Terengganu Cadang Nak Beli Telur Penyu Belimbing Dari Oversea
Jabatan Perikanan Negeri Terengganu merancang membeli telur penyu jenis Belimbing dari luar negara untuk dieramkan. Ia sebagai usaha memastikan spesies itu kembali mendarat di perairan Terengganu.
Jabatan Perikanan Negeri Terengganu juga berhasrat untuk membawa masuk telur penyu dari Papua New Guinea kerana pantai di negara itu mencatatkan pendaratan Penyu Belimbing yang tinggi.
Penyu belimbing boleh dikatakan sudah tiada mendarat di Terengganu. Dari 7 jenis, hanya 1 jenis sahaja yang masih mendarat di perairan Terengganu untuk bertelur. Berdasarkan rekod pendaratan Penyu Belimbing ke Terengganu, kali terakhir ia dikesan adalah pada 2017 dengan pendaratan sebelumnya pada 2010.
Rancangan ini akan dicadangkan kepada para saintis dan keputusannya akan dibincangankan semasa seminar khas yang akan diadakan Oktober depan
Ulasan
Catat Ulasan