Walaupun Terpaksa Mengadap Jem Belas-Belas Jem Tetap Nak Balik Beraya Di Kelantan


Dekat sahaja kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, maka berbondong-bondonglah sang perantau mahu pulang ke kampung. Tak terlepas jugak bagi warga Kelantan yang bekerja di rantauan.

Bagi yang bujang, kemudahan pengangkutan seperti bas ekspress dan kapal terbang menjadi keutamaan. Takpe tiket kapal terbang mahal, janji dapat balik beraya kat Kelantan. Ada jugak yang sanggup meredah ratusan kilometer dengan motor (selalunya kerana diorang malas nak beli tiket sebab tak tahu cuti dapat ke tak, so senang cite balik jea dengan motor).




Bagi yang berkeluarga pulak, pulang dengan kereta menjadi pilihan kerana ianya option yang lebih murah berbanding mode transport lain. Imaginelah kalau satu family nak angkut balik dengan kapal terbang. Time musim perayaan nih jangan haraplah tiket murah, mahu riban-riban perlu berhabis. Kerana itu kebanyakan mereka yang berkeluarga lagi prefer pulang ke Kelantan dengan kereta walaupun mengetahui mereka terpaksa merempuh perjalanan yang mencabar mengambil masa berbelas-belas jam. 




Yang tak bestnya kalau balik dengan kereta nih kerana jalan nak balik Kelantan tak seindah sebelah pantai barat. Kalau kat pantai barat, jalan disana luas dan selesa, jalan nak balik Kelantan pulak entahlah, sukar saya nak bercerita. Imagine jalan kecil selorong nak menerima jutaan kenderaan yang mahu pulang ke Kelantan. Mana tak tersumbat jalan tu. Pengalaman dari mereka yang saban tahun terpaksa menempuh perjalanan yang mencabar ini tahulah macam mana azabnya dengan takleh nak bergerak laju, tersekat berjam-jam dan terpaksa mengharungi perjalanan yang cukup memenatkan selama berbelas-belas jam. Bukan perkara yang mustahil apabila bertolak malam dan akan tiba di Kelantan petang esoknya. 

Harapan kami semua ini mahu Lebuhraya CSR yang menghubungkan Kota Bharu dan KL dapat disiapkan dengan cepat. Highway tanpa toll beratus kilometer ini adalah selebar 4 lorong dan dijangka siap kemungkinan pada tahun 2024. Sesetengah jajaran seperti di Kelantan dan Pahang sudah pun dibukak kepada lalulintas. Namun, jika keseluruhan jajaran tidak dibukak sepenuhnya, warga Kelantan terpaksa bersabar menempuh jem belas-belas jam untuk pulang ke kampung. 




Satu lagi option yang akan memberi keselesaan kepada warga Kelantan untuk pulang ke kampung adalah jika LPT3 yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kelantan dibukak kepada lalu lintas. Jika LPT3 ada, warga Kelantan yang mahu pulang ke kampung akan ada alternatif, tak perlu lagi melalui jalan tengah tapi boleh lencong ke Terengganu dari Pahang dan seterusnya ke Kelantan. Sekarang kalau yang memilih untuk pulang ke Kelantan dari Terengganu terpaksa menghadap jem dari Kuala Terengganu ke Kelantan sebab LPT3 takde lagi. 

By the way, sebagai penutup, walau excited macam mana pun nak balik Kelantan tu, warga perantau Kelantan diingatkan supaya tidak menjadi pelesit jalan raya. Drive berhemah jea, takyah nak kalut sangat nak memecutlah, nak memotonglah kerana semua orang pun nak sampai cepat ke Kelantan. Kita semua mesti taknakkan tersenarai dalam statistik kemalangan jalan raya. Kita semua taknak kepulangan kita disambut dengan tangisan sanak saudara, kita semua nak disambut dengan air mata kegembiraan.



Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan