Tragedi Christchurch: Wisma Putra Sahkan Kematian Haziq





Muhammad Haziq Mohd Tarmizi disahkan antara 50 mangsa yang maut dalam serangan pengganas di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu.

Pengesahan dibuat oleh Wisma Putra dalam satu kenyataan media pagi ini.





Muhammad Haziq, 17 tahun, adalah anak Mohd Tarmizi Shuib, 46, seorang rakyat Malaysia yang turut cedera dalam serangan tersebut.

Rakyat Malaysia lain yang cedera dalam insiden itu ialah Muhammad Nazril Hisham Omar, 46, dan Rahimi Ahmad, 39.




Sebelum ini, kematian Muhammad Haziq dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh.

Namun Wisma Putra dalam kenyataan susulan berkata, ia hanya akan membuat pengesahan selepas pihak berkuasa New Zealand membuat kenyataan rasmi.

Sumber Berita Awani

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu