Pelajar Jerman Bengang Soalan Exam Payoh Tlajok
Gambar sekadar hiasan sahaja Ribuan pelajar di Jerman menyuarakan rasa tidak puas hati mereka ekoran soalan peperiksaan persediaan memasuki universiti yang didakwa terlalu sukar. Petisyen telah dimulakan oleh seorang pelajar di Bavaria, iaitu sebuah negeri di Jerman, yang menggesa pemarkahan lebih longgar dengan alasan soalan subjek matematik terlalu sukar berbanding tahun lepas. Dalam pada itu, seorang guru matematik mendakwa dia memerlukan 15 jam untuk menghabiskan ujian terbabit, sedangkan pelajar hanya diberi masa 5 jam sahaja untuk menjawab kertas peperiksaan. Setakat semalam, 67230 pelajar telah menandatangani petisyen tetapi ada segelintir ahli politik dan pemimpin kesatuan pendidikan mendakwa pelajar tidak harus bersikap terlalu manja. Bagaimanapun, pihak berkuasa Jerman memberi respons pihaknya akan meneliti aduan terbabit. Sumber Sinar Harian