34 Ekor Lembu Berenang Di Tumpat


Taktik membawa masuk lembu dari negara jiran dengan berenang melalui Sungai Golok berjaya dihidu pihak berkuasa apabila sebanyak 34 ekor lembu bernilai RM136,000 dirampas dalam satu serbuan di Kampung Mentua di sini semalam.



Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, serbuan dilakukan berdasarkan maklumat diterima daripada anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat sebelum membuat serbuan di sebuah premis di kampung berkenaan di sini.



Menurutnya, lembu terbabit dibawa berenang menerusi Sungai Golok ke negara ini sebelum ditarik sejauh 900 meter untuk dikumpulkan di premis terbabit.



Lembu-lembu berkenaan dipercayai untuk kegunaan tempatan dan berdasarkan siasatan awal, pihaknya tidak menolak kegiatan terbabit telah lama dijalankan di kawasan itu.



Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan