Brader Kat Terengganu Nih Raih RM1000 Sehari Hasil Jualan Keropok Lekor


Seorang peniaga keropok lekor di Wakaf Tapai berjaya meraih pendapatan RM1,000 sehari sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri.

Pemilik ‘Peza Keropok Lekor Wakaf Tapai’, Faizal Yunos, 32, berkata, dia tidak menyangka mampu memperoleh hasil sebanyak itu.



Katanya, permintaan terhadap keropok lekor meningkat sepanjang tempoh itu dan kebanyakannya untuk majlis rumah terbuka hari raya.

Menurut Faizal, usahanya untuk menghasilkan keropok lekor berkualiti selepas diuji dengan masalah kewangan empat tahun lalu, akhirnya membuahkan hasil apabila produknya itu dipuji oleh masyarakat di sekitar Marang.


Niatnya juga dalam mencari dan memberi nafkah kepada isteri serta empat orang anak, membuatkan dia terus bersemangat serta berusaha untuk meneruskan perniagaan itu walaupun permulaannya tidak memberikan hasil yang lumayan.

Tambahnya, kini dia bercita-cita untuk mengembangkan lagi perniagaan yang memperoleh RM300 hingga RM500 sehari pada hari biasa itu dengan membuka sebuah kilang kelak.

Faizal memiliki sebuah gerai di Wakaf Tapai, berdekatan jalan menuju ke Kuala Berang yang beroperasi dari pukul 11.00 pagi hingga 6.00 petang.

Sumber Teganukite.net


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu