Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Dunia

Kerana Henti Perintah Berkurung Terlalu Awal, Kes Jangkitan Covid-19 Di Hokkaido Kembali Meningkat

Imej
Pulau di utara Jepun ini dilanda gelombang kedua yang mencatatkan 135 jangkitan COVID-19 dalam tempoh seminggu, selepas menamatkan perintah berkurung tiga minggu apabila kes jangkitan berkurang kepada satu angka. Hokkaido, yang menamatkan perintah berkurung pada 19 Mac lalu bagi membolehkan perniagaan dan sekolah beroperasi, kini mengisytiharkan darurat kecemasan. Pengerusi Pertubuhan Perubatan Hokkaido, Dr Kiyoshi Nagase, berkata beliau menyesal kerana perintah berkurung ditamatkan terlalu awal di wilayah dengan 5.3 juta penduduk itu. "Ini bermakna kita mungkin perlu menunggu hingga tahun depan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat dan kita boleh menamatkan perintah berkurung tanpa risau," katanya. Pakar kawalan penyakit berjangkit di Health Sciences University, Hokkaido, Prof Yoko Tsukamoto, turut bersetuju bahawa perintah berkurung ditamatkan terlalu awal. "Pada masa itu, kita tidak mempunyai maklumat yang mencukupi atau pengetahuan mengenai w...

Bangsa Rohingya Tak Akan Datang Ke Malaysia Kalau Mengetahui Bahaya Covid-19

Imej
Pelarian Rohingya yang berhasrat untuk datang ke negara ini tidak mengetahui tentang bahaya wabak koronavirus (Covid-19) yang sedang melanda seluruh dunia ketika ini. Presiden Forum Pembangunan Belia Rohingya, Mohammed Farouque Lal Mohammed berkata, etnik itu telah keluar daripada Myanmar sejak bulan Februari lalu sebelum Covid-19 mula merebak. Hari ini, media antarabangsa melaporkan seramai 23 etnik tersebut ditemui mati kerana kelaparan oleh pihak berkuasa Bangladesh selepas bot yang mereka naiki menuju ke Malaysia hanyut sejak seminggu lalu. Seramai 396 orang lagi terselamat daripada kejadian tersebut dan dilaporkan mereka sudah berada di lautan sejak dua bulan lalu kerana usaha untuk memasuki Malaysia sebanyak tiga kali gagal. Menerusi jaringan pertubuhan bukan kerajaan yang turut terdapat di Myanmar, Bangladesh dan United Kingdom itu, nasihat telah diberikan kepada semua etnik Rohingya agar tidak keluar dari tempat masing-masing kerana Covid-19. Merek...

Bangladesh Enggan Terima Kapal Bawak Rohingya

Imej
Bangladesh tidak akan menerima dua kapal yang membawa ratusan pelarian Rohingya, kata menteri luarnya. Kontroversi terbaru itu meletus kira-kira seminggu selepas puluhan etnik Rohingya mati kelaparan di atas kapal yang ditinggalkan di laut selama dua bulan sebelum dapat mendarat. Aktivis kini bimbang sekiranya kumpulan besar Rohingya itu terperangkap atas kapal dan tidak boleh mendarat di mana-mana negara. Dua kapal berkenaan dikesan di perairan antarabangsa selepas terdapat usaha cuba memasuki Malaysia, kata pemimpin komuniti Rohingya. Bangladesh sudah mengarahkan kawalan diperketatkan di Selat Bengal bagi menghalang kapal berkenaan memasuki perairan negara, kata Menteri Luar, AK Abdul Momen. "Dua kapal membawa etnik Rohingya cuba memasuki perairan negara dan kami sudah mengarahkan tentera laut dan penjaga perairan untuk lebih peka. "Mereka diarahkan untuk tidak membenarkan kapal ini masuk ke Bangladesh. Tiada lagi Rohingya dibenarkan masuk,...

Mahkamah Jenayah Antarabangsa ICJ Perintah Myanmar Hentikan Genosid Keatas Rohingya

Imej
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) hari ini memerintahkan Myanmar untuk melindungi penduduk etnik Rohingya di negara itu. Selain itu, ICJ turut memerintahkan Myanmar agar memastikan pihak tenteranya menghentikan genosid terhadap etnik tersebut. Keputusan itu dicapai di ICJ yang merupakan mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kes itu dikemukakan Gambia bagi mewakili Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC). Keputusan ini sekali gus menafikan kenyataan pembelaan pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi kepada hakim. Suu Kyi sebelum ini menyifatkan dakwaan genosid terhadap etnik Rohingya hanyalah salah faham dan sebarang tindak balas dari tentera merupakan respon kepada apa yang disifatkannya sebagai 'serangan pengganas' pejuang Rohingya. Dalam satu kempen ketenteraan pada Ogos 2017 oleh tentera Myanmar, lebih 700,000 warga Rohingya melarikan diri ke Bangladesh. Sumber Berita Awani

Ratusan Warga AS Membantah Perintah Berkurung

Imej
Ratusan penduduk menyertai tunjuk perasaan di beberapa bandar Amerika Syarikat (AS), bagi membantah perintah berkurung disebabkan wabak COVID-19. Ini susulan keadaan ekonomi yang lumpuh akibat wabak COVID-19. Dianggarkan kira-kira 400 orang berkumpul dalam kesejukan di Concord, New Hampshire dengan ramai lagi berada dalam kenderaan membawa mesej bahawa kuarantin tidak diperlukan di kawasan kes COVID-19 yang sedikit. Dalam kalangan penunjuk perasaan, kelihatan beberapa lelaki bersenjata memakai pakaian seragam tentera, dengan wajahnya ditutup. Di Texas, lebih daripada 250 orang berkumpul di luar State Capitol di Austin, termasuk ahli teori konspirasi sayap kanan Alex Jones. “Tiba masanya membuka semula Texas dan membenarkan kembali orang keluar bekerja dengan sendiri bukan kerana gesaan kerajaan,” kata aktivis Young Americans for Liberty, Justin Greiss. Seorang suri rumah, Amira Abuzeid berkata, dia bukan seorang doktor dan bijak membuat perkiraan, namun angka...

Ribuan Pelajar Bantah Indonesia Haramkan Seks Luar Nikah

Imej
Baru-baru ini kerajaan Indonesia mengejutkan ramai apabila bakal mengkelaskan hubungan seks luar nikah sebagai satu jenayah. Di bawah undang-undang itu, pasangan belum berkahwin yang tinggal bersama boleh dipenjara enam bulan atau didenda maksimum 10 juta rupiah (kira-kira RM3,000). Susulan undang-undang baharu itu, ribuan pelajar berhimpun membuat bantahan di seluruh Indonesia bagi menentang kod jenayah baru yang mengharamkan seks luar nikah dan seks gay. Bantahan tercetus ketika ahli Parlimen bertemu dengan Presiden Joko Widodo bagi membincangkan mengenai rang undang-undang itu. Jumaat lalu, Jokowi menundakan pengundian terhadap rang undang-undang itu yang sepatutnya diadakan Selasa ini. Beliau berkata, sebanyak 14 artikel memerlukan semakan lanjut sebelum dibahas pada penggal baru Parlimen bulan depan. Dalam pada itu, pengkritik berkata, rang undang-undang itu bukan sahaja melanggar kebebasan bersuara, malah mendiskriminasikan kumpulan minoriti agama, wanita...

Nama Anaknya Google

Imej
Seorang bapa di Indonesia, memecahkan tradisi masyarakat dengan menamakan anaknya sebagai Google. Bunyi pelikkan ? Tapi beliau memberitahu idea untuk menamakan anaknya dengan nama teknologi tercetus time isterinya mengandung 7 bulan. Pada awalnya dia berhasrat untuk menamakan anaknya sebagai iPhone, Windows atau Microsoft namun Google jugak yang dipilih. Katanya lagi, dia memberikan anaknya dengan nama tersebut dengan harapan anaknya akan menjadi seorang pemimpin satu hari nanti. “Saya beritahu pada bapa, Pak, Google itu ada maksud yang baik kerana Google membantu ramai orang. Harapnya Google boleh jadi orang yang berguna,” katanya. Meskipun ramai yang mengecam kerana memberikan nama tersebut, namun Andi memberitahu dia tidak mengendahkannya dan hanya menerima komen yang baik sebagai doa. Dalam pada itu, Andi berkata setakat ini tiada pihak google yang menghubunginya berhubung nama anaknya itu.

Austria ambil tindakan individu hina dan fitnah Nabi Muhammad

Imej
Kerajaan Malaysia boleh menjadikan Austria sebagai contoh untuk mengenakan hukuman penjara dan denda terhadap pesalah yang menghina Nabi Muhammad SAW termasuk di laman sosial. Pada November tahun lalu, Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) meluluskan keputusan bahawa menghina Nabi Muhammad adalah hukuman yang dihukum dan tidak akan dikira di bawah ‘kebebasan bersuara’. Langkah itu diambil bagi memelihara kedamaian keagamaan di Austria susulan tindakan seorang wanita, Mrs. S yang didakwa menghina Nabi Muhammad pada 2009 dalam dua seminar yang berbeza. Hujah panel tujuh hakim ketika berkata, merendahkan atau memfitnah Nabi Muhammad disifatkan melapaui batasan perdebatan objektif dan boleh menimbulkan prejudis dalam kalangan masyarakat serta membahayakan keamanan keagamaan. Perkara itu sekaligus melanggar Perkara-10 yang membenarkan kebebasan bersuara yang mengakibatkan ‘Mrs. S’ didenda 480 Euro. Sumber: 1. Selangotkini 2. http://www.bhatkallys.com/world/justice-ins...

Pawagam Pertama Di Jeddah Bakal Dibuka Hujung Januari Ini

Imej
Pawagam Pertama Di Jeddah Bakal Dibuka Hujung Januari Ini !! Jeddah bakal menyaksikan pembukaan pawagam pertama di pusat membeli belah terkemuka, Red Sea Mall pada isnin depan sejak larangan itu ditarik balik pada 2018. Pawagam ‘Vox Cinemas’ mengumumkan akan melabur 533 juta dolar untuk membuka 600 dewan tayangan dalam tempoh lima tahun akan datang. Jeddah bakal mempunyai sebanyak 65 dewan tayangan sepanjang tempoh akan datang yang mana tiga akan dibuka pada suku pertama dan keempat tahun 2019. Manakala sebanyak 12 dewan tayangan akan dibuka di Red Sea Mall pada tahun 2019. Di pusat membeli belah Andalus Mall akan mempunyai 27 dewan tayangan dan Stars Avenue akan menyaksikan pembukaan sembilan dewan tayangan pada suku keempat 2019. Pada 2018, Arab Saudi mula menayangkan filem animasi kanak-kanak di panggung sementara, selepas larangan 35 tahun ke atas pawagan ditarik balik. Ia sebagai satu usaha untuk memperkenalkan pelbagai kemudahan rekreasi dalam mencapai v...

Bendera Malaysia Berkibar Di Gaza Selepas Halang Atlet Israel Masuki Negara

Imej
Bendera Malaysia Berkibar Di Gaza Selepas Halang Atlet Israel Masuki Negara Bendera Malaysia kini terbang tinggi di Gaza sebagai tanda penghargaan rakyat Palestin terhadap sokongan Malaysia kepada negara berkenaan. Sebelum ini, Putrajaya telah mengumumkan akan mengharamkan penyertaan atlet Israel untuk menyertai 2019 World Para Swimming Championships yang akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini. Bersebelahan bendera Malaysia, terdapat tulisan yang berterima kasih kepada Malaysia yang sentiasa teguh berdiri mempertahankan Palestin.

Belgium Mengharamkan Penyembelihan Mengikut Agama Yahudi & Islam

Imej
Belgium Mengharamkan Penyembelihan Mengikut Agama Yahudi & Islam  Sebuah negeri di Belgium yang terletah di utara negara terbabit, Flanders telah mengharamkan cara penyembelihan haiwan mengikut ajaran agama yahudi & islam melainkan jika ianya dipengsankan (dengan kaedah kejutan elektrik) terlebih dahulu walaupun pengharaman ini mendapat kritikan melanggarkan hak kebebasan beragama. Sesetengah mengatakan peraturan ini bukan sebab hak binatang tapi lebih kepada anti Semitism & Islamphobia. Negeri Flanders Sesetengah negara di Eropah seperti Sweden, Denmark, Swizerland & New Zealand sudah pun mengharamkan penyembelihan tanpa dipengsankan ini. Sumber Daily Mail Online  

Doakan Pejuang Islam Ini Yang Mungkin Mati Diseksa Di Dalam Tahanan

Imej
Doakan Pejuang Islam Ini Yang Mungkin Mati Diseksa Di Dalam Tahanan sumbar gambar dari aljazeera TERKINI dilaporkan bahawa Dr. Mohamed Morsi – Presiden Mesir yang digulingkan oleh tentera pro-Israel pimpinan al-Sisi pada 2013 – berdepan kemungkinan untuk mati dalam tahanan atau mati pramasa (premature death) akibat seksaan dan layanan kejam. Dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi, yakni dalam Januari 2019, beliau juga akan kembali dibicarakan di Mahkamah – satu taktik penyeksaan mental dan fizikal secara berturut-turut yang diulang-ulang rejim al-Sisi sejak enam tahun lalu. Dr. Morsi dilayan dengan kejam di penjara Tora yang digelar penjara ‘Kala Jengking’ – malah hingga ke tahap di mana sebuah panel yang dinamakan Detention Review Panel (DRP) yang turut dianggotai para peguam dan ahli parlimen Britain mengecam kaedah tahanan ini yang dicela sebagai ‘di bawah tahap yang sepatutnya berdasarkan undang-undang antarabangsa’. Mengapakah semakin hari semakin zalim sekali...

Ratu Elizabeth II Memakan Pisang Menggunakan Pisau & Garpu Agar Tidak Menyerupai Cara Monyet Makan

Imej
Pasti ramai yang tidak sangka, Ratu Elizabeth II memakan pisang menggunakan pisau dan garpu agar tidak menyerupai cara monyet makan. Perkara itu didedahkan oleh bekas chef diraja Britain, Darren McGrady yang pernah bertugas di Istana Buckingham. Dalam sebuah buku ‘Eating Royally’ yang ditulis olehnya, McGrady memberitahu Ratu akan terlebih dahulu memotong bahagian atas dan bawah pisang, kemudian membuka kulitnya dan memotong isinya dengan potongan kecil sebelum memakannya. Cara Ratu yang sopan itu turut dipersetujui pakar etika, William Hanson, yang pernah mengatakan buah itu biasaannya disajikan sebagai pencuci mulut utama. Banyak pengalaman makan Ratu Elizabeth I yang didedah dan dikongsi oleh Darren McGrady dalam bukunya itu. Paling menarik, kek kegemaran beliau adalah kek biskut coklat buatannya sendiri dan kek tersebut akan sentiasa diisi di dalam beg tangannya setiap kali keluar istana. Antaranya pencuci mulut yang dihidang kepada keluarga diraja itu lazimnya buah-bua...

China 'Mengamuk' Kerana CFO Syarikat Huawei Ditahan

Imej
Penahanan Ketua Pegawai Kewangan Huawei, Sabrina Meng Wanzhou, mengundang kemarahan China. Menurut laporan Bloomberg sejurus selepas penahanan itu diumum, kedutaan China di Kanada menyatakan protes dan menuntut pembebasan Meng serta memperbetulkan keadaan. Penahanan beliau dijangka meningkatkan ketegangan Washington dan Beijing, beberapa hari selepas dua gergasi ekonomi itu bersetuju berunding terma baharu dagangan. Sementara itu Huawei dalam kenyataan berkata bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa dan percaya sistem keadilan di Kanada dan Amerika Syarikat akan memberikan perbicaraan adil. “Huawei mematuhi semua undang-undang dan peraturan di mana syarikat beroperasi termasuk kawalan eksport dan undang-undang sekatan oleh Persatuan Bangsa Bersatu (PBB), AS, dan Kesatuan Eropah (EU).” Kata syarikat itu seperti dipetik Bloomberg. Sumber Astro Awani

Thailand Mahu Halalkan Ganja

Imej
Ramai yang masih tidak tahu, kanabis atau ganja merupakan sejenis dadah yang sering digunakan dalam perubatan kerana dikatakan boleh melegakan pelbagai jenis penyakit. Walaupun mempunyai manfaat dari segi perubatan, penggunaan kanabis diharamkan di kebanyakan negara di dunia terutamanya di Asia kerana penyalahgunaannya boleh menjadi punca kepada ketagihan. Walaubagaimanapun, semuanya bakal berubah tidak lama lagi apabila Thailand akan menjadi negara pertama di Asia yang akan membenarkan kanabis dalam perubatan. Langkah untuk membenarkan penggunaan kanabis ini bakal dilaksanakan pada tahun hadapan adalah disebabkan atas faktor-faktor ekonomi. Sekitar tahun 1980an, Thailand merupakan pengeluar kanabis utama di dunia. Kanabis juga turut popular di kalangan pekerja ladang untuk tujuan relaks dan sekitar tahun 1970an ketika Perang Vietnam, tentera Amerika Syarikat menggunakan kanabis bagi memulihkan tenaga. Kalau digunakan untuk berubat takpe, itu tak salah. Yan...

