Nak Balik Kerja Di Kelantan, Alih-Alih Kena Tipu




Yang saya nak berkongsi cerita nih adalah cerita betul.

Ada seorang hamba allah ini dia bekerja di KL. Dia sebenarnya kalau boleh nak balik bekerja di Kelantan. So dia selalu usha iklan jawatan kosong di Kelantan. Pada suatu hari dia ternampak iklan jawatan kosong di kelantan yang menawarkan jawatan executive dengan gaji RM2K. Dia berminat lalu terus email memohon jawatan tersebut. Tak lama kemudian dia mendapat panggilan dan suruh datang untuk interview. Beliau yang bekerja sanggup ambik cuti untuk pulang interview di Kelantan. Time interview dia terus ditawarkan pekerjaan. Dia yang sememangnya dah lama nak balik bekerja di Kelantan amatlah seronok. Walaupun gaji yg dia bekerja sekarang jauh lebih tinggi, namun memikirkan boleh balik bekerja di Kelantan, dia sanggup.

Dia berhenti kerja dan pulang ke Kelantan. 1st day melaporkan diri dia amat excited. Namun excitednya tak lama kerana dia tak tahu apa sebenarnya kerjanya disitu. Tanya punya takde jawapan. Jawapan yg dia dapat follow dulu. Dia tak puas hati. Dia nak tahu apa position dia dan skope kerja dia. Jawapan yang dia dapat follow dulu. Kesian sungguh dia kerana rupa-rupanya kerja yang perlu dibuat adalah menjual barang dari satu tempat ke satu tempat.



Bukan dia seorang yang terkena. Ramai jugak yg terkena. Pelbagai jawatan ditawarkan seperti assitant manager, executive, HR executive, supervisor dan entah apa lagi jawatan tapi semuanya kena jual barang.

Yang menyakitkan hati lagi, rupa-rupanya situ takde gaji tapi hanya komisen. Dia hanya mendapat kurang dari RM500 selepas sebulan kat situ. Dia terkejut dan persoalkan kenapa dlm iklan offer gaji RM2K !! Bukan dia seorg saja tapi ramai jugak yg terkena.



Selepas terjadi begitu, dia nekad taknak lagi jejak kaki ke tempat penipu tu. Dia bersama-sama beberapa orang yg tertipu sepertinya akhirnya lansung dah tak pergi bekerja kat situ pada bulan kedua.

Kesian sungguh kat beliau. Nasihat saya untuk korang semua sila lebih berhati-hati jika mencari pekerjaan di Kelantan kerana penipuan jawatan kosong boleh dikatakan makin menjadi-jadi di Kelantan memandangkan ramai rakyat Kelantan yang terlalu sangat nak kerja.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan