Rabu, 16 November 2011

AKU TAKKAN MAAFKAN KAU..INGAT TU !!


Tapi itulah sikap kita, kita semua termasuklah saya sendiri. Memaafi adalah no way, bukan sekali-kali. Kadang-kadang kesalahan yang orang lain tak tersengaja buat kat kita tak seberapa pun, macam tersilap cakap awak tu gemuk sangat. Terguris dihati siapa yang tahu. Mulalah muka berubah bak asam laksa.

Kalau difikirkan balik, try muhasabah diri, tak rasa ke diri kita ni kelakar ?? Rasa tak ?? Kalau tak rasa tak apalah, try rasa lagi second time. Maksud saya kelakar macam ni, sebagai contoh, kita kutuk ejek orang bukan main, badak sumbulah, hapak macam kambinglah, aroma badan macam getah jeruklah dan entah apa lagi yang meliar dalam fikiran kita. Mamat/minah yang dikutuk tu sabar jea, diurut dada berulang-ulang memujuk diri. Eh, kena giliran kita pula, lain dah ceritanya, tiada maaf bagimu, we are no longer friend, hari ini kita putus saudara dan entah apa lagi yang tersambul dekat mulut dan hati kita.

Jadi, saya nak ajak adik kakak abang pakcik makcik, kawan-kawan dan tak lupa saya sendiri belajarlah memaafkan orang. Besar ganjarannya bagi yang memaafkan. Kita taknak memutuskan silaturahim apatah sesama saudara dan kaum kerabat. Ingat, nabi pun maafkan yang buat salah dengan baginda. Takkanlah kita insan yang kecil taknak tiru sunnah nabi.

Sebelum saya menutup bicara, ingin saya kongsi satu tip. Sesiapa yang nak umur panjang kenalah rajin menyambung silaturahim.

**Amboi, sombongnya tajuk kat atas. Saja jea nak kasi gempak sikit. Macam ayat orang muda sekarang, takleh blah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...