Stadium Sultan Muhammad V
Dua tiga hari lepas masa duk tengah melayari internet, saya terkejut, teramat suprise. Rasa seronok dan teruja sangat. Bukan apa, syok sangat dapat tahu The Red Warriors akan mendapat stadiumnya sendiri. Stadium nie pulak direka khusus hanya untuk perlawanan bola sepak dengan kapasiti empat puluh ribu. Berlipat kali ganda dari stadium Muhammad ke empat di tengah Kota Bharu. Maklumat nie saya dapat dari muka buku Tan Sri Annuar Musa, orang kuat Kafa. Jika dilihat dengan teliti, stadium akan dibina dengan dikelilingi bahan bina terbaru dari Eropah yang memaparkan dinding luaran yang tembus cahaya. Maka pada waktu malam pada hari perlawanan, Stadium Sultan Muhammad V akan dilihat seakan-akan sedang MEMBARA dan akan menerangi kawasan sekitar. Lampu limpah yang menerangi padang akan dipantulkan ke luar dan kawasan sekitar stadium akan kelihatan bercahaya. Consultant seni bina juga telah dibawa masuk untuk memastikan pembinaan stadium mengambil kira laluan angin agar suasana dal...