3 negara Arab Memberi amaran kepada Israel Mengenai Pengaruh Turki Di Baitulmuqaddis

Imej
sumber sabah daily Arab Saudi, Jordan dan Palestin secara berasingan telah memberi amaran kepada Israel pada  mengenai pengaruh Turki yang semakin mengukuh di Baitulmuqaddis Timur, menurut laporan akhbar Israel Haaretz. Laporan itu menyatakan bahawa pegawai kanan dari tiga negara Arab itu memberitahu Israel bahawa Turki "memperluas pengaruhnya di kawasan kejiranan Arab Yerusalem" yang mereka katakan adalah "sebahagian daripada percubaan oleh Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan untuk" menuntut pemilikan atas isu Baitulmuqaddis. " Sumber-sumber Israel mendakwa telah menyedari pengaruh Turki yang berkembang dan mengatakan bahawa mereka telah mengawasi usaha Ankara selama lebih dari satu tahun. Menurut laporan itu, pegawai dari Jordan dikatakan kecewa dengan tindak balas lambat Israel yang mereka nyatakan sebagai "tidur di roda", terutama sejak menandatangani perjanjian perdamaian 2016 dengan Israel. Pegawai dari Pihak Berkuasa ...

Restoran Di China Lingkup Sebab Pelanggan Makan Banyak Sangat

Imej
Sebuah restoran yang baru saja dua minggu dibuka dan menawarkan promosi ‘makan sampai puas’ terpaksa ditutup selepas mengalami kerugian besar. Restoran yang terletak di Chengdum, Wilayah Sichaun, China itu ditutup selepas pelanggan tidak berhenti datang untuk menikmati makanan yang dihidangkan. Promosi gila-gila itu mendapat sambutan luar biasa dan restoran itu menerima lebih 500 pelanggan setiap hari. Ada yang sanggup datang untuk beratur ketika kedai belum dibuka lagi. Promosi buffet ‘makan sampai puas’ itu dikatakan sangat murah dengan yuran bulanan berharga $19 (RM76) dan pelanggan boleh makan apa saja makanan yang dihidangkan tanpa had. Menurut pimilik restoran tersebut, tujuan asalnya adalah untuk menarik perhatian pelanggan dan pastikan lebih ramai pelanggan setia melalui strategi pemasaran seperti ini. Mereka juga sudah menjangkakan bahawa mereka akan mengalami kerugian besar. Kata mereka lagi, punca utama restoran itu ditutup adalah kerana kega...

Pegawai Di Jepun Dihukum Disebabkan Keluar Makan Awal 3 Minit

Imej
Hanya kerana kerap meninggalkan pejabat tiga minit lebih awal untuk makan tengah hari daripada masa yang ditetapkan, seorang pegawai bandaraya di Jepun telah didenda dan dipotong gaji. Menurut jurucakap bandaraya Kobe, pegawai berkenaan yand bertugas di biro Jabatan Air di Barat Kobe, melakukan kesalahan itu sebanyak 26 kali dalam tempoh tujuh bulan. Masa rehat yang ditetapkan adalah dari tengah hari hingga 1 petang. Namun pegawai tersebut didakwa kerap keluar lebih awal. Disebabkan kesalahan tersebut, gaji pegawai berusia 64 tahun itu dipotong setengah hari sebagai denda dan diminta membuat permohonan maaf secara terbuka di hadapan media. Isu tersebut tenyata mencetuskan perdebatan dikalangan netizen kerana sebelum ini syarikat itu telah menggantung seorang pegawai lain pada Februari lalu selama sebulan selepas dia membeli makanan semasa waktu kerja dan didapati melakukan kesalahan tersebut selama enam bulan. Komen Itu kat Jepun. Kalau kat Malaysia rilex jea...

Anthony Bourdain Bunuh Diri ?

Imej
Anthony Bourdain, tukang masak dan penyampai cerita berbakat yang membawa penonton TV di seluruh dunia untuk meneroka budaya, masakan dan keadaan manusia selama hampir dua dekad, telah meninggal dunia. Dia berusia 61 tahun. CNN mengesahkan kematian Bourdain pada hari Jumaat dan berkata punca kematian adalah bunuh diri.

Jumlah Pengguna Aktif Facebook Menurun ?

Imej
Seiring dengan waktu, jumlah pengguna aktif harian Facebook biasanya menunjukkan kenaikan. Namun dalam laporan kewangan gergasi media social itu untuk 2017, pertama kalinya berlaku penurunan dari jumlah pengguna aktif harian. Hal ini khusus terjadi di US dan Kanada iaitu pasaran penting buat FB. Jumlah pengguna aktif harian atau DAU gergasi sosial media itu di US dan Kanada sekitar 184 juta berbanding 185 juta DAU pada tahun sebelumnya.

Like FB Maafsebut