Rohana 'Queen of Ekzos' Pasir Puteh


Mendengar sahaja bunyi deruan ekzos kenderaan, seorang wanita Rohana Mohd Yusoff, 48, sudah mampu membuat kesimpulan bahagian mana yang mengalami kerosakan.

Kepakaran yang dimiliki oleh ibu kepada lima cahaya mata itu adalah hasil pengalaman selama 25 tahun menjadi pembantu kepada suaminya, Mohammad Zakaria, 58, sejak mereka membuka perniagaan ekzos sekitar tahun 1994 di kawasan Sri Aman dekat sini.



Bukan itu sahaja wanita yang gemar memakai baju kurung sepanjang berada di premis miliknya, turut mahir membuka ekzos rosak sekaligus memudahkan tugas suami dan para pekerjanya.

Rohana berkata, bagaimanapun dia tidak mempunyai kemahiran dalam kerja-kerja kimpalan ekzos yang biasanya dilakukan oleh suami dan para pekerja.


Menurutnya, meskipun apa yang dilakukan itu dilihat ‘ganas’ oleh para pelanggan tetapi dia tetap tenang melakukan kerja-kerja tersebut.

Katanya, pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila ada seorang pelanggan tergamam melihat kemampuan ‘luar biasa’ itu.



Rohana yang mesra dengan panggilan Kak Na berkata, ekzos mempunyai peminatnya tersendiri apabila ada dalam kalangan mereka sanggup mengeluarkan belanja sehingga lebih RM100,000 untuk dapatkan bunyi menarik.

Sumber Sinar Harian

Ikuti perkembangan menarik pantai timur dengan follow Facebook Maafsebut dan Instagram Maafsebut

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan