Kerajaan Kelantan Sedia Bincang Isu Tebang Pokok Getah Di Rantau Panjang

Sumber utusan malaysia

Kira-kira 348 peserta rancangan pemulihan tanah Felcra Bukit Tandak dekat sini menarik nafas lega apabila kerajaan negeri sedia bersemuka bagi membincangkan isu penebangan pokok getah di kawasan berkenaan yang bermula semalam.

Wakil peserta, Mat Inun Jusoh, 60, berkata, pertemuan itu membabitkan mereka yang terlibat dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Periok, Datuk Mohamed Awang.



Menurutnya, peserta turut gembira selepas pihak kontraktor yang dilantik untuk kerja-kerja penebangan turut memberhentikan kerja tersebut sementara waktu.

Katanya, peserta merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak kontraktor.



Semalam Sinar Harian melaporkan peserta rancangan pemulihan tanah Felcra Bukit Tandak dekat sini mendakwa hilang punca pendapatan apabila tanaman getah seluas 689 hektar yang menjadi sumber rezeki utama ditebang oleh kerajaan negeri.

Lebih memeritkan lagi, peserta mendakwa pokok getah yang diusahakan sejak 40 tahun itu ditebang ketika pertikaian berkaitan isu tersebut masih lagi dalam proses perbicaraan mahkamah.

Sumber Sinar Harian



Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan