Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2019

Hukuman Yang Lebih Berat Kepada Penghina Agama - Menteri

Imej
Kanun Keseksaan dicadang agar dipinda bagi memberi hukuman lebih berat kepada mereka yang didapati menghina agama. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata pindaan berkenaan secara dasar dipersetujui dan dijangka dapat dibentang pada sesi pertama sidang Dewan Rakyat tahun ini iaitu bulan hadapan, selepas dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat. Beliau berkata cadangan pindaan itu bagi mewujudkan satu klausa khusus supaya mereka yang menghina agama boleh dianggap sebagai melakukan jenayah dan diberi hukuman berat. "Kami buat dalam Kanun Keseksaan hanya kerana kami rasa sudah ada peruntukan itu (dalam Kanun Keseksaan) cuma kami nak bagi ketat lagi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran Standard Penarafan Masjid di Wilayah Persekutuan di ibunegara hari ini. Tegas Mujahid, pindaan itu tidak hanya spesifik kepada penghina agama Islam, tetapi semua agama dalam negara. &qu

Apehal Nih ?? 231 Bayi Di Terengganu Tak Disuntik Vaksin Sepanjang 2018

Imej
sumber gambar berita harian Saya tak fahamlah dengan sikap ibu bapa nih. Kenapalah percaya sangat dengan dakyah mereka yang anti vaksin nih. Diorang tu bukannya ada ilmu apa pun, hanya sekadar bergantung dari cakap-cakap orang lain dan sumber dari internet jea pun. Tak tengok Analisis Alhijrah ke macam mana melalutnya anti vaksin nih. Saya baca dalam Sinar Harian, pengarah kesihatan negeri Terengganu memaklumkan 231 bayi tidak mendapat suntikan vaksin tahun lepas & ianya peningkatan berbanding tahun 2017. Nampaknya mereka yang menolak vaksin semakin meningkat di Terengganu. Daripada 231 bayi itu, 228 adalah berbangsa melayu dan kebanyakan yang menolak suntikan vaksin adalah ibu yang tidak bekerja (surirumah). Jumlah ini dikesan kerana mereka nih datang check babi kat klinik kerajaan & pengarah kesihatan negeri berkata dia tak menolak kemungkinan lebih ramai bayi yang tak menerima vaksin kerana data yang diperoleh hanya daripada ibu bapa yang da

Saya Gi Try Sendiri Nasi Ayam Goreng Katok Kecik Paling Sohor Kat Kota Bharu

Imej
Kalau saya mention gerai Nasi Kukus Warisan kat Jalan Kebun Sultan (mengadap Dataran Cheng Ho) mesti ramai kenalkan ? Mana tak kenal kerana bermula dari jam 5 petang, pelanggan mulai beratur panjang untuk menikmati juadah nasi kukus yang well known famous popular di Kota Bharu. Kalau dulu gerai Nasi Kukus Warisan hanya dibukak pada waktu petang hingga malam, kini semenjak menyewa kedai kaler merah dibelakang gerai tu, Nasi Kukus Warisan mulai dibukak bermula awal pagi hinggalah malam. Saya nak bagitau yang hidangan yang dijual pada waktu siang berbeza dengan yang dijual pada waktu petang yea. Time siang hari kat sini bersohor dengan nasi ayam goreng yang dipotong halus. Ditambah pulak dengan gulai yang pekat dan kaya dengan rempah ratus beserta sambal yang dibuat dengan resepi rahsia owner, boleh dikatakan makan sebungkus seperti tak cukup !! Lepas tu harganya pun murah. Hanya RM4.50 sahaja !! Lepas tu pulak kalau datang makan kat sini jangan lupa untuk

Lelaki Kacak Memang Suka Pada Kucing

Imej
Pengalamannya menyelamatkan seekor anak kucing yang kelaparan dan kesejukan di satu kawasan tapak binaan tujuh tahun lalu menjadi titik permulaan seorang jurutera menjadi penggemar kucing. Mohd Hafizuddin Abdul Rahman, 32, berkata, dia tidak menyangka perasaan sayang dan rindu terhadap haiwan itu timbul selepas dua minggu membelanya di rumah bujangnya di AU2, Keramat di sini pada 2010. “Waktu itu, saya seperti tidak mahu berpisah dengan kucing itu tetapi terpaksa akur kerana sudah berjanji dengan adik untuk menyerahkan kepadanya dan sejak itu, saya mula berkunjung ke pameran kucing untuk melepaskan rindu. “Sejak itu, saya ‘terpikat’ dengan kucing berbulu pendek daripada baka British Short Hair dan mula mengumpul duit sebelum membeli seekor kucing jantan dari Bulgaria pada harga RM8,000. “Enam bulan selepas itu, saya beli seekor lagi kucing betina dari Belarus pada harga RM5,500 untuk membiakkannya sehinggalah pasangan itu melahirkan tiga anak pada 2013. “Seti

