Tren Baru DMU Untuk Pantai Timur Akan Mula Beroperasi Tahun Depan


KTMB akan memperkenalkan set tren baru dikenali sebagai Diesel Multiple Unit (DMU) bagi laluan Pantai Timur yang dijangka akan mula beroperasi pada suku pertama tahun hadapan.

Pengurus Besar Perolehan KTMB Mohd Hider Yusoff berkata, kos keseluruhan 13 unit tren DMU itu membabitkan 52 gerabak berjumlah RM380 juta.



Menurutnya, pihaknya sedang memandu uji tren DMU dari pelbagai aspek khususnya keselamatan dan tahap kesediaan set sebelum ia digunakan sepenuhnya pada tahun hadapan.

Jika dibandingkan dengan penggunaan gerabak konvensional, tren DMU ini mampu menjimatkan masa perjalanan kira-kira sejam selain kelajuannya juga boleh mencapai 100 kilometer (km) sejam berbanding tren konvensional antara 50 hingga 60 km sejam



Yang menjadi persoalannya sekarang adakah keretapi baru DMU ini akan memasukkan KL Sentral sebagai salah satu hentiannya atau tidak atau sekadar ke Gemas sahaja.

Manakalah keretapi KTMB yang lama tidak akan dibiarkan begitu sahaja, sebaliknya akan digunakan sebagai keretapi untuk pelancongan.


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan