Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2019

Abe Nih Buat 3 Kerja Sebab Nak Bantu Mak & Adik

Imej
Bukan mudah untuk hidup di zaman kos sara hidup yang semakin tinggi. Lihat saja di luar sana, masih ramai graduan yang menganggur dan sukar mendapat pekerjaan yang mereka impikan. Seperti pemuda ini, mengakui dirinya tidak pandai dalam pelajaran, namun semangatnya tinggi untuk membantu dan membanggakan keluarganya. Perkongsiannya di Twitter ternyata menyentuh perasaan netizen yang sanggup melakukan 3 kerja dalam sehari untuk meringankan beban keluarga. Menurut pemuda tersebut, Muhamad Zhariff Zikry Zainur, 21, rutin kerjanya bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12 malam. “Saya kerja sebagai despatch di syarikat kurier City-Link Express di Kulai, Johor. Apabila sudah selesai menghantar barang-barang City-Link, saya terus ambil barang di syarikat Ninja Van untuk servis penghantaran. Pada waktu malam pula, saya kerja sebagai penghantar makanan KFC. “Anggaran gaji sebulan yang saya dapat hasil daripada tiga kerja ini dalam RM2,700 sebulan. Kebiasaannya saya

Brader Ini Berkongsi 19 Tempat Makan Korang Wajib Pegi Kalau Ke Jepun

Imej
Jepun ni unik. Fokus makanan di Jepun bukan bukan pada cara masakannya. Tetapi kualiti bahannya Sebab tu di Jepun kita akan jumpa sangat banyak restoran yang menghidangkan world-class punya bahan. Daripada fatty salmon, daging wagyu, king crab, kepada buah yang berharga ratusan Ringgit sebiji Yes kat Malaysia ada, tapi ianya tak tahap 'bersepah'. Kat Jepun ni memang sangat banyak. Jom pakat baca perkongsian dari saudara Izzuddin Yussof mengenai 19 tempat makan yang korang kena cuba kalau melancong ke Jepun. Memang dari awal cakap kat wife, antara tujuan melancong ke Jepun ni adalah untuk 'food tourism'. Iaitu memang nak merasa semua makanan-makanan yang unik di Jepun ni Jadi ini list makanan halal di Jepun yang aku dah rasa, dan kat mana boleh dapatkannya: 1) Ramen di Ramen halal Ouka Shinjuku gyoen, bak kata kawan yang dah duduk 10 tahun kat Jepun, ramen diorang paling sedap. Tapi ada perisa yang berbeza gak 2) Daging Wagyu Kageyam

Nasi Kerabu Baik Untuk Kesihatan ?

Imej
Nasi kerabu adalah sejenis nasi ulam, dengan nasi bewarna biru yang sebut sahaja namanya, pasti semua dah terbang melayang-layang ke negeri yang popular dengan gelaran Serambi Mekah. Nasi kerabu adalah menu yang cukup sinonim dengan negeri Kelantan yang sering di sajikan untuk sarapan pagi, makan tengahari, atau sebagai hidangan keramaian Walaupun ada nasi kerabu bewarna kuning, nasi kerabu warna biru adalah satu kemestian dan warna biru ini adalah dari warna bunga telang yang direndam sebagai pewarna. Bunga telang yang digunakan untuk memberikan warna biru pada nasi kerabu juga dikenali sebagai butterfly-pea (Clitoria ternatea). Warna Biru Pada Nasi Kerabu Mampu Kurangkan Masalah Hilang Ingatan Menurut kajian Chemical composition and anti-proliferative properties of flowers of Clitoria Ternatea, terdapat banyak khasiat daripada bunga telang dan ia juga telah digunakan secara meluas dalam bidang perubatan, seperti untuk menyembuhkan penyakit. Antara khasiat-khasiat bun

Jeliro Makan Siput Sedut & Kerabu Sarang Di D Nyakut Molek Bachok

Imej
Kalau sebut siput sedut sape tak minatkan ? apatah lagi kalau dimakan bersama nasik panas-panas, boleh habis 2 pinggan nasik. Tapi bukan senang yea nak cari kedai makan yang menjual masakan yang saya boleh katakan klasik. Kalau tomyam berlambak kedai makan jual, kalau gulai siput sedut ? Payah sekali. Kerana itulah apabila dengar jea ada kedai makan kat Bachok menjual gulai siput sedut, saya tak tunggu lama, ambik kunci kereta terus lancar ke Bachok. Pada awalnya agak sukar untuk mencari lokasi kedai makan ini kerana agak tersorok dari jalan utama. Kena masuk jalan menghala ke UMK Bachok, lepas tu apabila sampai kat roundabout perlu ambil jalan menghala ke kiri. Cari signboard D Nyakut Molek lepas kedai makan pertama, mesti jumpa. Kedai D Nyakut Molek quite famous dan popular dikalangan penduduk sekitar Bachok kerana menghidangkan lauk pauk klasik Kelantan & cukup murah bagi pelajar UMK. Ramai pelajar UMK datang makan kat sini. Kebetulan saya pegi tu t

Please Lah Jangan Vandalise Keretapi Kita !!

Imej
Berita baik kepada warga pantai timur Kelantan, Terengganu & Pahang. Tak lama lagi keretapi baru yang moden dan laju akan memulakan operasi untuk laluan pantai timur KTMB. Dikhabarkan keretapi baru yang menggunakan teknologi hybrid iaitu menukarkan kuasa diesel kepada elektrik atau lebih dikenali sebagai Diesel Mobile Uniti ini bergerak selaju 160KMH. Laju betul tu kalau nak dibandingkan dengan yang lama. Selain itu kemudahan lain yang ada dalam keretapi baru ini adalah wifi onboard, cafe yang lebih selesa, kemudahan surau, kemudahan plug jika kita perlu untuk mengecas handphone. Kemudahan surau Cafe yang modern didalam keretapi seat yang lebih selesa dilengkapi plug untuk barangan elektronik. Jangan Vandalise !! Dengan segala kemudahan didalam keretapi DMU ini, pengguna diingatkan supaya tidak merosakkan peralatan yang ada. Jangan pentingkan diri. Kena ingat kemudahan ini bukan untuk diri kita seorang tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. 

Etak Salai : Snek Tradisi Warga Marhein Kelantan

Imej
Sebut saja etak salai mesti semua orang Kelantan tahu. Mana tak tahu kalau kat Kelantan nih setiap ceruk jajahan ada dijual kat tepi jalan. Etak salai nih sedap dimakan begitu sahaja ataupun dimakan bersama-sama dengan nasik kerabu. Sedap sungguh !! Ramai orang suka makan tapi tak ramai yang tahu macam mana etak salai ini dibuat. Saya sendiri pun sebenarnya tak tahu tapi lastly saya tahu kerana minggu lepas saya berkunjung ke UMK time Festival Etak Salai. Time kat Festival Etak Salai UMK nih ada demonstration macam mana etak salai dibuat. Saya sempatlah jugak temuduga sikit makcik yang tengah demo menyalai etak kat perkarangan UMK Bachok. Makcik yang menyalai etak bagitau ambo etak nih disalai atas bara api yang panas selama setengah jam. Lepas setengah jam perlu test nak tahu masak ke tidak. Kalau tak masak lagi teruskan menyalai sehinggalah etak tu betul-betul boleh dimakan. Lepas tu nak menyalai etak nih bukan salai gitu jah. Ada resepinya. Makcik yang m

ECRL: Muatan Kargo Lebih Menguntungkan Berbanding Penumpang

Imej
Segmen muatan kargo akan muncul sebagai sektor yang lebih menguntungkan berbanding aliran penumpang menerusi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berikutan kelebihan laluan darat memacu transaksi penghantaran serta memendekkan tempoh perjalanan secara ketara di antara Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuantan. Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Tun Daim Zainuddin berkata muatan kargo itu akan menyumbang kira-kira 70 peratus kepada hasil berbanding aliran penumpang sebanyak 30 peratus berikutan masa perjalanan lebih singkat serta kebergantungan lebih tinggi sebagai kaedah atau mod pengangkutan. "ECRL itu menyediakan jambatan darat yang menghubungkan Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuantan dan memendekkan tempoh perjalanan antara kedua-dua pelabuhan itu kira-kira 30 jam. "Berikutan itu, ECRL menyediakan alternatif penghantaran atau pemindahan barangan yang lebih pantas di antara kedua-dua pelabuhan itu berbanding laluan laut yang memakan masa lebih lama

Stesen ECRL Perlu Ada Jugak Di Tumpat

Imej
Kerajaan Kelantan meminta supaya jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diambil kira sehingga Pengkalan Kubor, Tumpat seperti dipersetujui Kerajaan Persekutuan sebelum ini. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kemungkinan kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan semula dengan Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan itu. “Tumpat memerlukan laluan kereta api dan pelabuhan memandangkan ketika ini perkhidmatan kereta api dari daerah itu ke Kuala Lumpur sudah terhenti. Jika jajaran ECRL hanya setakat Kota Bharu, ia akan menjejaskan perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan Tumpat. “Kita sedar Kerajaan Pusat mahu mengurangkan kos termasuk menukar daripada ‘double track’ kepada ‘single track’. Namun mungkin laluan itu boleh dipanjangkan lagi (sehingga Tumpat),” katanya. Beliau berkata demikian selepas ditemui pada Program Solat Hajat sempena Hari Sayyidatina Khadijah, di Kompleks Kota Darul Naim, di Kota Bharu

Tun Daim Beri Bayangan Jajaran ECRL Di Terengganu Kekal

Imej
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan melalui negeri Terengganu dijangka akan dikekalkan. Pengerusi Majlis Penasihat Negara, Tun Daim Zainuddin memberi bayangan terhadap perkara itu dengan mengatakan bahawa segalanya akan mengikut seperti perancangan awal. Jelasnya, stesen ECRL yang berfungsi untuk kargo dan penumpang itu akan dimuktamadkan sepenuhnya pada sidang media oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad esok. “Saya tahu banyak di pantai timur, termasuk Terengganu, berminat supaya projek ini diteruskan dan laporan bahawa ECRL akan diteruskan disambut baik dengan kegembiraan di pantai timur. “Saya juga baca laporan yang mengatakan saya tinggalkan Terengganu dalam projek ini, ECRL bermaksud East Cost Rail Link, kalau Terengganu tak dimasuk bukan east cost,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Bicara Darul Iman yang bertajuk Ekonomi Bumiputera Agenda Nasional di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, semalam. un

Sate Coklat ?

Imej
Sate sememangnya cukup sinonim dengan masyarakat di negara ini. Tidak kira di mana saja hidangan ini menarik perhatian ramai pembeli. Sate selalunya disajikan bersama kuah kacang, nasi impit, bawang dan juga timun. Sekarang ni macam-macam hidangan makanan peniaga cuba buat untuk jadi lebih kreatif dan viral. Kadang-kadang tu tak masuk akal pun ada. Kalau sebelum ini dah ada sate cheese, kali ini viral pula menu sate sos coklat. Bagaimana agaknya rasa sate coklat ini ? Video sate bersama coklat yang dikongsikan di Twitter itu menimbulkan kemarahan netizen. Mana tidaknya, semua hidangan mahu diinovasikan seingga merosakkan makanan tradisional Melayu. Malah ramai yang mengatakan tiada selera untuk menimati hidangan tersebut. Kata netizen lagi, orang kita sememangnya pandai mencipta makanan yang boleh menjadi penyebab penyakit tiga serangkai. Tidak kurang juga ada yang mengatakan inovasi tersebut boleh menghilangkan identiti makanan Melayu dan tidak mustahil

Kos ECRL Kurang RM21.5 Bilion : MB Terengganu Tunggu Pengumuman Rasmi PM

Imej
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menunggu kenyataan rasmi daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tentang perkembangan terkini Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Projek kontroversi itu diumumkan akan diteruskan dengan kos pembinaan sebanyak RM44 bilion. "Berhubung dengan perkembangan terkini ECRL, saya hanya akan beri ulasan setelah mendapat maklumat lebih jelas selepas 'pc' (sidang media) oleh PM (Perdana Menteri) pada Isnin ini," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam status yang dimuat naik di laman Twitter rasminya hari ini, mengulas tentang perkembangan tersebut. Sementara itu, Jabatan Perdana Menteri berkata, kos pembinaan fasa 1 dan 2 ECRL itu berjaya dikurangkan sebanyak RM21.5 bilion berbanding kos asalnya pada RM65.5 bilion. Pengurangan kos itu dicapai selepas Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memeterai Perjanjian Tambahan (SA) dengan China Communications Construction Company Ltd (CCCC). SA itu mera

Kerajaan Mengumumkan Projek Laluan Keretapi Pantai Timur ECRL Diteruskan

Imej
Kerajaan mengumumkan Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) diteruskan dengan pengurangan  sebanyak RM21.5 bilion dari kos pembinaan untuk fasa 1 dan 2. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, kos itu dikurangkan kepada RM44 bilion dari kos asalnya berjumlah RM65.5 bilion. Jelas kenyataan itu, pengurangan berkenaan akan memberi manfaat dan meringankan beban  kewangan negara. "Kerajaan mengalu-alukan penandatanganan Perjanjian Tambahan (SA) di antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Co Ltd (CCCC) yang akan membuka jalan bagi penyambungan semula projek ECRL. "Ia meliputi perolehan, pembinaan dan pentauliahan ( EPCC) aspek ECRL telah dicapai selepas rundingan  antara syarikat yang terlibat serta Kerajaan Malaysia dan Republik Rakyat China. "Butiran lebih lanjut akan diberikan semasa sidang media pada Isnin," jelas kenyataan itu. Projek ECRL sepanjang 688.3 kilometer itu 

