Kerajaan Terengganu Bakal Cipta E-Hailing Seperti Grab Dan Uber


Kerajaan negeri bercadang untuk mencipta Aplikasi Teksi Terengganu bagi mengimbangi teknologi e-hailing yang popular masa kini dimana aplikasi berkenaan boleh digunakan oleh 1,000 pemandu teksi negeri itu untuk berdaya saing dengan e-hailing lain yang tumbuh bercambah bagaikan cendawan selepas hujan.

Perancangan kerajaan itu bertujuan untuk bersedia menghadapi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Terengganu dalam tempoh  empat tahun akan datang.



Kerajaan negeri berhasrat untuk mengadakan program yang dinamakan  GO I.R bagi membudayakan pekerja khususnya dan masyarakat amnya berkait kepentingan IR4.0.

Kerajaan negeri mengarahkan jabatan dan agensi kerajaan menggunakan teknologi maklumat dan aplikasi secara optimal bagi memastikan penyampaian maklumat kepada rakyat lebih meluas dan berkesan.



Kerajaan negeri merancang membina 'database' pekerjaan yang holistik bagi membolehkan kerajaan mengenal pasti penawaran dan permintaan tenaga kerja masa kini dan akan datang.

Sumber Teganukita.net


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan