Sado Tapi Berjalan Macam Angsa


Ketika ini seakan-akan menjadi trend sebahagian besar lelaki maskulin memberi perhatian terhadap penjagaan bentuk badan.

Lelaki seperti ini sanggup memperuntukkan sebahagian daripada wang gaji bulanan untuk membeli protein, suplimen, membayar jurulatih dan yuran pusat kecergasan.




Semuanya kerana mahu mendapatkan bentuk badan yang seksi dan berotot.


Kebanyakan lelaki beranggapan, bentuk badan yang menarik terutamanya jika memiliki six pack menjadikan mereka lebih maco, segak dan lebih berketrampilan berbanding lelaki berbadan ‘gelebeh’, boroi atau kurus kering.

Tapi jangan terlalu taksub dengan bentuk badan sasa kerana kelebihan itu sebenarnya gagal menarik perhatian segelintir wanita.

Tiga sebab ini membuatkan lelaki badan sasa itu mungkin akan dipandang sebelah mata oleh seseorang wanita.




Dada lelaki seperti ada payudara… Eh! Geli


Bahagian dada lelaki antara kawasan paling menonjol jika mereka memakai pakaian body fit. Bonjolan pada dada kelihatan seperti payudara wanita. Segelintir wanita berasa geli melihat bahagian dada itu malah sesetengah payudara wanita lebih kecil berbanding dada lelaki.

Kalau anda lelaki yang berasa hebat pada bahagian dada, ingatlah… ia sesuatu yang menggelikan bagi wanita.




Badan macam raksasa berjalan macam angsa


Bab ini sedikit kelakar. Pernah atau tidak anda menemui lelaki jenis ini? Badannya berketak-ketak macam ‘raksasa’ tapi selepas melihat dia berjalan, lenggangnya mengalahkan itik angsa!

Lelaki macam ini mempunyai konflik dalam dirinya sendiri. Imej yang ditonjolkan sebagai lelaki maco tidak mampu dibawanya. Setiap langkah yang diatur membuatkan wanita akan mentertawakannya.

Wanita akan berasa geli dengan penampilan sebegini. Jangan terlalu nak nampak terlebih maco tetapi hakikatnya terdapat kekurangan lain yang lebih menonjol. Lelaki seperti ini memadai tidak terlalu berlebih-lebihan membina otot badan.




Perasan dan kuat berangan... Tak kuasalah macam ni


Seseorang wanita yang keluar dengan pasangan tentu mahukan perhatian. Tapi kalau pasangannya seorang lelaki kacak berbadan segak, tentu ia boleh memenatkan wanita yang tinggi sifat cemburu.

Lelaki seperti ini segelintirnya suka kawal pergerakan jika berada di khalayak. Mereka fikir dengan raut wajah dan badan menarik itu, seluruh mata manusia akan memandangnya.

Jadi, serba serbi dia asyik kontrol. Ketika berjalan kontrol, masa makan kontrol dan nak bercakap dengan kekasih sendiri pun masih kontrol.



Sikap perasan lebih inilah merimaskan golongan wanita. Malah sesuatu yang tidak boleh diterima dek akal apabila mereka suka berangan kononnya mempunyai ‘saham’ tinggi. Eeee geli!

Adakah tiga contoh ini terdapat pada pasangan lelaki atau sahabat anda? Jadi, anda fikirlah !!




Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu