Rihana Oksana Dicerai Talak Tiga ??


Terkejut bila saya baca berita di Astro Awani hari ini !! Rihana Oksana telah diceraikan !!

Sekeping sijil perceraian menunjukkan wanita Rusia Rihana Oksana Gorbatenko, 26, sah diceraikan talak tiga.

Menurut sijil perceraian yang dipercayai didaftarkan 1 Julai lalu selepas proses perceraian Rihana bertarikh 22 Jun di Singapura.



Sijil penceraian yang dilengkapi dengan nombor siri itu turut menyatakan penceraian itu sudah mendapat kelulusan dari Mahkamah Syariah.

Model jelita yang dinobatkan sebagai Ratu Moscow 2015 itu dipercayai melangsungkan perkahwinan pada Jun 2018, lapor portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail.

Portal sama juga melaporkan bahawa wanita itu melahirkan seorang anak lelaki pada 21 Mei 2019.



Sementara itu, media Moscow yang turut dipetik Daily Mail melaporkan perkahwinan Rihana bergolak pada 24 Januari lalu.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan bapa Rihana, Andrey Gorbatenko.

Sumber Astro Awani

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu