Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2020

Bermula Hari Ini Pelanggan Perlu Sahkan Samada Mahu Moratorium Atau Tidak

Imej
Semalam saya mendapat sms dari pihak bank yang dimana saya membuat pinjaman menyuruh saya mengisi borang secara online memberi consent jika saya bersetuju dengan moratorium selama 6 bulan yang bermula April lepas sehingga Oktober 2020. Saya ada masa sehingga 28 Mei 2020 untuk menyatakan samada mahu meneruskan moratorium atau tidak mahu menerima moratorium. Sebenarnya isi ini sudah pun viral semalam kat social media oleh warga netizen yang kecoh kononnya Bank Negara Malaysia lebih mementingkan bank dari kemaslahatan umum. Isunya pasal caj kadar faedah sepanjang tempoh moratorium. Honestly ramai yang terkeliru. Kalau dilihat kenyataan BNK pada 25 March 2020 di https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&pg=bm_press&ac=5019&lang=bm menyatakan Perkara penting yang perlu diambil perhatian ialah faedah/keuntungan akan terus terakru (yakni diambil kira) atas pembayaran balik pinjaman/pembiayaan yang tertangguh dan peminjam perlu meneruskan pembayaran balik pinja

Sebahagian Besar Kegiatan Ekonomi & Sosial Dibenarkan Beroperasi Mulai 4 Mei

Imej
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin dalam siaran lansung sebentar tadi sempena Hari Pekerja telah mengumumkan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial di negara ini akan dibenarkan untuk beroperasi semula bermula 4 Mei ini. Tetapi aktiviti melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan risiko kepada golongan tertentu termasuk warga emas terhadap penularan COVID-19. Selain itu, kata beliau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) turut akan dikuatkuasakan membabitkan kawasan zon merah. Semua sekolah, kolej dan universiti masih belum boleh dibuka, selain semua aktiviti keagamaan membabitkan perhimpunan ramai. Walaupun dibenarkan beroperasi, Perdana Menteri menyarankan kepada majikan supaya melaksanakan jadual bekerja anjal dan jugak memastikan peraturan social distancing dilaksanakan contohnya di kedai makan. Perdana Menteri jugak menasihatkan supaya kita semua memakai face mask dan sentiasa basuh tangan untuk mengelakkan jangkitan.

Pelombong Haram Di Tanah Merah Berjaya Ditahan Polis

Imej
Saknih saya baca dalam Malaysiakini, 2 individu yang disyaki terlibat dengan kegiatan perlombongan haram di Hutan Simpan Jedok, Tanah Merah telah ditahan. Tangkapan itu telah dibuat pada isnin lalu dan kini dalam siasatan polis. Terhadulu, media melaporkan penduduk kawasan itu mendakwa sekumpulan warga asing terlibat dalam perlombongan secara haram sejak PKP dilaksanakan. Kegiatan itu dikesan di kawasan Hutan Simpan Jedok, kira-kira 10 kilometer dari Kampung Lawang, Tanah Merah. Menurut laporan, penduduk turut mendakwa sungai di sekitarnya yang jernih mula tercemar sehingga menjejaskan kegiatan harian kira-kira 2,000 penduduk di lima kampung berhampiran. Mengikut apa yang saya tengok kat berita, pelombong haram ini melombong sejenis nadir bumi yang digelar Torium dan ianya digunakan sebagai bahan api untuk penjanaan nuklear.

Kerana Henti Perintah Berkurung Terlalu Awal, Kes Jangkitan Covid-19 Di Hokkaido Kembali Meningkat

Imej
Pulau di utara Jepun ini dilanda gelombang kedua yang mencatatkan 135 jangkitan COVID-19 dalam tempoh seminggu, selepas menamatkan perintah berkurung tiga minggu apabila kes jangkitan berkurang kepada satu angka. Hokkaido, yang menamatkan perintah berkurung pada 19 Mac lalu bagi membolehkan perniagaan dan sekolah beroperasi, kini mengisytiharkan darurat kecemasan. Pengerusi Pertubuhan Perubatan Hokkaido, Dr Kiyoshi Nagase, berkata beliau menyesal kerana perintah berkurung ditamatkan terlalu awal di wilayah dengan 5.3 juta penduduk itu. "Ini bermakna kita mungkin perlu menunggu hingga tahun depan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat dan kita boleh menamatkan perintah berkurung tanpa risau," katanya. Pakar kawalan penyakit berjangkit di Health Sciences University, Hokkaido, Prof Yoko Tsukamoto, turut bersetuju bahawa perintah berkurung ditamatkan terlalu awal. "Pada masa itu, kita tidak mempunyai maklumat yang mencukupi atau pengetahuan mengenai w

Kelantan Benarkan Kedai Dobi, Bengkel Dan Hardware Beroperasi

Imej
Kedai dobi yang bukan layan diri, bengkel kenderaan dan kedai hardware mulai dibenarkan untuk beroperasi di Kelantan menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Amar. Keputusan itu diambil selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara peringkat negeri Kelantan. Walaupun dibenarkan beroperasi, pengusaha masih perlu mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan termasuk tempoh masa beroperasi.  Bagi kedai dobi pulak, kedai dobi layan diri masih tidak dibenarkan beroperasi buat masa sekarang.

Hikmah PKP, Ketupat Palas Che Non Laris Macam Pisang Goreng Panas

Imej
Tempoh PKP yang dilaksana sejak 18 March kini sudah memasuki Fasa 4 tidak sedikit memberi impak kepada para peniaga kecil dan besar. Ada jugak yang terpaksa gulung tikar kerana tidak lagi mampu menampung kos yang terus meningkat seperti beberapa hotel di Melaka, Pulau Pinang dan KL. Tapi lain ceritanya pulak kat pengusaha ketupat daun palas frozen kat Alor Setar nih. Menurut apa yang saya baca kat Berita Awani, pelaksanaan PKP ditambah kemungkinan kita semua akan beraya dalam tempoh PKP menyaksikan tempahan ketupat daun palas sejuk beku hutan kampung yang diusahakan oleh Che Non Ahmad teramat laris. Menurut beliau, selalunya beliau mendapat tempahan sekitar 15000 kilogram pada bulan ramadan tetapi kini tempahan meningkat sekali ganda kepada 30000 kilogram !! Satu jumlah yang cukup besar. Jelasnya, permintaan yang tinggi itu berpunca daripada perubahan kaedah jualan yang lebih terbuka kepada semua pihak pada tahun ini, supaya pasaran ketupat palasnya dapat diperluaskan, s

Sudah Sah Kini Kelantan Negeri Kedua Zon Hijau Selepas Perlis

Imej
Kelantan negeri terbaharu diisytihar zon hijau Covid-19 apabila tiada kes aktif dikesan di negeri itu setakat 12 tengah hari semalam. Sebelum ini, Perlis muncul sebagai negeri pertama zon hijau kerana merekodkan kes jangkitan sifar bagi tempoh melebihi dua minggu. Bagaimanapun, kedua-dua negeri itu masih belum boleh diisytihar bebas Covid-19. Menerusi infografik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), zon hijau terus bertambah 85 daerah setakat semalam berbanding 77 daerah hari sebelumnya. Perak, Pulau Pinang dan Kedah antara tiga negeri mencatatkan kes aktif dengan satu digit iaitu masing-masing dua, lima dan empat kes. Sementara itu, jumlah zon merah kekal 12 kawasan walaupun terdapat pertambahan 31 kes baharu Covid-19 di negara ini setakat jam 12 tengah hari semalam. CPRC melaporkan, Kuala Lumpur masih kekal menjadi negeri tertinggi mempunyai jumlah kes positif Covid-19 yang aktif iaitu 484 kes da

Pelajar Di Kedah Ini Membawa Bazaar Ramadan Ke Rumah Pelanggan

Imej
Bagi yang otak geliga berniaga, musim PKP bukan halangan untuk berniaga. Lagu mano pun akan tetap diusaha macam mana sales dapat dilakukan dalam serba perbatasan. Itulah yang dilakukan oleh Hafiylutfi Mahadzir yang berumur 20 tahun. Pelajar Polimas ini tidak menjadikan PKP sebagai penghalang untuk dia menjalankan perniagaan untuk mencari sedikit duit raya. Apa yang dilakukannya adalah dengan mewar-warkan juadah berbuka puasa yang dijualnya menggunakan speaker yang dipasang pada kereta Myvi miliknya di sekitar kawasan perumahan di Jitra. Menurut apa yang saya baca kat Berita Awani, dia menjual antaranya mi kari, laksa, bihun sup, roti john dan pelbagai jenis kuih muih serta pelbagai minuman seperti laici kang, cendol dan teh bunga. Apa yang dilakukan oleh Haifylutfi ternyata mendapat sambutan dari penduduk memandangkan sepanjang PKP ini bazaar ramadan adalah tidak dibenarkan seterusnya menyukarkan orang ramai untuk membeli juadah berbuka. Kata Hafiylutfi, sepanjang men

Tukar Gambar Keluarga Dengan Lukisan Krayon Tanpa Disedari Keluarga

Imej
Pada zaman kini, manusia semakin leka dengan rutin harian dan diri sendiri sehingga mereka tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling mereka. Kesibukkan harian membuatkan kita mengabaikan perkara-perkara kecil dalam kehidupan, dan tidak menghargai apa yang kita ada. Seorang wanita membuktikan perkara ini apabila dia melakukan prank terhadap keluarganya di mana dia menukar gambar potrait yang menghiasi rumahnya dengan lukisan krayon. Currently replacing photos with crayon drawings. Taking bets on how many photos I can replace before my parents notice. #QuarantineActivities pic.twitter.com/uiosWlsRmo — Kristen Vogler (@krisvog) April 4, 2020 Kristen Vogler mendapat idea tersebut dari kisah seorang individu yang mengubah gambar keluarganya dengan gambar Nicolas Cage. Oleh kerana Kristen tidak mempunyai mesin pencetak untuk membuat prank yang sama, dia menggunakan sekotak krayon untuk melukis semula gambar keluarganya. After FaceTiming with my grandparents (th

Long Tiger Sudah Ditangkap

Imej
Berita dari Harian Metro hari ini melaporkan Polis Johor mengesahkan penahanan seorang lelaki dikenali sebagai Long Tiger, hari ini. Walaubagaimanapun Ketua Polis Johor enggan mengulas lanjut dan dijangka melakukan satu sidang media berkaitan penangkapan itu esok. Sebelum ini viral di facebook video berdurasi 14 saat yang memaparkan individu berbaju T hijau serta berseluar ungu dan bergari dikaitkan dengan Long Tiger ditahan. Long Tiger menjadi bualan netizen kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kontroversi melalui beberapa sesi siaran langsung di Facebook sebelum ini. Malah dia juga sentiasa mencabar mereka yang tidak bersetuju dengan pendapatnya serta mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan warganet.

Hantar Etnik Rohingya Pulang Ke Myanmar Dilihat Penyelesaian Terbaik Menurut Penganalisis

Imej
Penghantaran pulang etnik Rohingya di Malaysia ke Myanmar, dilihat sebagai penyelesaian terbaik bagi polemik membabitkan etnik itu yang hangat dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini. Penganalisis jenayah, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim, berkata saranan itu selaras keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Januari lalu, yang mengarahkan Myanmar mengambil langkah segera melindungi etnik Rohingya serta menyimpan bukti jenayah yang dilakukan terhadap mereka. Shahul Hamid berkata, semua pihak perlu menyedari bahawa status asal etnik Rohingya di negara ini adalah pendatang tanpa izin (PATI) dan hanya diterima berlindung di Malaysia atas dasar kemanusiaan. "Seperti mana kita menangkap PATI dari India, Pakistan atau negara lain, yang kemudian dihantar pulang ke negara asal, begitu juga boleh kita lakukan pada etnik Rohingya. "Jaminan keselamatan mereka sebaik pulang ke Myanmar pula adalah di bawah tanggungjawab Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersa

Dentuman Bunga Api Tanda Berbuka Puasa Dan Sahur Unik Di Kuala Terengganu

Imej
Dari puncak Bukit Panorama di sini, Shafuan Shafie lazimnya dapat melihat ribuan penduduk Terengganu 'berkelah' di beberapa kawasan lapang sekitar pesisir pantai sementara menunggu bunyi dentuman bunga api yang menandakan masuknya waktu berbuka puasa pada bulan Ramadan. Namun pemandangan indah itu hanya tinggal kenangan dan ia tidak lagi kelihatan pada Ramadan kali ini berikutan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 yang mewajibkan rakyat Malaysia kekal berada di rumah. Penyelia piroteknik di syarikat swasta yang berusia 34 tahun itu mengakui perasannya tersentuh apabila melihat kawasan lapang seperti Dataran Syahbandar, kawasan lapang berhampiran jambatan angkat dan Dataran Batu Buruk kini sepi dan tidak lagi meriah seperti mana kelaziman sebelum ini. "Saya ada juga terbaca di media sosial seperti Facebook dan WhatsApp mengenai luahan orang ramai bahawa mereka rindukan suasana itu untuk berbuka puasa berama

Seluruh Kelantan Kini Zon Hijau Bebas Covid-19

Imej
Alhamdulillah. Kini keseluruhan Kelantan adalah zon hijau apabila pesakit Covid-19 di Tanah Merah telah sembuh dan dibenarkan untuk keluar dari Hospital. So kini selain Perlis, Kelantan adalah negeri kedua yang menyaksikan keseluruhan jajahan sudah bebas dari wabak Covid-19. Namun begitu kita takleh happy sangat. Berada dalam zon hijau bukan bermakna kita sudah boleh memandang enteng akan peraturan sepanjang PKP ini. Kemungkinan jangkitan boleh berlaku jika kita lalai dan engkar perintah sepanjang PKP ini. Oleh kerana itu warga Kelantan dinasihatkan patuh kepada arahan kerajaan sepanjang PKP dan jangan keluar rumah jika tiada urusan. Selain itu, kerajaan jugak mungkin akan memperkenalkan SOP baru minggu depan untuk kawasan zon hijau ini. Tapi jangan seronok sangat. SOP baru ini bukan kata membenarkan korang semua untuk bebas seperti sebelum PKP. Ianya mungkin sedikit longgar untuk memberi ruang sedikit untuk mereka di zon hijau melakukan aktiviti yang sebelum

Sultan Muhammad V Sumbang 2 Juta Sarung Tangan Kepada KKM

Imej
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menyumbang sebanyak 2 juta sarung tangan kepada KKM. Sumbangan beliau telah diserahkan kepada menteri kesihatan oleh Dato Takiyuddin yang memakili Sultan Kelantan. Selain itu, keseluruhan Kelantan adalah zon hijau apabila pesakit covid 19 di Tanah Merah telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital semalam.

Berbekalkan Duit BPN Sebagai Modal Niaga, Ibu Tunggal Ini Mampu Meraih Sehingga RM2000 Sehari

Imej
Kalau orang lain bila saja dapat duit BPN, ada yang menyalahgunakannya untuk membeli rokok, air ketum atau dadah. Sedangkan kerajaan bagi duit BPN tu supaya dapat digunakan untuk menampung keperluan keluarga sepanjang tempoh PKP ini. Lain ceritanya di Melaka. Seorang ibu tunggal, Siti Hartika Shaari telah menggunakan duit BPN sebanyak RM1000 sebagai modal untuk memulakan perniagaan delivery ikan siap siang. Beliau dulunya bekerja sebagai pembantu kat restoran. Lepas tu kehilangan pekerjaan kerana majikannya tidak lagi mampu menampung kos gaji. Sejak diberhentikan beliau terpaksa berjimat cermat sehingga pada satu tahap hanya menjamah bubur kosong tidak berlauk rentetan terputus wang belanja. Dari situ beliau dah ada impian untuk memulakan perniagaan delivery ikan siap siang namun terpaksa dilupakan kerana tiada modal. Duit BPN yang diterimanya seolah satu rahmat. Berbekalkan RM1000 yang diterimanya, Siti Hartika memulakan perniagaan delivery ikan siap siang menyasarkan

Masalah Bekalan Air Di Kelantan Akan Diselesaikan Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air

Imej
Lebih 261,000 pemilik akaun bekalan air terawat di Kelantan dijangka akan menikmati perkhidmatan bekalan air yang lebih baik berikutan pelaksanaan 33 projek bekalan air dari sekarang sehingga tahun 2025. Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan projek bekalan air itu dilaksanakan bagi memfokuskan dua aspek iaitu pembangunan dan menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) serta pengurangan kadar air tidak terhasil. “Sebanyak 12 projek pembangunan dan menaik taraf LRA melibatkan pembiayaan pinjaman RM176 juta oleh Pengurusan Aset Air Berhad (Paab) dan dua projek dibiayai oleh kerajaan persekutuan di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dengan peruntukan keseluruhan berjumlah lebih RM100 juta. “Antara projek-projek yang sedang dilaksanakan termasuk pembinaan LRA Merbau Chondong, LRA Tanjung Mas, LRA Felda Chiku, LRA Kampungg Telok, LRA Tualang dan 18 projek LRA mini. “Pelaksanaan projek ini sangat pent

Hanya 6000 Rakyat Malaysia, 16000 Lagi Warga Asing

Imej
Hanya 6,000 rakyat tempatan berbanding 16,000 warga asing mendiami kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekitar Pusat Bandar Utara dan Pasar Borong Kuala Lumpur, kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa. Katanya berdasarkan bancian terbaru di kawasan itu mendapati daripada jumlah keseluruhan penduduknya iaitu 22,000 orang, seramai 16,000 adalah warga asing termasuk golongan pelarian Rohingya yang memegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR). "Ketika bancian awal hanya ada lebih 10,000 warga asing namun setelah dibanci secara terperinci mendapati angka naik sehingga 16,000 (warga asing). "Namun semua penduduk di PKPD, termasuk warga asing akan dibekalkan dengan makanan. "Tidak mungkin kami akan menggunakan wang 'pembayar cukai' untuk bekalan makanan mereka, jadi satu tabung khusus digerakkan bagi mengumpul dana membeli makanan asas kepada warga asing di kawasan PKPD," katanya ketika wawancara

Kerajaan Umum SOP Yang Beri Kelonggaran Untuk Zon Hijau Minggu Depan

Imej
Kerajaan dijangka mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) khas mengenai kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membabitkan pergerakan penduduk di kawasan zon hijau pada minggu depan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini dalam peringkat akhir bagi membentangkan perkara tersebut. Jelas beliau, pada peringkat awal, kelonggaran PKP tersebut kemungkinan dibuat secara berperingkat dan terhad untuk pergerakan dalam kawasan sahaja. "Contohnya dalam kawasan projek perumahan awam (pangsapuri), jika sepanjang PKP ini semua penduduk didapati tiada gejala, mungkin kita benarkan mereka bawa anak-anak turun dari blok tapi tidak keluar dari kawasan itu. "SOP yang dikeluarkan mungkin akan menentukan giliran blok dan masa yang akan ditetapkan. Ini semua sedang dirangka dan MKN sedang mendapatkan input daripada semua kementerian. "Minggu depan kita boleh muktamadkan input yang dikaji oleh MKN

Gara-Gara Mahu Gunting Rambut, 13 Lelaki Termasuk Tukang Gunting Ditahan Kerana Langgar Peraturan PKP

Imej
Gara-gara mahu menggunting rambut, 13 lelaki yang sedang menunggu giliran bersama-sama tukang gunting telah ditahan pihak polis kat Jalan Mengkuang, Butterworth kerana melanggar perintah PKP. Polis telah serbu pukul 3.15 petang dimana didalam kedai terdapat lelaki berusia dalam lingkungan 17 hingga 24 tahun sedang menunggu untuk menggunting rambut. Mereka semua gagal memberi alasan munasabah. Siasatan awal oleh pihak Polis mendapati pemilik kedai gunting yang diserbu itu menjalankan perniagaan gunting rambut secara tertutup selepas kerajaan tidak membenarkan kedai gunting rambut untuk beroperasi sepanjang PKP.

Syukur Sangat !! Malaysia Kini Dalam Fasa Pemulihan Wabak Covid-19

Imej
Malaysia kini dalam fasa penyembuhan berdasarkan jumlah kes baharu Covid-19 yang kini hanya dua angka sejak beberapa hari lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menunjukkan Malaysia sudah melepasi fasa kemuncak jangkitan yang dijangka minggu lalu. Menurutnya, berdasarkan jangkaan awal, kes baharu di Malaysia dijangka mencapai sehingga 6,300 kes pada 14 April, namun itu tidak berlaku. Dr Noor Hisham berkata, dengan pelan tindakan yang dilaksanakan KKM dan berdasarkan momentum terkini, jumlah kes diharap semakin berkurangan dari semasa ke semasa menerusi PKP fasa tiga. Namun, katanya, tidak boleh dinafikan jumlah itu boleh meningkat dan disebabkan itu kita perlu meneruskan usaha untuk mengurangkan kes jangkitan baharu. Sumber Harian Metro

Seorang Bapa Sanggup Jual Tudung Dengan Gantung Kat Handle Motor Namun Tak Ada Orang Beli

Imej
Dengan duduk di tembok sebuah stesen minyak di utara tanah air, seorang bapa terpaksa mencari rezeki menjual tudung di sebalik motosikal yang ditongkatnya. Tindakannya menggantung tudung jualan pada penyidai kecil yang disangkut pada pemegang motosikalnya meraih perhatian, terutama apabila kadbod di tempat duduk memaklumkan jualan tersebut untuk membeli susu dan lampin anaknya. Walaupun identitinya menjadi tanda tanya kerana tidak kelihatan di dalam foto yang tersebar di media sosial, tetapi ia mengundang simpati dan belas ihsan masyarakat. Segalanya bermula sejak dia pulang ke kampungnya di Sungai Dua, Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada awal Mac lalu, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa pada 18 Mac lalu. Hanya mahu dikenali sebagai ‘Abang Tudung’, pemuda berusia 29 tahun itu berkata, dia sekeluarga menziarahi bapanya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan uzur. Mengikut perancangan awal, beliau bersama isteri dan dua anak mahu kembali ke Ku

Sapura Energy Potong Gaji Pengurusan, Kurangkan Tenaga Kerja

Imej
Sapura Energy Bhd mengumumkan beberapa langkah penjimatan peringkat dalaman, termasuk pemotongan gaji sebanyak 50 peratus untuk pasukan kepimpinannya berkuat kuasa serta-merta, pelarasan semula gaji pekerja antara lima dan 45 peratus selepas Ramadan, serta pengurangan tenaga kerjanya. Dalam kenyataan hari ini, Sapura Energy berkata langkah itu diambil untuk mengurangkan impak daripada pandemik COVID-19 dan harga minyak mentah yang rendah. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Shahril Shamsuddin, berkata pandemik dan harga minyak mentah yang rendah telah memberi kesan kepada pengukuhan kewangan syarikat. Walaupun menyedari keputusan itu mungkin sukar bagi kebanyakan pekerja, Shahril berkata pada asasnya, syarikat akan memastikan mereka yang berpendapatan rendah akan kurang dibebani oleh pemotongan itu. Beliau turut memberi jaminan kepada pekerjanya bahawa syarikat mempunyai strategi yang menyeluruh untuk memacu Sapura Energy keluar daripada cabara

Alhamdulillah Kota Bharu Kini Zon Hijau

Imej
Daerah Kota Bharu, Kelantan yang juga antara kawasan zon merah sebelum ini menjadi kawasan baharu dikategorikan sebagai zon hijau selepas tidak lagi mencatatkan kes aktif Covid-19 setakat 12 tengah hari semalam. Ini menjadikan sembilan daripada keseluruhan 10 daerah di Kelantan mencatatkan sifar kes Covid-19 dan hanya Tanah Merah masih mempunyai satu kes jangkitan. Kota Bharu kawasan zon merah ketiga yang bebas Covid-19 selepas Rembau dan Hilir Perak. Infografik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) yang dipaparkan di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, menunjukkan 77 daerah dikategori zon hijau berbanding 68 daerah pada Ahad. Pertambahan zon hijau itu selain Kota Bharu membabitkan sembilan daerah di Sarawak iaitu Sebauh, Tebedu, Kabong, Pusa, Marudi, Subis, Beluru, Tanjung Manis yang baru disenaraikan dalam infografik CPRC. Selain itu, Kuala Lumpur terus mencatatkan pertambahan kes baharu secara mendadak iai

Miskin Itu Takdir Tapi Pengotor & Pemalas Itu Pilihan

Imej
Ada dikalangan kita ditakdirkan untuk hidup dalam keadaan miskin. Miskin itu bagi mereka bukan pilihan tetapi takdir. Mereka tidak malas bahkan mereka cukup rajin berusaha sehinggakan ada yang bekerja sehingga larut pagi ataupun sehingga ke awal pagi. Mereka ini pulak selalunya segan. Segan untuk meminta bantuan. Mereka lagi suka untuk berusaha sendiri daripada meminta-minta dari orang lain. Kerana itu kadang kala sukar untuk mengesan mereka. Ada dulu pernah sekali kenalan saya menceritakan ada satu keluarga kat taman perumahan yang didiami dari luaran nampak macam keluarga lain. Cerita sebenar hanya dapat diketahui setelah kenalan saya ini berkunjung ke rumah mereka. Mereka sebenarnya miskin namun tidak pernah lansung mengadu kepada orang lain atau meminta-minta. Selama ini mereka cekal mencari rezeki walaupun tak mencukupi. Lagi satu selain segan, mereka ini sebenarnya tak tahu diluar ada assistant dari kerajaan yang membolehkan mereka ini keluar dari kepompong kemiski

Lelaki Kelantan Jalan Kaki Balik Ke Kampung Halaman Di Tanah Merah

Imej
Beberapa hari yang lalu gempar kat media social facebook apabila seorang lelaki Kelantan sanggup berjalan kaki dari Kuala Lumpur untuk pulang ke kampung halamannya di Tanah Merah. Matnoe Poksu Din mengambil keputusan untuk meredah jarak sejauh 428 kilometer dari Kuala Lumpur untuk ke Tanah Merah, Kelantan dengan berjalan kaki dan dijangka mengambil masa selama tiga hari untuk sampai. Walau bagaimanapun, malam tadi isteri kepada Poksu Din berkongsi khabar gembira, memaklumkan suaminya sudah tiba di rumah. Dalam masa sama, Pok su juga berkongsi khabar itu. Dia dalam pada itu memberitahu akan membuat saringan ujian Covid-19 beberapa jam lalu & sempat lagi berseloroh tak akan jalan kaki ke hospital.

Saham TNB Mengalami Penurunan Selepas Khazanah Kurangkan Pegangan

Imej
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengalami tekanan hari ini selepas dana negara, Khazanah Nasional Bhd mengurangkan pegangannya dalam syarikat utiliti itu minggu lepas. Sejak dagangan bersambung pagi ini saham tersebut mencatatkan penurunan, susulan penjualan pada Jumaat lepas, setelah Khazanah menjual 1.3 peratus pegangannya. Setakat pukul 10.31 pagi, harga saham TNB susut lapan sen kepada RM12.08, dengan 2.92 juta saham bertukar tangan. Langkah Khazanah mengurangkan pegangan dalam TNB itu bukan kali pertama memandangkan ia juga berbuat sedemikian pada April tahun lepas. Bagaimanapun, Khazanah masih kekal sebagai pemegang saham terbesar TNB. Menurut data ekuiti Bloomberg, sejak enam bulan lepas harga saham syarikat utiliti itu berkurangan RM1.92 seunit, iaitu daripada RM14.00 kepada RM12.08 hari ini dengan kedudukan pemodalan pasaran bernilai RM69.15 bilion. Sumber Bernama

Saya Dipilih Menjadi PM Dalam Situasi Luar Biasa

Imej
“Saya dipilih jadi PM dalam situasi luar biasa.” Itu kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Baru 17 hari mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berdepan dengan satu cabaran besar dalam meneraju kepimpinan Malaysia. Mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sebagai salah satu usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Dipilih dalam situasi yang sukar, perkara paling utama yang perlu beliau memberi perhatian adalah langkah dan usaha terbaik mengawal keadaan secepat mungkin. Dalam keadaan situasi merbahaya dan boleh mengancam nyawa rakyat, Muhyiddin menjelaskan kelewatan sehari dua boleh memberikan kesan yang besar kepada rakyat. Tidak memikirkan soal politik sejak dilantik berkuat kuasa 1 Mac lalu, beliau turut mengelak mengeluarkan kenyataan yang berunsur politik kerana menyedari betapa muaknya rakyat dengan krisis politik yang berlaku di negara ini. Dasar kerajaan Muhyi

Like FB Maafsebut