Peniaga Online Kantoi Buat Contest Guna Duit Palsu Time Tengah Live


Pelbagai cara atau teknik pemasaran digunakan oleh peniaga-peniaga atas talian bagi mendapatkan perhatian pelanggan.

Antara teknik pemasaran yang sering digunakan oleh peniaga online ialah mengadakan pertandingan atau kontest yang menawarkan hadiah yang lumayan kepada pelanggan yang layak.

Selalunya, kontest akan dibuat secara ‘live’ menerusi laman sosial kerana ianya lebih mudah dijalankan berbanding kaedah konvensional.

Bagi melayakkan pelanggan menyertai kontest tersebut, mereka perlu terlebih dahulu berkongsi ‘live’ berkenaan ke mana-mana kumpulan Facebook.




Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang peniaga online membuat kontest dengan menayangkan ‘puluhan ribu’ duit palsu.

Berdasarkan video tersebut, wanita itu memegang sejumlah wang sambil menjemput netizen menyertai sesi siaran langsung itu.

Kelihatan juga beberapa keping not berjumlah RM100 diletakkan di atas meja.

Insiden kantoi itu dilihat ketika wanita itu mengambil salah satu duit RM100, di belakang duit kertas  tersebut kelihatan kosong.




Perkongsian tersebut secara tidak langsung mendapat kritikan netizen yang menganggap peniaga tersebut tidak berlaku jujur dan mengaburi mata pembeli.



Walaubagaimanapun, ada netizen mengatakan wang di tangan wanita itu yang berjumlah RM 2,000 adalah tulen.



Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu