Pakat Gateh Teksi
photo dari flickr Penarik beca atau kalau kat Kelantan lebih synonym dengan gateh teksi. Sangat famous zaman dulu-dulu sebagai main public transport terutamanya kat bandar Kota Bharu. Nak pegi mana-mana memang dengan teksi kerana dulunya mana ada lagi bas atau teksi kereta. Kalau ada pun tak banyak, boleh kira dengan jari. Yang tukang gatih pula semua poket tebal, almaklumlah pelanggan ramai, ramailah mek mek come yang terliur dengan che abe pengayuh beca. Tapi itu dulu, zaman mak abah saya muda remaja. Sekarang dah berubah. The golden age mereka, maksud saya tukang gateh teksi dah berlalu. Pelanggan makin susah nak dapat. Semua dah ada kereta sendiri. Paling koman pun naik motor. Yang takde apa-apa lagi suka naik bas, berhawa dingin dan cepat. Kalau naik beca tak tahulah bila boleh sampai ke bandar Kota Bharu. Dek kerana itulah, penarik beca makin lama makin kurang. Kalau ada lagi pun dah tua kerepok, dah tak larat nak kayuh. Baik berehat dirumah. Yang nak ganti mana ada, sa...