Kilang petrokimia di Pengerang meletup

Imej
Sebuah kilang petrokimia bagi pembangunan hab industri minyak dan gas penapis di Pengerang, Johor dilaporkan meletup dan terbakar kira-kira jam 1.28 pagi Jumaat. Menerusi video yang tular di media sosial, letupan itu dipercayai turut menyebabkan gegaran yang dapat dirasai sehingga ke Pasir Gudang. Difahamkan kilang tersebut ialah salah satu projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid). Bagaimanapun  pada jam 6.30 pagi tadi mendapati keadaan kembali reda dan api sudah pun dipadamkan. Syarikat pemaju RAPID, Petronas dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian dalam masa terdekat, seperti dipetik Astroawani.

Istana Kelantan tarik balik gelaran 'Datuk' Abdul Azeez

Imej
Istana Kelantan menarik balik gelaran Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang dianugerahkan kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkuat kuasa 2 April lalu. Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Nazran Muhammad berkata Abdul Azeez, 53, yang juga Anggota Parlimen Baling sudah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan menerusi surat disampaikan kepadanya pada hari sama. “Dengan demikian mulai tarikh itu, Abdul Azeez tidak boleh lagi menggunakan gelaran “Datuk”. Apa-apa kuasa atau perkara yang berkaitan dengan anugerah Darjah Kebesaran ini juga tidak boleh digunakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Nazran berkata, Datuk Seri Panglima itu juga dikehendaki mengembalikan ketandaan Darjah Kebesaran yang berkaitan kepada Datuk Perwira Raja, Pengelola Istana D’Raja, Pejabat Sultan Kelantan, Istana Balai Besar, Kota Bharu dengan serta-merta. Ena

Bapa Lapor Polis Anak Dirotan Cikgu

Imej
Seorang guru didakwa memukul pelajar tahun lima sehingga mengalami bengkak dan lebam di bahagian betis hanya kerana kanak-kanak itu tertinggal buku teks dalam kejadian di sebuah Sekolah Kebangsaan (SK) di sini, Isnin lalu. Berikutan itu, bapa kepada pelajar berkenaan tampil membuat laporan polis pada hari yang sama bagi menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap guru tersebut. Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Rizal, 42, berkata, dia menyedari kejadian yang menimpa anaknya selepas kanak-kanak itu menangis seolah-olah menahan kesakitan ketika solat Zohor pada hari itu. Kata lelaki itu, isterinya menghubungi memaklumkan hal tersebut dan meminta dia yang sedang bekerja ketika itu pulang ke rumah bagi melihat keadaan anak mereka itu. “Selepas saya periksa betis anak, saya terkejut kerana mendapati betisnya membengkak dan terdapat kesan rotan. “Apabila ditanya, anak memaklumkan dia telah dirotan oleh gurunya dengan pembaris sepanj

‘Makcik Viral’ Niaga Seorang Diri Kat Terengganu Akan Terus Dibantu

Imej
Kerajaan negeri dan agensi berkaitan sudah mengambil tindakan sewajarnya seperti menyalurkan bantuan kewangan kepada seorang warga emas, Lijah Embong,77, sejak tahun lalu. Keperitan hidup Lijah yang menetap di Kampung Kuala Tengah bersama seorang anaknya itu tular di media sosial baru-baru ini apabila kisahnya yang menjaja buah-buahan seorang diri di bahu jalan berdekatan Penjara Marang mendapat pelbagai reaksi warganet. Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman berkata, wanita itu merupakan antara penerima bantuan dalam senarai e-Kasih dan turut mendapat pelbagai sumbangan daripada pihak lain. “Kita tidak mahu rakyat hanya menilai melalui kenyataan yang diuar-uarkan semata-mata kerana mungkin ada yang akan memandang serong kepada kerajaan seolah-olah tiada tindakan diambil. “Hakikatnya, Makcik Lijah telah mendapat bantuan antaranya daripada kerajaan negeri, Pejabat Menteri Besar Terengganu dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang sebagai pen

Like FB Maafsebut