Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Story of Kelantan

Pok Su Mie Dari Machang Gigih Menjahit Guna Kaki Untuk Menyara Keluarga

Imej
Sukar dibayangkan apabila seseorang tukang jahit memasukkan benang ke dalam lubang jarum yang begitu halus menggunakan jari-jari kaki, tetapi tugas itu bukanlah sukar bagi Rahim Yusof, seorang tukang jahit istimewa yang dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan, di Pulai Chondong, di sini. Rahim, 52, yang lebih mesra dengan panggilan Pok Su Mie, begitu cekap memasukkan benang ke dalam lubang jarum menggunakan jari-jari kaki, suatu kemahiran yang dilakukannya sejak lebih 30 tahun lepas. Bukan sahaja menjahit, dia yang hanya mempunyai dua jari di bahu kanan, turut menggunakan kedua-dua belah kakinya untuk melakukan rutin seharian seperti menjawab telefon dan memandu kereta. Meskipun kelihatan pelik di mata orang lain namun bagi yang biasa melihatnya, perkara itu sudah menjadi lumrah dan semua pelanggan Pok Su Mie tahu mengenainya. "Semua urusan memotong kain dan menjahit saya lakukan menggunakan kaki dan setakat ini semua pelanggan nampaknya berpuas hati. "Sebenarnya ...

Kisah Anak Kelantan Yang Berjaya Dalam Dunia Perniagaan

Imej
Kalau disebut D Apple Cafe, mesti ramai yang tahu especially kat Kelantan lah. Cafe ini adalah lebih kepada hidangan barat & mempunyai banyak cawangan bukan sahaja di Kelantan bahkan di luar Kelantan. Bagaimana D Apple Care ini boleh berjaya ? Berikut adalah kisah dari pengasas D Apple Cafe, Abd Hakim bin Awangbagaimana beliau memulakan perniagaan makanan dengan hanya bermodalkan RM5000. Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ini terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman saya dalam perniagaan yang tak seberapa ini. Sebenarnya semenjak melibatkan diri dalam perniagaan sejak 2007, memang keadaan lelah dan penat tak pernah hilang. Pelbagai ujian dihadapi, Allah tak pernah berhenti menguji hingga ke saat ini. Saya ingin berjaya, dan saya faham setiap kejayaan datang dengan kesulitan, keperitan dan kesusahan. Cuma ianya bergantung terhadap bagaimana kita menghadapi dan menyelesaikan kesulitan tersebut. Saya selalu membaca kisah kejayaan orang lain. Seringkali teruja. Semestinya...

Warna Warni Kala Malam Di Bandaraya Kota Bharu

Imej
Selalunya kalau korang search kat mana-mana, jarang sekali terjumpa view Kota Bharu di waktu malam. Selalunya yang banyak terdapat jika Google adalah waktu disiang hari. Tahukah korang semua view bandar Kota Bharu diwaktu malam cukup cantik ??

Shairan Huzani Hussain - Dari Anak Nelayan Kelantan Kepada Pengarah Urusan Shell

Imej
Anak kelahiran Kelantan ini sebenarnya mempunyai permulaan hidup yang sangat sederhana. Dilahirkan 49 tahun dahulu di Pasir Puteh kepada sepasang guru, Shairan dibenarkan untuk membesar bersama datuknya di kampung Kedai Buloh, sebuah kampung nelayan di pinggir Sungai Kelantan, berhampiran dengan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bahru. Datuknya hanyalah seorang nelayan sementara neneknya menjual bunga sanggul. Dia merupakan anak sulung di antara empat adik beradik, Shairan membesar di perkampungan nelayan itu seorang diri bersama datuk dan neneknya sehingga berusia enam tahun. Kemudian, Shairan berpindah untuk tinggal bersama ibubapanya dan memulakan persekolahan beliau di SK Tengku Indera Petra di Kota Bahru. Selepas tamat sekolah rendah, Shairan diterima masuk ke MRSM Pengkalan Chepa, di mana Shairan bertemu dengan seorang yang istimewa yang akhirnya menjadi isteri beliau sehingga kini. Hasil usaha Shairan selama lima tahun di sekolah berasrama penuh ...

Kelantan selesai isu banjir di Bandar Baharu Tunjong guna dana Kerajaan Persekutuan

Imej
Peruntukan RM500 juta oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kelantan akan digunakan bagi menyelesaikan kawasan sekitar Bandar Baru Tunjong supaya tidak terdedah banjir. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ab Fattah Mahmood, berkata peruntukan melalui Rancangan Malaysia Ke-11 itu akan digunakan termasuk pembinaan tebatan banjir. "Kawasan sekitar terbabit perlu ditambun tanah setinggi tujuh meter bagi mengelak daripada banjir. "Kami sudah menyerahkan kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mengkaji perkara berkenaan. Insya-Allah ia akan diselesaikan dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian pelancaran Pusat 4S HONDA Malaysia Sdn Bhd di Tunjong dekat sini, hari ini.  Ab Fattah berkata, sebanyak 80 peratus daripada 800 hektar tanah di Bandar Baru Tunjong ketika ini dalam proses membangun dengan penyusunan pelbagai kemudahan berdasarkan pelan induk yang diluluskan kerajaan negeri. Kata...

Tanah Merah, Machang Berisiko Banjir Lebih Dahsyat

Imej
Daerah Tanah Merah dan Machang berisiko dilanda banjir lebih dahsyat daripada bah kuning 2014 jika jambatan kedua menghubungkan dua daerah itu dibina di lokasi asal dari Kampung Joh ke Belimbing melalui Pulau Raya, dekat sini.

Stesen Keretapi ECRL Di Kelantan Yang Wajib Anda Tahu

Imej
Kepada warga Kelantan sekalian, mesti ramai lagi yang tak tahu yang kerajaan akan memulakan projek keretapi ECRL dari KL ke Wakaf Bharu pertengahan tahun ini. Yang bestnya jangkaan perjalanan dari Wakaf Bharu ke KL memakan masa hanya 4 jam kebawah, maksudnya lagi pantas dari naik bas tu.

Kenapa Saya Gagal Dalam Berniaga

Imej
Kenapa saya gagal dalam berniaga ? Yea, itulah 1st soalan yang bermain difikiran bilamana perniagaan yang kita jalankan tak berjalan seperti mana yang kita harapkan. Sales hari-hari tak capai apa yang kita target. Lagi teruk kalau seharian tu lansung takde jualan. Yang tak best lagi saving kita semakin hari semakin menipis kerana duit hasil jualan tak dapat menampung kos untuk berniaga seharian.  Dalam otak kita nih ligat berfikir kenapalah jadi macam nih ? Kenapalah nak dapat customers atleast 10 orang sehari pun payah. Yang datang beli pun sorang dua. Mana cukup macam tu. Nak bayar gaji pekerja lagi. Nak bayar sewa kedai lagi. Lepas tu kos2 lain pulak macam mana ? Kalau hari2 berniaga macam nih memang boleh rugi. Semua orang cakap apa yang kita jualkan ini bagus. Kalau bagus kenapa kurang mendapat sambutan ? Nak kata tak buat marketing....hari-hari buat marketing. Tetapi kenapa jualan masih tak memberangsangkan ?  Jom kita sama-sama selami kenapa perniagaan ki...

Jangan Terkejut Amanah Tadbir Kelantan - Salahuddin Ayub

Imej
Jangan terkejut sekiranya Amanah boleh mengambil alih Kelantan  daripada Pas dan memerintah negeri itu menjelang PRU14.

Progress Terkini Lebuhraya Rakyat Lebuhraya Kota Bharu Ke Kuala Krai Lebuhraya CSR

Imej
Ini adalah progress terkini Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai di area Pasir Hor. Kalau anda tengok dalam gambar tu, lebuhraya ini sudah pun siap ditar & ianya bersambung terus ke flyover Pasir Hor menghala ke Kubang kerian.  Yang bestnya pasal lebuhraya ini adalah ianya 4 lorong bebas toll dan bersambung terus dengan Lebuhraya CSR ke Kuala Lumpur yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020. Pasal lebuhraya Rakyat pulak, ianya sebahagian dari Lebuhraya KB ke Kuala Krai yang tengah dibina sekarang.  Like  Facebook Maafsebut  untuk latest jawatan kosong & info terkini kelantan !

12 Nasihat Untuk Yang Mahu Berjinak Dengan Dunia Perniagaan Bagi Menjadi Usahawan Berjaya

Imej
Sepanjang dua tahun ini, saya bertemu dengan ramai usahawan baru. Banyak yang berjaya, ramai juga yang bungkus. Apakah yang saya belajar dari mereka? 1. Fokus dengan satu idea bisnes saja. Buat sampai jadi. Boleh modify idea, tetapi usah keluar dari bisnes tersebut. Apa yang saya perhatikan ialah ramai usahawan baru mudah mengalah apabila timbul sedikit cabaran. 2. Cukup ramai usahawan bertukar kepada bisnes baru, sedangkan bisnes sedia ada belum berkembang. Akhirnya, mereka melompat dari satu bisnes ke satu bisnes - seperti monyet yang melompat dari satu dahan ke satu dahan. Ini tanda orang yang mempunyai survival skill yang rendah. Nak buat bisnes, kena mempunyai ketahanan mental yang tinggi.

Valet Doa Itu Sama Sekali Tidak Menepati Islam Yang Sebenarnya & Tidak Mengikut Syariat - Mufti

Imej
Alhamdulillah, kami merafa’kan setinggi kesyukuran kepada-Nya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi SAW begitu juga kepada keluarga, Sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat. Kami menerima persoalan berhubung Valet Doa yang sedang tular di media sosial beberapa hari ini. Justeru, kami merasakan isu ini perlu dijawab dengan segera agar ia tidak membarah dan menjadi perkara yang boleh mengundang pelbagai persoalan dan kekeliruan kepada masyarakat. Maka, atas dasar inilah kami namakan Bayan Linnas Siri Ke-85 ini dengan tajuk “Valet Doa: Penjelasannya”. Semoga penjelasan ini memberi kefahaman yang baik kepada kita semua, Amin. Definisi Valet Parkir valet adalah khidmat untuk meletakkan kenderaan oleh petugas valet. Pemandu tidak mencari tempat parkir yang kerana ia dilakukan oleh petugas valet parkir. Pemandu kendaraan hanya perlu turun dari mobil di depan lobi sesebuah hotel, pusat beli belah atau sebagainya, dan menyerahkan kenderaan kepada petugas valet...

Cara Ramai Tak Tahu Untuk Apply Rumah SPNB Mesra Yang Betul Murah Untuk Yang Tak Mampu

Imej
Rupanya ramai lagi tak tahu pasal program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia nih yea. Asalnya program ini diwujudkan untuk membantu nelayan di Terengganu untuk mendirikan rumah. Namun program ini diperluaskan ke serata negara bagi membantu rakyat Malaysia yang tak berkemampuan untuk mendirikan rumah melalui pinjaman bank.  Design rumah yang ditawarkan pun menarik. Lepas tu pulak harga pun dibawah RM110000. Kiranya ramailah berkemampuan untuk memiliki rumah. Siapa yang layak untuk apply ? Warganegara Malaysia. Berumur 18 hingga 65 tahun*. Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan. Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna. Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan. Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps. Tertakluk ke...

Kelantan Isytihar 19 Februari 2017 Sebagai Cuti Peristiwa

Imej
Kerajaan Negeri Kelantan melalui Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baru selesai bersidang bersetuju memutuskan bahawa 19 Februari 2017 adalah cuti peristiwa bagi Negeri Kelantan. Ia adalah bagi memberi peluang dan kemudahan kakitangan kerajaan dan seluruh rakyat negeri menghadiri Himpunan RUU 355 yang akan diadakan pada 18 Februari 2017 di Padang Merbok Kuala Lumpur. Like Facebook Maafsebut untuk info menarik Kelantan Terengganu Pahang !!

Luahan Hati Norhafiz Zamani Misbah Yang Cukup Menyentuh Hati Penyokong Kelantan

Imej
Norhafiz Zamani Misbah menerusi halaman facebook beliau mengatakan rasa sedih dan memohon maaf kerana gagal membawa harapan penyokong kelantan apabila tewas kepada PKNP 1-1(4-3) menerusi penentuan penalti. Pemain ini juga bertekad mahu menebus kekecewaan dengan bangkit sabtu ini menentang Kedah. Tambahan lagi, Norhafiz berharap Penyokong jangan berputus asa membuat gelombang merah di stadium kota bharu nanti. "Jam sudah pukul 1.00 pagi.. Masih terasa berat mata ini mahu tertutup kerana mengenangkan apa yang berlaku tadi.. "Ya Allah..Besar harapan rakyat Kelantan diletakkan kepada kami tapi kami gagal jadikannya sebagai sesuatu yang menggembirakan..Hendak ditangiskan,sudah terlewat..Takdir sudah tertulis.. "KELANTAN..Kalau perkataan MAAF tidak dapat melegakan kamu semua,maka kami rela dikritik selantang mahumu kerana sudah jelas sememangnya kami sudah gagal.. "Namun bukanlah niat kami mahu  begitu tapi hakikatnya kami tewas kepada pasukan yang l...

Like FB Maafsebut