Betul Ke Duit Ringgit Mengandungi Lemak Babi ?


Saya terbaca dalam Says.com pagi tadi yang mengatakan pensyarah dari USM, Dr Zhari Ismail dari USM School of Pharmaceutical Science mendakwa dia mendapat maklumat daripada orang dalam industri yang memberitahu bahawa mereka telah menggunakan lemak babi dalam proses pencetakan wang kertas mata wang negara.

Menurut apa yang saya baca kat Says.com tu, Dr Zahri telah pun merujuk perkara itu kepada Bank Negara Malaysia dan mereka sedang menyiasat dakwaan tersebut.

Beliau juga mencadangkan supaya sampel wang kertas Malaysia dihantar untuk kajian di makmal kerana perkara yang sama telah dilakukan dengan dolar AS.

Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata tuduhan seperti ini perlu disokong dengan bukti seperti mana dilaporkan oleh Harian Metro.

Beliau telah meminta pihak berkuasa untuk mengumpul lebih banyak maklumat berhubung tuntutan yang mendakwa wang kertas negara dipercayai mengandungi kesan lemak daging babi.

Pastikan anda follow Maafsebut dengan klik FACEBOOK MAAFSEBUT dan IG MAAFSEBUT


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan