Selalu Dikecam Kat Media Social Menjadikan Saya Seorang Yang Tabah


Nih saya nak bagitau. Saya setiap hari dikecam,dikutuk dan dicarut kat media social. Itu terjadi adalah kerana saya adalah seorang admin kepada page facebook yang popular di pantai timur. Apa saja saya buat seolah-olah semua tak kena dikalangan netizen yang mengomen kat page Maafsebut. Semua benda hendak dikecam, dikutuk dan ada yang melampau pernah saya hadapi adalah dipanggil murtad.

So macam mana saya hadapi semua itu ?



Kecewa & sedih

Time awal-awal page Maafsebut mulai popular dan makin ramai yang memberi komen, saya rasa kecewa dan sedih apabila ada yang mengecam terutamanya apabila apa yang saya post macam takde mengena lansung dengan apa yang hendak dikecam. Boleh dikatakan time ini, setiap hari saya nak berhenti terus dari dunia social media. Saya merasakan dah malas nak update apa-apa di Page Maafsebut kerana saya rasa seperti tak dihargai.

Korang paham-pahamlah sendiri saya tak pernah mencarut tetiba ada yang mencarut kaw-kaw yang ditujukan kepada saya, cuba bayangkan saya itu korang, apa yang anda korang rasa ? Mesti marahkan ? Dah lah yang mengecam mengutuk tu lansung tak dikenali. Entah sesiapa tetiba masuk dalam page Maafsebut dah terus melontarkan kata-kata yang huduh. Ianya seperti somebody yang tak dikenali masuk ke rumah korang tanpa dijemput tetiba maki-maki korang untuk ubah sana situ sini keadaan rumah korang.

Ada lagi yang takleh blah PM direct kepada saya suruh saya buat itu ini. Tak pahamlah saya orang yang berperangai macam ini. Suka hati nak arah orang lain. Pegilah buat page sendiri dan lepas tu ikut suka hatilah nak buat apa-apa pun.



Just ignore jea

Namun lama-kelamaan saya dah jadi terbiasa. Kalau ada yang nak mengutuk mengecam ke, buat jealah, saya tak kesah pun. Kadang-kadang saya tergelak sorang-sorang baca apa yang mereka ini komen. Kalau dulu bila ada yang komen teruk, pasti saya rasa kecewa tapi kini no more. Yang penting saya fokus kepada menyampaikan maklumat secara santai untuk para pengikut Page Maafsebut. Saya tahu yang mengecam tu minoriti jea. Yang menyokong dan backup saya secara senyap tu yang majoriti. Kalau betul orang tak suka Page Maafsebut kenapa tiap-tiap hari pengikut Page Maafsebut sentiasa meningkat ? Sebab orang suka Page Maafsebutlah ramai yang masuk baca dan tak jemu mengikuti apa yang terkini diPage Maafsebut.



Kerana ramai yang mengunjungi Page Maafsebutlah yang mendorong saya untuk terus mengemaskini Page Maafsebut dengan info yang menarik. Lagi pun saya suka berkongsi apa saja yang terkini di Pantai Timur dengan orang ramai sebab saya rasa tak banyak platform yang berkongsi seperti mana saya buat ini. Kalau ada pun mostly memfokuskan kepada negeri masing-masing. So rugi pulak kalau saya berhenti ditengah jalan. Apa yang saya harapkan adalah untuk korang semua menyokong saya. Mungkin korang tak pernah like atau komen atau share, namun sekadar kunjungan di Page Maafsebut sudah cukup bermakna buat saya. By the way, buat apa nak stress sangat kan ?


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu