Nama Anaknya Google


Seorang bapa di Indonesia, memecahkan tradisi masyarakat dengan menamakan anaknya sebagai Google.

Bunyi pelikkan ? Tapi beliau memberitahu idea untuk menamakan anaknya dengan nama teknologi tercetus time isterinya mengandung 7 bulan.




Pada awalnya dia berhasrat untuk menamakan anaknya sebagai iPhone, Windows atau Microsoft namun Google jugak yang dipilih.

Katanya lagi, dia memberikan anaknya dengan nama tersebut dengan harapan anaknya akan menjadi seorang pemimpin satu hari nanti.




“Saya beritahu pada bapa, Pak, Google itu ada maksud yang baik kerana Google membantu ramai orang. Harapnya Google boleh jadi orang yang berguna,” katanya.

Meskipun ramai yang mengecam kerana memberikan nama tersebut, namun Andi memberitahu dia tidak mengendahkannya dan hanya menerima komen yang baik sebagai doa.

Dalam pada itu, Andi berkata setakat ini tiada pihak google yang menghubunginya berhubung nama anaknya itu.



Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu