Laungan Azan Jumaat Disiar Secara Langsung, Ribuan Rakyat NZ Hadir





Hari ini genap seminggu tragedi tembakan di beberapa buah masjid di Christchurch. Sebagai tanda penghormatan terakhir, azan solat Jumaat disiarkan secara langsung di seluruh negara Jumaat di ini rakyat di minta berdiam selama dua minit.

Azan berkumandang 1.30pm dan kira-kira 8.30 pagi waktu Malaysia. Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arderna turut hadir ke Masjid Al Noor, ketika solat Jumaat sebagai tanda penghormatan.




Turut mengenakan sehelai selendang menghormati acara pagi tadi, Jacinda Arderna meluahkan rasa simpati dan bersedih di atas apa yang berlaku. Dalam ucapan pendek, Jacinda Arderna dia menyeru rakyat New Zealand untuk bersatu walau dalam apa juga pun keadaan.


Hari ini turut diisytiharkan sebagai #HeadscarfForHarmony sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada Muslim yang terlibat dalam tembakan di Christchurch. Di media sosial, rata-rata komuniti wanita New Zealand memuat naik gambar berhijab sebagai tanda sokongan.



Disebalik tragedi, ada hikmahnya dimana masyarakat non muslim mula ingin tahu apakah itu Islam.

Marilah kita semua berdoa kepada mereka semua agar mendapat syahid dan ditempatkan bersama para shuhada.


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu