Konfesi : Kawan Baik Aku Sebenarnya Seekor Dajjal


Semalam saya mendapat 1 kiriman di FB Maafsebut dari seorang pemuda yang saya rahsiakan namanya. Dia mahu saya kongsikan kisahnya berkenaan somebody yang rapat dengannya tetapi sebenarnya amat jahat dibelakang !! Dia berharap kisahnya ini akan menjadi ikhtibar kepada sesiapa sahaja yang membacanya dan jangan percaya bulat-bulat kat someone even kita kenal rapat.




Kawan Baik Aku Sebenarnya Seekor Dajjal

Korang pernah tak kena buatan orang ? Macam mana pulak kalau yang sihir korang tu adalah seorang yang cukup rapat dengan korang ?

Kisahnya bermula begini.

Aku dengan si A nih kenal sudah lama, time zaman universiti lagi. Kiranya aku dan si A nih memang kawan baiklah. Susah senang pun bersama. Time dia susah aku tolong, time aku susah dia tolong. Jika terjadi apa-apa kat diri masing-masing, kitaorang akan backup cepat. Rapatnya kitaorang sampai boleh dikatakan tiada rahsia antara kami.

Lepas habis belajar, kitorang berazam untuk bekerja dalam satu syarikat yang sama. Kerana itu, kami pakat-pakat memohon kerja kat tempat yang sama. Banyak jugak kami mintak tapi mungkin kerana rezeki kami kot, kami diterima bekerja di 1 syarikat yang berpengkalan di Kuala Lumpur. Rezeki aku murah kat situ. Bukan sahaja aku cepat naik pangkat namun aku bertemu jodoh disini. Jodoh aku tu bukannya keje kat sini. Aku dan dia terserempak time dengan lunch. Pertemuan aku dan dia agak funny skit so tak perlu kot nak cite kat sini. Aku nak fokus kisah pasal sahabat baik aku ini yang sebenarnya seekor dajjal.




Sepanjang aku kenal sahabat aku ni, takde pulak nampak pelik atau dia masam mencuka atau nak marah kat aku. Depan aku ok jea. Boleh kata 24 jam. Ajak minum beres. Ajak lepas beres. Ajak memancing lagilah beres (hobby aku dan dia suka memancing. Time bujang, setiap kali cuti, kitaorang tak akan miss untuk cari port memancing). Time aku naik pangkat, dialah paling happy, siap belanja makan lagi. Time aku cite aku dah bertemu jodoh aku, dialah jugak paling happy. Korang nak tahu dia hadiahkan apa kat aku time majlis perkahwinan aku tu ? Dia hadiakan aku dan isteri sepasang jorang supaya next time aku boleh ajak bini aku gi memancing bersama. Masa aku dapat hadiah tu, aku happy takleh nak cerita.

Pelikkan macam mana orang macam tu punyalah aku percaya macam adik beradik aku sendiri boleh bertukar menjadi seekor dajjal ?

Meh aku nak cerita lebih lanjut.

Time aku kat universiti dulu aku dah pernah terkena sekali. Badan aku jadi tak sedap. Asyik panas dan aku mudah nak marah kat orang. Lepas tu aku acap kali nampak lembaga especially time wakut malam. Time cuti semester bila balik kampung, aku cerita hal tu kepada mak ayah aku. Awalnya diorang bawak aku gi hospital tapi takde apa yang pelik pun kat aku. Jadinya, diorang bawak aku jumpa seorang ustaz. Dari situlah aku tahu disihir orang. Aku nih malas nak menuduh sape-sape yang penting benda tu cepat berambus dari tubuh badan aku. Aku cerita pasal aku dibuat orang kepada si A nih. Dia macam terkejut & nampak macam risau. Siap rekomen lagi nak gi jumpa ustaz mana. Aku bagitau dia aku dah pegi berubat time balik kampung. Dajjal betul setan nih. Padahal dia yang hantar benda tu tapi buat macam tak bersalah. Masa tu aku tak tahu pun dia yang sihirkan aku. Aku nih punyalah percaya dia tu sahabat karib rapat bagai, semua aku cerita.

