Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel politik malaysia

Najib Jelaskan Isu 1MDB

Imej
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak sepatutnya dipersalahkan di atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Beliau menjelaskan tidak mengetahui wang berbilion dolar dalam akaun peribadinya. Namun, beliau mempunyai penjelasan mengenai sejumlah wang tunai, beg tangan mewah dan barang kemas yang baru dirampas dari rumahnya oleh pihak berkuasa. Bercakap kepada Reuters dalam temubual pertama beliau sejak kekalahan mengejut pada 9 Mei lalu, Najib berkata, penasihatnya dan pihak pengurusan dan lembaga 1MDB, secara tidak sengaja menyimpan rahsia dakwaan menggelapkan dana tersebut daripadanya. Perdana Menteri baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu Reuters pada Selasa bahawa pihak berkuasa mempunyai "kes yang hampir sempurna" terhadap Najib atas tuduhan penggelapan, penyelewengan dan rasuah yang dikaitkan dengan 1MDB. Najib dalam beberapa komen terdahulunya mengenai skandal 1MDB berkata, beliau tidak tahu sekiranya...

Kelantan, Terengganu tak berhak tuntut royalti

Imej
“PAS tidak berhak untuk menuntut royalti,” Itu kata Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail. Jadi ramai tertanya-tanya apakah PAS memang tidak berhak. Jadi tulisan kali ini untuk memberikan pemahaman jelas mengenai hak royalti. Ketika perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 31 Januari 1948 di antara wakil-wakil pemerintah Negeri-Negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, telah dipersetujui bidang kuasa negeri ditetapkan dalam lingkungan tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri. Seksyen 4 Ordinan Darurat 1969 turut mendefinisikan kawasan jajahan negeri sebagai hanya tiga batu nautika dari pesisiran pantai, tertakluk kepada beberapa pengecualian termasuklah negeri-negeri baru Sabah dan Sarawak.

Tommy jadi Peguam Negara tak jejas Melayu, Islam - Pemuda Amanah

Imej
Pemuda Amanah menyokong cadangan melantik Tommy Thomas sebagai peguam negara sekali gus menafikan pendapat bahawa kedudukan Islam dan Melayu terjejas susulan lantikan bukan kalangan Muslim. Ketuanya, Faiz Fadzil berkata, kedudukan istimewa Islam dan Melayu tidak akan terjejas kerana ia telah dijamin dipelihara oleh kerajaan Pakatan Harapan (Harapan).

Royalti Perlu Dibayar Terus Kepada Kelantan & Terengganu - Husam Musa

Imej
PEMIMPIN kerajaan Kelantan dan Terengganu serta rakyat yang menyokong parti yang membawa kemenangan membentuk kerajaan di kedua negeri itu dalam pilihan raya lalu perlu berasa lega dengan pernyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan Husam Musa malam tadi mengenai pemberian wang royalti petroleum 5% untuk kedua-dua buah negeri itu. Malam tadi Husam memberi pandangan agar wang royalti 5% yang menjadi hak kedua-dua negeri itu disalurkan terus ke dalam perbendaharaan kedua-dua negeri itu tanpa melalui saluran lain bagi membolehkan wang itu dibelanja sendiri oleh kedua-dua kerajaan itu demi kepentingan rakyat.

Janji 100 Hari Pakatan Harapan Tangguh ?

Imej
Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara beberapa inisiatif Janji 100 harinya sehingga keadaan kewangan negara bertambah baik.

Pas Dan Umno Boleh Bersatu Di Parlimen

Imej
Pas dan UMNO mampu menjadi satu suara yang vokal di Parlimen dalam memperjuangkan kepentingan Islam di negara ini. Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tidak mustahil untuk kedua-dua pihak bersatu hati di dalam isu yang menyentuh kepentingan Islam dan Melayu.

Tempoh lantikan dua tahun pastikan MB dan Exco di Pahang kerja keras

Imej
Langkah meletakkan tempoh dua tahun lantikan jawatan Menteri Besar Pahang dan anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baru-baru ini adalah sebagai motivasi untuk memastikan pihak yang dilantik bekerja dengan lebih baik. Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah dalam tempoh berkenaan, baginda akan meneliti prestasi mereka sebelum mengkaji semula tahap perkhidmatan yang telah diberikan untuk rakyat Pahang dan pembangunan negeri ini.

Krisis MB Perlis: Shahidan ‘tidak tahu’ Azlan pilihan parti

Imej
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim tidak mengetahui bahawa Datuk Seri Azlan Man dipilih oleh kepimpinan tertinggi parti untuk dilantik sebagai menteri besar negeri itu. Ketua Pemuda Umno Perlis, Syed Atif Syed Abu Bakar berkata 'nada' Shahidan dan sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) berkenaan mungkin berbeza jika mereka tahu bahawa Azlan sememangnya dipilih oleh kepimpinan parti sebagai menteri besar.

Jamal Yunos Hilang

Imej
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos, 48 tahun dipercayai 'hilang' ketika proses jaminan mahkamah yang dibuat di Hospital Ampang Puteri di sini petang ini.

MOF Tak Faham Maksud Hutang - Najib Razak

Imej
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Jaminan Kerajaan dan Tanggungan Kerjasama Awam Swasta (PPP) bukan satu bentuk hutang.

Krisis politik Perlis jadi contoh kenapa anak muda meluat dengan UMNO

Imej
Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyifatkan krisis politik yang melanda parti pemerintah Barisan Nasional di negeri Perlis sebagai cerminan punca kenapa UMNO ditolak oleh anak muda.

Mat Sabu Dipuji Duduk Rumah Teres, Pakai Viva Jea

Imej
Selasa lalu merupakan hari pertama YB Mohamad Sabu menjalankan tugas sebagai Menteri Pertahanan Malaysia. Dalam satu temubual baru-baru ini, Mat Sabu mengakui kehidupannya sedikit berubah selepas menyertai Menteri Kabinet.

SPRM Rampas RM1.1 Juta Di Rumah Abdul Azeez

Imej
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai RM500,000 dan pelbagai mata wang asing bernilai kira-kira RM600,000 dalam serbuan di kediaman Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Mengapa pasukan khas siasat 1MDB ditubuhkan ? Ini jawapan KP SPRM

Imej
Penubuhan pasukan khas bagi menyiasat secara terperinci kes 1Malaysian Develpoment Berhad (1MDB) adalah bagi memastikan gerak kerja berjalan lancar.

Rosmah Akui Hidup Lebih Tenang

Imej
Dalam serbuan baru-baru ini, rata-rata netizen mengecam isteri bekas Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang dikatakan pemilik 284 kotak mengandungi beg tangan pelbagai jenama mewah.

Najib Mengaku Kini Seorang Penganggur

Imej
Setelah kehilangan jawatannya sebagai perdana menteri dan meletak jawatan sebagai Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau kini dalam fasa ‘persaraan’.

Najib Tinggalkan Taman Duta Ke Pekan, Pahang

Imej
Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan kediaman peribadinya pada pukul 9.20 pagi tadi untuk ke Pekan bagi merasmikan mesyuarat UMNO cawangan itu.

Tun Mahathir Mengumumkan Senarai Penuh Menteri Pakatan Harapan. Azmin Ali Dilantik Menteri

Imej
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan senarai nama untuk 15 Menteri Kabinet baharu.

Kerajaan Umum Pemansuhan Tol Minggu Hadapan

Imej
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, ahli Majlis Penasihat Negara yang juga bekas Gabenor Bank Negara telah menyatakan bahawa keputusan pemansuhan kutipan tol hanya akan diumumkan selewat-lewatnya minggu hadapan.

2 Kali Mantan Perdana Menteri Najib Razak Menelefon Anwar Ibrahim

Imej
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digambarkan sebagai kecewa pada malam Barisan Nasional (BN) tewas kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), minggu lalu. Mendedahkan perkara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Najib menghubunginya sebanyak dua kali bagi mendapatkan nasihat susulan kekalahan BN pada malam itu.

Like FB Maafsebut