Rundingan Projek Keretapi ECRL Pantai Timur Diantara Malaysia China Sudah Memasuki Peringkat Akhir





Malaysia dan China hampir mencapai kata sepakat untuk memulakan semula projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang sebelum ini mahu dibatalkan kerajaan, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

China bersedia untuk mengurangkan tandar harga AS$20 bilion (RM81 bilion) bagi projek itu dan rundingan sedang ‘di peringkat akhir’, kata Saifuddin dalam satu temubual bersama Bloomberg.




Rundingan diketuai oleh Tun Daim Zainuddin, yang juga penasihat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu bertujuan untuk mengurangkan kos dan mengecilkan saiz projek terbabit.

“Ia (ECRL) tidak dibatalkan kecuali kita gagal memuktamadkannya,” kata Saifuddin.

“China memahami kekangan kita dan bersedia untuk mengecilkan saiz projek dan kosnya. Rundingannya mungkin di peringkat akhir.





Dalam temu bual itu, Saifuddin yang turut membincangkan mengenai pelaburan asing juga berkata, pihaknya merancang untuk membuka semula pejabat kedutaannya di Pyongyang dan berbincang dengan minoriti Muslim China menerusi pendekatan lebih bijak.

“Selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan pada Mei tahun lalu, Dr Mahathir ‘telah menguji’ hubungan Malaysia dengan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia itu.

“Selain projek kereta api itu, beliau turut membatalkan projek saluran paip minyak dan gas yang disokong oleh China selain memberi amaran menentang ‘kolonialisme versi baharu’ dalam lawatannya ke Beijing.

Akhbar milik kerajaan China, Global Times, tahun lalu membidas kenyataan “tajam” Dr Mahathir, dengan mengatakan ia pastinya akan menjadikan pelabur China bimbang dengan pandangan umum Malaysia dan suasana sedemikian akan menjejaskan pelaburan negara ini.


Bagaimanapun, kebelakangan ini, terdapat isyarat Malaysia mahu meredakan ketegangan dalam hubungannya dengan China.

Dr Mahathir bulan lalu, mula memperlahankan kelantangannya dan berkata kerajaan membatalkan projek berkenaan hanya disebabkan oleh kos, menyebabkan rundingan diperbaharui.




Projek ECRL sepanjang 688 kilometer dilancarkan pada 9 Ogos 2017 dan dijadual siap pada 2024.

Bagaimanapun, projek itu ketika ini sedang dikaji semula oleh kerajaan.

Sumber Bloomberg/Berita Harian/The Financial Daily




Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan