Syarikat Anak Terengganu Mahu Mengeluarkan Kereta Elektrik

Gambar sekadar hiasan sahaja

Saknih saya baca dalam The Edge Malaysia sebuah syarikat yang berpengkalan di Terengganu dan diterajui oleh anak Terengganu mahu mengeluarkan kereta elektrik secara pengeluaran besar-besaran untuk pasaran Eropah dan China.

Menurut apa lagi yang say baca dalam suratkhabar bisnes keluaran mingguan ini, syarikat ini memang dah bersedia kerana dari segi modal sebanyak RM5 billion pun dah ada pihak mahu membiayainya dan syarikat ini sudah pun mempunyai Advanced Modular Platform (AMP) yang boleh digunakan sebagai platform untuk pelbagai design jenis kereta, contohnya untuk SUV hinggalah ke kereta biasa. AMP ini penting untuk mengurangkan kos pembangunan dan manufacturing.



Yang menariknya lagi, syarikat yang diterajui oleh anak Terengganu ini telah disenarai pendek oleh kerajaan persekutuan sebagai kereta nasional ketiga. Jika berjaya, mereka bercadang mahu mempamerkan prototype di Geneva International Motor Show yang dijangka bulan March tahun depan.  Pertama kali kereta Malaysia pernah dipamerkan di GIMS adalah pada tahun 2010 apabila Proton mempamerkan kereta prototype EMAS.

Syarikat ini bercadang mahu menghasilkan mid sized SUV yang dipanggil Alif. Concept design adalah dari pereka kereta tersohor iaitu Giorgetto Giugiaro dan anaknya Fabrizio. Bergantung kepada variasi, Alif direka untuk memecut sehingga kelajuan 230KPH dengan jarak boleh pergi sejauh 450KM dikuasakan oleh bateri 95kWh.


Jika semuanya berjaya seperti dirancang, Alif akan dipasarkan untuk pasaran Malaysia pada tahun 2022 dan pasaran antarabangsa pada tahun 2023.

Jika korang mahu membaca artikel penuh, korang boleh baca dengan klik pada link ini https://paultan.org/2019/07/29/alam-perkasas-new-national-car-proposal-mimco-alif-ev-suv-giugiaro-design-60k-units-year-80-exports/




Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu