Isnin, 21 November 2011

Heavenly Bachok


 
  Nice and clean beaches at Bachok

Apa yang saya tahu ramai tourists tak kisahlah tempatan atau overseas tiba di airport Sultan Ismail Petra untuk ke pulau-pulau di Terengganu contohnya Pulau Perhentian.

Sudah tentu on the way nak ke sana, nak atau tidak mereka akan melalui Bachok, sebuah tempat perkampungan tepian laut yang suatu ketika dahulunya famous dengan bisikan bayunya. Ramai yang tidak sedar di Bachok masih tersimpan pantai air jernih yang cantik dan bebas dari kesesakan manusia. Sayangnya saya tidak nampak atau terperasan sebarang promosi untuk membawa Bachok ke pentas pelancongan pilihan. Kalau di negeri-negeri lain cukup aggressive mempromosi destinasi pelancongan mereka tetapi tidak disini.

Terdapat tiga pantai bagi saya yang perlu anda semua kunjungi di Bachok, pantai Melawi, pantai Kandis dan pantai Tok Bali selain pantai Bisikan Bayu yang sudah tidak seronok dikunjungi. Antara semua pantai nie, saya cadangkan untuk ke pantai Melawi dan Kandis. Alasan saya senang saja, dua beaches nie tak sesibuk dan sesesak pantai lain dan semestinya pantainya putih bersih dengan laut yang jernih kalau bukan musim monsoon.

 Kandis Beach

 One of a resort at Pantai Kandis...Villa Danialla Resort

 Perlu dilawati, Kandis Resource Centre
 
Saya masih ingat sewaktu kecil dulu, kerap sangat kalau hujung minggu ke pantai Kandis. Seronok sangat buat barbeque dan mandi disini. Saya suka kutip seashell yang penuh kat pantai dan lenguh leher sebab mendongak melihat burung helang bertebangan. Saya takjub sebab tak pernah tengok burung helang live macam disini. Orang sorang pun takde hanya ada kaum kerabat saya. Nak salin dan bersihkan badan ada masjid berdekatan. Jalan kaki jea sampai.

Pasal nak menginap takyah nak risau sangat. Memang banyak chalet bajet yang murah-murah kalau tak kisah sangat, janji dapat tidur. Resort pun ada jugak macam Sudara Beach Resort, tempat nie boleh tahan dan berpatutan. Kalau nak yang exclusive memang ada, Villa Daniella Beach Resort. Yang akan datang Tok Bali Beach Resort yang dibangunkan developer dari Lembah Klang.

Nak makan seafood sedap dan fresh mana lagi kalau tidak di Bachok. Tempat mana sedap susah nak cakap sebab orang lain selera lain. Jadi saya suggest untuk anda sendiri meneroka dan test mana-mana kedai makan seafood kat area Bachok. Jika nak jugak saya kasi suggestion, saya cadangkan anda ke Tawang, kat sini banyak restaurant seafood dimana dua tiga tempat yang saya sudah test, makanan memang boleh tahan.

Jadi saya berharap dengan penjelasan yang agak quick dan simple nie, akan membuka pintu hati anda untuk berkunjung ke Bachok. The heavenly beaches. 

**Semua photo diatas diambil dari carian google.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...