Projek Keretapi Pantai Timur ECRL Akan Diteruskan Jika Harga Munasabah

Imej
Kerajaan akan membincangkan kos pelaksanaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan pasukan perunding daripada kerajaan China dalam pertemuan minggu ini. Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kos membangunkan ECRL terlalu tinggi dan di luar kemampuan kerajaan. “Untuk membelanjakan RM55 bilion sangat mahal di mana kita (kerajaan) terpaksa membayar balik kos berkenaan dalam tempoh 30 tahun dengan kadar faedah mencapai RM104 bilion. "Jadi kita (kerajaan) akan cuba membincangkan jika kos terbabit boleh dikurangkan, jika tidak kita akan tunda perlaksaannya. Ketika ini, kita tidak bersetuju dengan kos ditetapkan. Jika kos munasabah, mungkin kita akan melaksanakannya," ujar Dr Mahathir. Perdana Menteri demikian dalam sidang media selepas merasmikan loji baharu Metrod Holdings Bhd di Bukit Raja Klang, di sini pada isnin. Sebelum ini, Syarikat perlaksanaan ECRL. China Communications Construction Co Ltd (CCCC) difahamkan akan mengurangkan sep

Kerajaan Terengganu Adalah Kerajaan Rakyat- Dr. Ahmad Samsuri

Imej
Kerajaan Terengganu Adalah Kerajaan Rakyat- Dr. Ahmad Samsuri Rakyat Terengganu disaran berkongsi pendapat dan komentar bersama kepimpinan setempat dalam usaha membangunkan negeri. Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan bahawa tanggungjawab membina Terengganu menjadi tanggungjawab semua. Beliau juga mahukan rakyat Terengganu membantu dalam membangunkan Terengganu dengan sentiasa memberi cadangan dan pandangan kepada kerajaan. Dalam pada itu, beliau turut mengakui pemimpin yang telah dipilih pada pilihan raya umum lalu, memegang amanah besar daripada rakyat. Sumber Teganukita.net

Jollibee Merancang Nak Bukak 100 Cawangan Kat Malaysia

Imej
Restoran makanan segera dari Filipina, Jollibee Foods Corporation baharu sahaja kembali ke pasaran Malaysia dengan pembukaan cawangan pertama di Kota Kinabalu, Sabah Disember lalu. Sebelumnya, Jollibee pernah membuka cawangan di Malaysia pada tahun 1990-an namun terpaksa tutup akibat krisis kewangan 1997. Berikutan dengan sambutan yang memberansangkan di cawangan Kota Kinabalu, Pengarah Jollibee Tony Tan Caktiong memberitahu pihaknya merancang untuk membuka sebanyak 100 outlet diseluruh Malaysia dalam masa 10 tahun. Tambah beliau kira-kira 50 buah cawangan akan dibuka di Sabah dan Sarawak manakala selebihnya di seluruh Semenanjung Malaysia. Menurut kenyataan Ketua Pasaran Antarabangsa Jollibee Dennis Flores, perancangan untuk menambah bilangan cawangan di Malaysia juga merupakan salah satu usaha syarikat tersebut untuk dinobatkan sebagai 5 restoran makanan segera terbaik di dunia. Setakat ini Jollibee berada pada tangga ke-11 dalam carta. Sumber the voc

Suhaimi Saad Minta RM5,000 Untuk Tampil Di Program Analisis TV Alhijrah

Imej
Isu Suhaimi Saad dengan pendiriannya mengatakan bumi ini bukan berbentuk sfera bulat dan percaya ia sebenarnya ‘flat earth’ antara topik terhangat sejak kebelakangan ini. Susulan itu, pihak TV Alhijrah mahu mengundang Suhaimi untuk tampil membicarakan topik ‘flat earth’ di program Analisis. Bagaimanapun, Suhaimi dikatakan meminta bayaran sebanyak RM5,000 untuk tampil dalam program tersebut. Mengakui meminta bayaran RM5,000 dari TV Alhijrah, Suhaimi turut menjelaskan sebab beliau berbuat demikian. Beliau juga turut mengingatkan bahawa Allah akan tanya mereka ini semua diakhirat nanti. Terdahulu, Suhaimi mencetuskan kontroversi apabila membuat kenyataan bumi ini rata dan turut mencabar angkasawan negara, Datuk Dr.Sheikh Muszaphar untuk bersumpah dengan nama Allah SWT bahawa bumi itu bulat sfera.

Doula dikecam melalut, buat simbol Ultraman ketika siaran langsung TV

Imej
SEORANG doula atau peneman ibu semasa bersalin dikecam teruk netizen kerana tidak menjawab soalan yang diajukan pengacara sebuah program bual bicara stesen televisyen tempatan, Jumaat malam. Malah, netizen turut mempersoalkan kelakuan doula bebas, Hayati Muzaffar yang dilihat tidak profesional semasa program tersebut sedang bersiaran langsung. Dia turut dilihat melakukan babak gerakan simbolik (fire) watak kartun adiwira terkemuka Jepun, Ultraman semasa program tersebut. Topik yang dibincangkan dalam program Analisis yang disiarkan menerusi stesen TV Al-Hijrah pada Jumaat malam adalah “Doula: Peneman Ibu atau Pengganti Doktor?”. Seorang lagi panel jemputan ke program tersebut adalah Pakar perbidanan dan Sakit Puan, Prof Dr Imelda Balchin bagi menghuraikan mengenai perbezaan doula dan bidan terlatih serta risiko menggunakan perkhidmatan tersebut. Susulan siaran program Analisis tersebut, Hayati atau lebih mesra disapa Kak Yat tampil mempertahankan dirinya menerusi bebe

Gynophobia, rasa takut bila tengok perempuan cantik

Imej
Adakah anda takut pada wanita, khususnya wanita cantik? Jika ya, anda mungkin sedang mengalami ‘gynophobia’ atau ‘gynephobia’. Berbeza dengan ‘misogyny’, gynophobia adalah berasal daripada bahasa Greek, iaitu ‘gune’ bermaksud wanita dan phobia adalah rasa takut. Dipetik daripada Studies in the Psychology of Sex, tulisan Havelock Ellis, gynophobia bukanlah sejenis rasa trauma, sebaliknya hanya melibatkan perasaan takut, insecure, yang boleh terjadi pada lelaki dan wanita, terhadap wanita lain yang lebih cantik. Rasa takut terhadap lelaki yang kacak pula dikenali sebagai androphobia.

Austria ambil tindakan individu hina dan fitnah Nabi Muhammad

Imej
Kerajaan Malaysia boleh menjadikan Austria sebagai contoh untuk mengenakan hukuman penjara dan denda terhadap pesalah yang menghina Nabi Muhammad SAW termasuk di laman sosial. Pada November tahun lalu, Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) meluluskan keputusan bahawa menghina Nabi Muhammad adalah hukuman yang dihukum dan tidak akan dikira di bawah ‘kebebasan bersuara’. Langkah itu diambil bagi memelihara kedamaian keagamaan di Austria susulan tindakan seorang wanita, Mrs. S yang didakwa menghina Nabi Muhammad pada 2009 dalam dua seminar yang berbeza. Hujah panel tujuh hakim ketika berkata, merendahkan atau memfitnah Nabi Muhammad disifatkan melapaui batasan perdebatan objektif dan boleh menimbulkan prejudis dalam kalangan masyarakat serta membahayakan keamanan keagamaan. Perkara itu sekaligus melanggar Perkara-10 yang membenarkan kebebasan bersuara yang mengakibatkan ‘Mrs. S’ didenda 480 Euro. Sumber: 1. Selangotkini 2. http://www.bhatkallys.com/world/justice-ins

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Imej
Kepada warga Terengganu sekalian, mesti ramai lagi yang tak tahu yang kerajaan akan memulakan projek keretapi ECRL dari KL ke Wakaf Bharu pertengahan tahun ini. Yang bestnya jangkaan perjalanan dari Wakaf Bharu ke KL memakan masa hanya 4 jam kebawah, maksudnya lagi pantas dari naik bas tu.  Pasal keretapi api pulak, anda semua warga Terengganu boleh tengok gambar kat bawah. Lawakan EMU nih.  Dibawah nih pulak adalah jajaran line keretapi yang kat Terengganu. Lepas tu pulak ini adalah stesen-stesen nanti yang akan dibina kat tanah Terengganu. Lepas tu pulak stesen utama di bandar akan dimajukan pembangunan berorientasikan pengangkutan. Stesen Pengkalan Berangan Stesen Penarik Stesen Kuala Telemong Stesen Kemasik Stesen Kg Raja Stesen Kuala Nerus Stesen Chukai Stesen Dungun Stesen Jelanju

Progress Pembinaan Lebuhraya Kota Bharu - K. Krai Jajaran Ketereh Ke Kok Lanas

Imej
Pagi tadi saya mendapat kiriman gambar dari staff yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya KB - KK Pakej 2B : Ketereh ke Kok Lanas. Menurut beliau, progress projek adalah 35 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada November 2020. Kat bawah ini adalah gambar-gambar progress projek kiriman beliau. Apa yang saya harapkan jajaran-jajaran lain Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai ini akan dapat disegerakan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas especially ketika musim perayaan yang menyaksikan pengguna jalan raya berhabis berjam-jam sebelum tiba ke destinasi di Kelantan.

Syukur 'The Kampung Boy' Dari Terengganu Semakin Popular !! Kini Berlakon Telemovie Lah Pulak

Imej
Peminat ‘The Kampung Boy’, Mohd Syukur Khamis, 14, berpeluang menonton telefilem raya sulung lakonan remaja itu pada Aidilfitri tidak lama lagi. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin yang juga terkenal dengan julukan ‘Mowgli Malaysia’ itu memegang watak utama dalam telefilem bertajuk Raya Di Hujung Tanduk sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Dia digandingkan dengan beberapa pelakon lain, termasuk Delimawati Ismail, yang terkenal dengan watak Hantu Kak Limah menerusi Filem Hantu Kak Limah dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Mohd Syukur berkata, dia sangat seronok menjalani penggambaran telefilem itu yang memberi pengalaman baharu kepadanya. “Walaupun hanya dua hari penggambaran dijalankan, namun ia sangat meletihkan kerana saya tidak biasa dengan proses itu. “Paling mencabar ketika proses menghafal dialog, selain perlu menghayati watak yang sentiasa bermain dengan emosi. “Telefilem raya itu berkisarkan kasih sayang saya terhadap kerbau yang dipelihara d

Jangka Hayat Lelaki Di Kelantan & Terengganu Paling Pendek ?

Imej
Anggaran purata jangka hayat lelaki di Kelantan dan Terengganu secara puratanya adalah yang paling pendek di negara ini berbanding negeri lain dan purata jangka hayat kebangsaan bagi tahun 2018. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Negara yang dikeluarkan pada  20 Februari 2018 jangka hayat lelaki di kedua-dua negeri berkenaan adalah 69.6 tahun berbanding purata kebangsaan 72.7 tahun. Sementara purata jangka hayat paling tinggi bagi lelaki dicatatkan bagi negeri Sarawak iaitu 75.3 tahun, lebih tinggi berbanding purata jangka hayat kebangsaan. Jangka hayat bagi wanita di kedua-dua negeri berkenaan bagaimanapun menunjukkan purata yang hampir sama dengan negeri lain masing-masing dengan 75.8 tahun dan 75.7 tahun. Bagi jangka hayat wanita, Sarawak sekali lagi mencatatkan purata paling panjang usia iaitu 78.9 tahun, lebih tinggi berbanding purata kebangsaan 77.6 tahun. Bagaimanapun kadar kelahiran baharu bagi Kelantan dan Terengganu mencatatkan jumlah yang tinggi berba

Rundingan Projek Keretapi ECRL Pantai Timur Diantara Malaysia China Sudah Memasuki Peringkat Akhir

Imej
Malaysia dan China hampir mencapai kata sepakat untuk memulakan semula projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang sebelum ini mahu dibatalkan kerajaan, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah. China bersedia untuk mengurangkan tandar harga AS$20 bilion (RM81 bilion) bagi projek itu dan rundingan sedang ‘di peringkat akhir’, kata Saifuddin dalam satu temubual bersama Bloomberg. Rundingan diketuai oleh Tun Daim Zainuddin, yang juga penasihat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu bertujuan untuk mengurangkan kos dan mengecilkan saiz projek terbabit. “Ia (ECRL) tidak dibatalkan kecuali kita gagal memuktamadkannya,” kata Saifuddin. “China memahami kekangan kita dan bersedia untuk mengecilkan saiz projek dan kosnya. Rundingannya mungkin di peringkat akhir. Dalam temu bual itu, Saifuddin yang turut membincangkan mengenai pelaburan asing juga berkata, pihaknya merancang untuk membuka semula pejabat kedutaannya di Pyongyang dan berbincang

Like FB Maafsebut