Guna Duit BPN Sebagai Modal Untuk Berniaga Buah


Kalau orang lain bila jea dapat BPN terus mikir nak habiskan macam mana, lain pulak ceritanya dengan saudara Muhammad Azizi Azizan yang menetap kat Alor Setar.

Menurut apa yang saya baca dalam Berita Awani, dia telah menggunakan duit BPN tu sebagai modal tambahan untuk menjual buah dari rumah ke rumah.

Sejak PKP bermula March lepas, dia tekad untuk menjual pelbagai jenis buah dari rumah. Dia akan ambil order melalui Whatsapp dan Facebook, kemudiannya akan menghantarnya buah yang dipesan oleh customers terus ke rumah.

Antara buah-buahan yang dijual ialah durian, tembikai, mempelam, buah naga, limau dan anggur.


Bagi sesetengah orang, PKP menutup periuk nasik tapi bagi orang yang creative yang nampak peluang dalam tempoh PKP ini dibantu pulak oleh kemudahan internet, semuanya tidak mustahil. Bahkan ada seperti ibu tunggal kat Melaka menjadikan PKP untuk memulakan perniagaan delivery ikan siap siang. Kini dia mampu mendapat RM2000 sehari, satu jumlah yang cukup besar.

Bagi saya, mengeluh dan mengeluh tidak akan menyelesaikan masalah kita. Hanya dengan berfikiran creative dan bijak mengambil peluang sahaja kita mampu untuk menongkah arus yang membadai

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan