Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Malaysia Scape

Tak Dibenarkan Balik Kampung Sambut Ramadan Ketika PKP

Imej
Orang ramai tetap tidak dibenarkan pulang ke kampung untuk menyambut Ramadan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga dilaksanakan. Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata larangan itu sudah dilaksanakan sejak PKP fasa satu dan dua dilaksanakan sebelum ini. “Pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan sejak PKP fasa satu dan dua dilaksanakan. Ramadan nanti pun ia tetap tertakluk kepada undang-undang sama. “Pergerakan rentas sempadan negeri tetap dilarang sepanjang tempoh PKP fasa tiga seperti yang diputuskan masa PKP fasa satu dan dua. “Bermakna, pergerakan beramai-ramai untuk pulang ke kampung (menyambut Ramadan) juga tidak dibenarkan, memang tidak boleh,” katanya. Beliau berkata demikian selepas mesyuarat khas menteri-menteri berkenaan pelaksanaan PKP di Perdana Putra di Putrajaya, hari ini. Sumber Berita Harian Online

Penjualan E-Iftar, E-Bazar, Pandu Lalu Atau Tempah Dan Ambil Tidak Dibenarkan Ketika Bulan Ramadan – Ismail Sabri

Imej
Kerajaan memutuskan tidak membenarkan e-Bazar dilaksanakan sempena Ramadan kali ini sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hasil mesyuarat hari ini selepas meneliti dan mendengar pandangan Kementerian Wilayah melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung cadangan untuk melaksanakan e-Bazar memutuskan ia tidak dibenarkan. “Mesyuarat hari ini memutuskan sebarang bentuk perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu serta tempah dan ambil tidak dibenarkan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

USA pulangkan US$300 juta dana 1MDB kepada Malaysia - PM

Imej
Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa sebanyak US$300 juta atau RM1.3 bilion (US$1 = RM4.32)  daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dipulangkan kepada Malaysia oleh kerajaan Amerika Syarikat. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jumlah itu merupakan dana diperoleh semula hasil daripada penyitaan aset berkaitan 1MDB di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat. "Pada 30 Okt 2019, penjenayah dikehendaki Malaysia, Jho Low telah mencapai penyelesaian dengan DOJ berkenaan beberapa tuntutan pelucutan hak yang telah difailkan oleh jabatan itu ke atas aset-aset yang telah dibeli Jho Low menggunakan dana 1MDB. "Jumlah AS$300 juta ini merangkumi beberapa aset yang telah dilucut hak dan dijual, serta juga aset berkaitan 1MDB yang telah disita dan diserahkan kembali oleh individu tertentu berkait dengan Jho Low," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Muhyiddin berkata pemulangan US$...

Rosmah Akui Hidup Lebih Tenang

Imej
Dalam serbuan baru-baru ini, rata-rata netizen mengecam isteri bekas Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang dikatakan pemilik 284 kotak mengandungi beg tangan pelbagai jenama mewah.

Anak Malaysia Menerima Gaji CEO Paling Tinggi Di US Dengan Nilai RM408 Juta

Imej
Ramai yang sangka penerima gaji CEO tertinggi di Amerika Syarikat mungkin disandang oleh CEO Google, Sundar Pichai atau CEO Facebook, Mark Zuckerberg. Namun kini tidak lagi apabila rakyat kelahiran Malaysia yang memegang gelaran tersebut.

Tun Mahathir Mengumumkan Senarai Penuh Menteri Pakatan Harapan. Azmin Ali Dilantik Menteri

Imej
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan senarai nama untuk 15 Menteri Kabinet baharu.

Kerajaan Umum Pemansuhan Tol Minggu Hadapan

Imej
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, ahli Majlis Penasihat Negara yang juga bekas Gabenor Bank Negara telah menyatakan bahawa keputusan pemansuhan kutipan tol hanya akan diumumkan selewat-lewatnya minggu hadapan.

Pelancong Kutip Sampah, Orang Malaysia Tengok Jea ?

Imej
Baru-baru ini kecoh tentang rakyat Malaysia membawa budaya vandalism ke Jepun. Ia sekaligus menunjukkan masih ramai lagi orang Malaysia yang miliki mentaliti kelas tiga atau pemikiran rendah. Terbaru, dikongsikan melalui Facebook dan kini menjadi buah mulut netizen, dua foto menunjukkan dua orang pelancong mengutip sampah di bandar Sandakan. Kedua-dua pelacong itu dilihat membawa beg besar, memasukkan sampah yang dikutip dan membuang kesemua sampah tersebut di tong sampah berdekatan. Boleh dikatakan tindakan pelancong tersebut memalukan rakyat Malaysia yang tidak mampu untuk menjaga kebersihan negara sendiri. Lebih memalukan, di dalam foto itu turut menunjukkan beberapa orang yang memerhati tindak tanduk pelancong itu tetapi hanya mampu melihat sahaja. Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan jika tidak mampu untuk buang sampah di tempat yang disediakan, lebih baik digelar ‘Pendatang’. Sumber Vitdaily Follow & Like Facebook Maafsebut untuk informasi terbaik neg...

Muar Dipilih Sebagai Antara Bandar Terbersih Di Asia Tenggara

Imej
Majlis Perbandaran Muar (MPM) telah menerima anugerah Asean Clean Tourist City Standard Award 2017 atas kebersihan bandar yang menepati standard dan ciri-ciri bandar bersih yang ditetapkan ASEAN.

Nasib Perjalanan Terakhir Proton (Keringat dan AirMata) ? - Penjelasan Untuk Satu Cerita Mitos Oleh Penulis Permotoran Popular Malaysia

Imej
Saya Rasa ramai yang ambik concern pasal kononnya Proton akan Dijual kepada syarikat China sehingga ada yang membuat tulisan pendek alkisah perjalanan terakhir Proton. Tetapi benarkah begitu ? Adakah rakyat Malaysia paham apa yang sebenarnya pasal Proton ? Sebab itu anda kena baca artikel oleh saudara Hezeri Samsuri Careta.my yang saya kira banyak merungkai persoalan berkenaan Proton yang ramai tak tahu. Selamat membaca Hari ini ramai sungguh yang menghantar mesej kepada saya bertanyakan benarkan apa yang mesej diterima oleh mereka itu? Mesej yang dimaksudkan ialah tulisan pendek bertajuk Nasib Perjalanan Terakhir Proton (Keringat dan AirMata). Ini semua akibat desas desus syarikat otomotif China, Geely akan mengawal 51 peratus pegangan kilang Proton di Tanjung Malim.

KTMB Rancang Komuter Macam ETS di laluan Pantai Timur 2018

Imej
KTMB merancang untuk menyediakan perkhimatan komuter macam ets kat pantai timur bila kerja2 upgrade landasan sedia ada pantai timur siap sepenuhnya. Ratus2 juta ringgit kot kerajaan spend untuk kerja upgrade nih. 

Progress Terkini Lebuhraya Rakyat Di Machang

Imej
Agak lama juga kita semua tak tahu bagaimana progress terkini LEBUHRAYA RAKYAT yang 10 KM tu. Yang last adalah penarikan diri kontraktor iaitu Jambatan Kedua Sdn Bhd. Reason tarik diri tak tahu kenapa tetapi it is ok sebab dah ada kontraktro baru iaitu TKSB - China Railway II Joint Venture. Lebuhraya sepanjang 10KM ini dijangka siap sepenuhnya pada 5 Mac 2018 iaitu setahun lebih dari sekarang.  Berikut adalah progress dari udara... Untuk makluman bagi yang tak tahu yang Lebuhraya Rakyat 10KM adalah sebahagian dari jajaran Lebuhraya CSR menghubungkan Kota Bharu ke Simpang Pelangai yang dijangka siap sepenuhnya tahun 2020. Asalnya kerajaan negeri nak construct lebuhraya rakyat dari KB ke Kuala Krai sejauh 71 KM. Tetapi kerana bajet yang mengekang, selepas perbincangan kerajaan negeri dengan pusat, kerajaan pusat telah mengambil alih pembinaan lebuhraya rakyat ini & kerajaan negeri hanya perlu menyiapkan yang 10 kilometer sahaja dari Bukit Tiu ke Bukit Be...

Siapa Sangka Kelantan Pun Ada Air Terjun Biru

Imej
Siapa sangkakan even saya sendiri pun tak sangka even kat Kelantan pun ada juga air terjun yang cukup jernih hinggakan kalau dilihat dari jauh, warna air itu kebiruan menunjukkan pantulan dari langit yang membiru. Saya dapat tahu pasal kewujudan tempat ini time saya post pasal air terjun kat Chemerong yang viral satu malaysia sebab kejernihan air kat sana. Salah seorang followers Facebook Maafsebut berkongsi akan kunjungan dia dan the geng di satu tempat air terjun yang bagi saya cukup mengagumkan.  Cantik tak tempat ni ? Cantikan ? Mesti anda semua yang baca nak tahu kat mana ? Actually tempat yang saya tunjukkan gambar diatas dan seterusnya nanti adalah di Chenulang. Chenulang tu kat Kuala Krai. Kalau anda berkunjung kat Chenulang bertanyakan kat mana tempat lata dan air terjun best, confirm mesti diorang tahu.  Terdapat 3 tempat yang local akan mention iaitu Lata Golok (Paling dekat), Lata Bali dan Air Terjun 7 Tingkat (Paling lawa). Kalau nak pegi...

Lebuhraya CSR Kelantan Kuala Lumpur Dah Rasmi Dibuka

Imej
Semalam Menteri Kerja Raya, Dato Fadillah Yusof merasmikan lebuhraya CSR 4 lorong tanpa toll Kota Bharu - Kuala Lumpur jajaran  dari Kampung Kechur ke Kampung Seberang Jelai, Lipis. Turut hadir bersama Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri, YB. Dato' Sri Ir. Haji Mohd Soffi Bin Tan Sri Abd. Razak, Ahli Parlimen Jerantut, Y.B. Haji Ahmad Nazlan bin Idris, Ahli Parlimen Lipis, Y.B. Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad dan ADUN Padang Tengku, YB Dato' Mustapa bin Long. Untuk pengetahuan anda semua yang Lebuhraya CSR nih dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020 manakala jajaran Kota Bharu ke Kuala Krai dijangka siap lebih awal pada tahun 2018. Like Facebook Maafsebut untuk info menarik Kelantan & Terengganu 

Kalau Datang Ke Kelantan Apa Yang Menarik Boleh Dibuat

Imej
Ramai oghe kito oyak kalau oghe luar/pelancong asing tanya kalau mari melawat kelantan nak gi mana kebanyakkan akan mikir sekejap dan kata tak sure. Pasar siti khadijah ke ?? Actually, kalau kita duduk sebentar, merenung jauh ke depan, kita akan sedari betapa uniknya kelantan kita nih. Kalau nak jelaskan apa yang boleh dibuat kalau melancong ke kelantan, memang tak abih nak cerita. First, kelantan nih memang terkenal dengan keunikan seni halus contohnya pertukangan emas dan perak, pembuatan cop batik, penghasilan bata singhora, penghasilan batik dan songket yang boleh diakui bermutu tinggi. Tempat2 lagu nih wajar di show up pada pelawat luar sebab mana ada benda nih kat tempat demo tu. Ambo sendiri ralik bila gi tengok tempat oghe buat batik. Tangan dio gerak mencanting tu bak rama-rama lembutnya. Dan yang menariknya boleh dikatakan kesemua tukang canting adalah lelaki. Kita biasa dengar tentang lagenda puteri saadong, lagenda che siti dan banyak lagi lagenda2 oghe kita. Apa ...

Perkhimatan KTMB Sektor Pantai Timur Bila Nak Dibuka

Imej
Adakah DMU untuk laluan pantai timur macam nih nanti ??? Menurut apa yang saya baca dalam berita Bernama, president KTMB, Sarbini Tijan bagitau yang laluan keretapi pantai timur hanya akan dibukak balik pada hari raya cina tahun depan iaitu februari 2016.   Kerja baik pulih start last month iaitu bulan Mei dan disebabkan banyak sangat kerosakan berlaku deh bah besar, hanya next year baru siap. Tu pun siap sampai kat Gua Musang jea. Dari Gua Musang, KTMB akan menyediakan samada bas atau teksi untuk para passenger menyambung perjalanan ke destinasi mereka.  Pasal upgrading laluan Gemas ke Tumpat, menurut menteri bertanggungjawab, kerja hanya bermula ogos ini dan ambik masa 24 bulan untuk siap. Lebih kurang 390 juta ringgit turut diperuntukkan untuk baiki balik prasarana yang terjejas sepanjang laluan Gua Musang ke tumpat. Beberapa DMU turut dibeli oleh kementerian kewangan untuk menggantikan lokomotif yang tenggelam time bah hari tu, dalam 6 bijik jugak yang t...

Sepagi Di Pasar Kota Jembal Kat Kedai Lalat

Imej
Travel expert selalu cakap kalau nak tahu macam mana warna warni sesuatu tempat, perlulah melawat pasar. Kenapa pasar yea ? Kerana kat situ lah lanskap kehidupan dapat dilihat. Warna warni ragam setempat. Kenapa tak jea pegi ke shopping mall ? Bukan sama ke ? Confirm tak sebab shopping mall tu boleh dipanggil suatu lanskap yang dibentuk dan kita tak dapat mencari keunikkan lanskap kehidupan lokaliti disitu.  Sebenarnya ini bukannya plan asal nak ke pasar tapi sebab uncle auntie dah ajak, so ikut je lah diorang nak shopping bekalan dapur kat sana. Kalau bagi aku sendiri, aku jarang ke pasar, too rare, kalau nak beli ape pun aku prefer ke hypermarket, tu pun sebab nak beli barangan proses siap. Selalunya mak yang rajin ke pasar.  So, inilah dia pasar Kota Jembal di Kedai Lalat. Honestly to say, ini adalah pertama kali sejak pasar ni siap, aku menjejak kaki ke sini. Dah berapa tahun tu.  Wooooww. Memang meriah lah pagi nih. Pasar penuh dengan orang ramai. Ba...

Pertama Kali Kuala Lumpur Ke Kota Bharu Dari KLIA2

Imej
Ini adalah pertama kali aku terbang dari KLIA2 untuk pulang ke Kota Bharu. Sebelum ni tak pernah pun. Selalunya aku prefer guna firefly yang kat Subang tu sebabnya convenient. Dekat dengan Kuala Lumpur dan nak suruh sape-sape ambik kat airport Subang pun mudah. Kali ni naik dari KLIA2 sebabnya sekarangkan monsoon season. Kalau nak Firefly takpun Malindo memang terasalah sangat gegarannya kat langit sana. Naik Airasia tak rasa sikit sebab plane dia besar. Nak naik Mas tak 'ghok' pulak sebab tiket yang agak mahal.ke guane ??

Lapangan Terbang Sultan Mahmud Terengganu

Imej
Ini adalah pertama kali bagi saya menjejakkan kaki ke airport di Seberang Takir ni. Kalau tidak kebetulan kawan saya yang mintak tolong hantar ke airport, rasanya lambat lagi kot untuk saya menjejakkan kaki ke airport yang bagi saya cukup gah. Sesuai dengan statusnya sebagai international airport.  Time kat entrance depan main lobby airport

Intai-Intai Kampus Universiti Sultan Zainal Abidin UNISZA Besut

Imej
Nak tanya sikit. Korang perasan tak kalau driving kat Besut untuk ke Kuala Terengganu, akan nampak satu semacam kompleks yang agak grand far away dari sebelah kiri jalan ?? Ini kalau memandu ikut jalan pantai lah. Kalau ikut jalan Jerteh tu, memang confirm tak nampak lah. Ini yang saya maksud kan...

Like FB Maafsebut