Sebenarnya time belajar tu lagi tuhan dah nak tunjuk si A tu sape. Ade seorang kakak senior nih pernah cerita kat aku si A nih burukkan aku. Aku nih ingat kakak senior nih menipu dan saja nak pisahkan kitorang kerana dia tu memang terkenal suka membawang. Tak sangka aku bawang dia tu betul. Aku nih pulak punyalah bangang gi cerita apa yang kakak senior tu cerita kat aku kepada si A. Punyalah talam betul si A siap nasihat kat aku lagi jangan percaya sangat kat orang, mesti akan ada yang sakit hati dan dengki. Nasihat yang dituju kepada diri dia sendiri.



Selepas setahun setengah bekerja, aku rasa pelik dengan rakan-rakan sekerja aku. Aku nampak diorang macam tengok aku lain macam jea. Aku nampak diorang macam nak jauh jea dari aku. Kalau aku try duduk kat tempat diorang duduk ramai-ramai, mesti diorang rasa tak selesa bila aku datang, semua mesti cepat-cepat blah.

Aku nih pulak spesies positif. Aku pikir perasan aku jea kot. Takde apalah. Mungkin sebab aku dah naik pangkat, so diorang rasa tak selesa nak berbual-bual macam dulu, rasa aku lah.

Lama kelamaan aku rasa betul-betul terasing. Aku luahkan hal ini kepada si A. Si A si talam setan dajjal nih nasihatkan aku banyakkan bersabar, adalah hikmat tu, perasaan aku jea tu, diorang tak macam tu pun.

Situasi aku makin lama makin berat. Kalau dulu dengan staff, kali nih dengan boss aku. Aku tak tahu kenapa kerja yang aku macam tak kena. Macam ada orang sabotaj. Aku tak berani tak tuduh sape-sape sebab takde bukti. Yang pasti boss aku selalu marah kat aku.

Tapi betullah. Bila dah dajjal tu lama kelamaan akan terserlah jugak. Korang tahu si dajjal tu kantoi time dengan burukkan aku !! Time tu aku nak gi pantry room nak buat air. Lepas tu aku dengar dari jauh dah dengar macam mana teruknya dajjal tu burukkan nama aku. Siap bagitau aku asyik burukkan nama staff lain, jilatlah boss bagai. Korang tau tak diorang siap berpakat nak suruh aku dibuang kerja. Aku time tu dah panas satu badan namun aku try cool down. Aku ambik handphone lepas tu aku rekod apa yang dajjal tu cakap. Aku dah berazam aku nak tunjuk kat dia bila waktunya sampai.




Waktu aku nak dedahkan pun sampai.

Time tu diorang kat office (department aku jea lah) celebrate birthday aku dan ada sorang lagi akak kat situ. Diorang beli kek dan ada buat makan-makan sikit. Untuk kata-kata aluan, si dajjal tu puji aku nih baik lah, rajin lah, best friend dia sehidup sematilah. Rasa menyampah aku dengan lakonan raja drama dajjal nih. Rasa kat situ jugak aku nak sepak. Pastu aku bagitau kat dia dan semua staff lain ada suprise. Aku bukak apa yang aku rekod tu dan aku bukak kuat-kuat. Perghh time tu muka si dajjal tu berubah habis. Aku depan muka dia aku tunding dengan jari SELAMA NI AKU INGAT KAU LAH KAWAN KARIB AKU TAPI RUPANYA SELAMA NIH KAU DAJJAL !! KAU DAJJAL !! AKU TAKLEH TENGOK MUKA KAU DAJJAL !! Staff semua sunyi sepi. Boss aku siap tersembur air lagi. Pastu aku blah gitu. Puas hati aku.

By the way, lepas kejadian itu, aku dah tak keje situ. Aku quit. Sape sanggup tengok muka dajjal tu hari-hari. Ade jea staff yang mintak maaf dengan aku. So aku maaf jea lah diorang. Diorang tu mangsa keadaaan.

Sampai sekarang aku tak tahu kenapa dia benci aku. Kenapa dia buat begitu kat aku. Kenapa dia buat-buat baik depan aku dan kat belakang punyalah dajjal. Kenapa dia sihirkan aku. Sampai sekarang aku tak tahu puncanya. Yang penting aku selesa bekerja kat tempat baru dan aku bahagia dengan wife aku. Hanya wife aku sahaja aku trusted most. Aku rasa cukup-cukuplah dan percaya kat orang lain. Bukan apa takut kena macam dajjal tu pulak.


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Anak Kelantan Yang Berjaya Dalam Dunia Perniagaan

Kota Bharu : Baru Lama Yang Masih Under Construction

Warga Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang Adalah Yang Terlawa & Terhensem Di Malaysia