua, tak akan jadi, nak kena guna ikan tambang jugak, barulah lawa nie menjadi dan sedap untuk dimakan.
Cara penyediaannya, aku takleh nak cerita kerana aku pun tak pernah tengok macam mana rupa lawa nie. Aku tahu nie pun berkebetulan time tengah tengok Taste of Indonesia, ada klip pengacara tengah try shasimi ikan merah, time tulah nenek aku pun tersebutlah yang orang kelantan kita pun makan ikan mentah jugak. Aku tanya nenek aku macam mana nak buat lawa, dia pun takleh nak cerita sebab dia pun tak berapa pandai tapi dia cakap adiknya pandai buat lawa. So, aku on plan nak berkunjung kerumah nenek sedara aku. Nak tanya dia macam mana nak buat lawa.
So soon, kalau aku dah tahu secret nak buat lawa, akan aku share kat sini untuk hidangan pengunjung blog nie.
Mudah aje nak buat lawa
BalasPadam