Nasi Kerabu Tersedap Di Dunia Ada Di Terengganu


Tiada siapa menyangka, kedai makan Fauzi Nasi Kerabu tanpa sebarang dekorasi menarik yang terletak di tepi jalan di Jalan Sultan Sulaiman telah berjaya ke persada dunia dengan mencipta kejutan apabila termasuk antara 50 restoran terbaik di dunia dalam The World Street Food Congress 2017.

Pemilik Fauzi Nasi Kerabu, Mohd Fauzi Mat Salleh, 49, berkata, bukan calang-calang pencapaian diraihnya itu sepanjang 20 tahun berkecimpung dalam perniagaan makanan nasi kerabu yang hanya dianggap menu lokal yang popular dalam kalangan penduduk Terengganu dan Kelantan yang tidak mungkin digemari lidah masyarakat antarabangsa.

Disebabkan itulah Mohd Fauzi memberitahu beliau dan isteri, Sumaiyah Mustapha, 44, sehingga kini seakan-akan masih lagi tidak percaya dengan pengiktirafan besar diterima mereka namun bersyukur dan berbangga dengan pengiktirafan yang turut disifatkan sebagai hadiah hari raya paling berharga tahun ini.




Fauzi Nasi Kerabu menduduki tempat ke-23 merupakan antara enam restoran di Malaysia dan satu-satunya dari Terengganu yang tersenarai dalam 50 terbaik carta pengiktirafan makanan paling sedap sebagaimana diumum The World Street Food Congress 2017

Lima restoran lain yang mendapat pengiktirafan sama adalah Nasi Kandar Line Clear di Pulau Pinang yang menduduki tempat kesembilan; Siam St Cha Kway Teow, Pulau Pinang (14); Donald&Lily, Melaka (34), Guan Heong Biscuit Shop, Perak (36) dan Jalan Kuli Sate, Melaka (43), manakala beberapa restoran dari negara China, India, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Amerika Syarikat dan Mexico turut tersenarai.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu