Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pahang

Tren Baru DMU Untuk Pantai Timur Akan Mula Beroperasi Tahun Depan

Imej
KTMB akan memperkenalkan set tren baru dikenali sebagai Diesel Multiple Unit (DMU) bagi laluan Pantai Timur yang dijangka akan mula beroperasi pada suku pertama tahun hadapan. Pengurus Besar Perolehan KTMB Mohd Hider Yusoff berkata, kos keseluruhan 13 unit tren DMU itu membabitkan 52 gerabak berjumlah RM380 juta. Menurutnya, pihaknya sedang memandu uji tren DMU dari pelbagai aspek khususnya keselamatan dan tahap kesediaan set sebelum ia digunakan sepenuhnya pada tahun hadapan. Jika dibandingkan dengan penggunaan gerabak konvensional, tren DMU ini mampu menjimatkan masa perjalanan kira-kira sejam selain kelajuannya juga boleh mencapai 100 kilometer (km) sejam berbanding tren konvensional antara 50 hingga 60 km sejam Yang menjadi persoalannya sekarang adakah keretapi baru DMU ini akan memasukkan KL Sentral sebagai salah satu hentiannya atau tidak atau sekadar ke Gemas sahaja. Manakalah keretapi KTMB yang lama tidak akan dibiarkan begitu sahaja, sebaliknya akan di...

"Dunia Ini Tak Adil Untuk Kami OKU" - Rintihan Seorang Bekas Doktor

Imej
Time melayari facebook sebentar tadi, saya terjumpa 1 post oleh seorang bekas doktor dari Temerloh yang berkongsi pengalamannya menjadi OKU. Hanya kerana dia OKU, dia terpaksa melupakan hasrat menjadi seorang doktor. Dia jugak turut menyatakan kekesalannya dengan mentaliti masyarakat Malaysia yang masih mempunyai stigma terhadap orang kurang upaya (OKU). Beliau dikategorikan Orang Kurang Upaya mental yang mana menghidap penyakit Bipolar Type 2. Disebabkan itu Farhan terpaksa berhenti kerja atas desakan bidang profesional itu sendiri. Saya adalah seorang OKU Saya sebagai bekas doktor dan kini pemilik kedai aksesori telefon DR.fone amat kesal dengan mentaliti masyarakat malaysia yang masih mempunyai stigma terhadap orang kurang upaya (OKU) kerana saya sendiri adalah OKU (mental) iaitu Bipolar Type 2 (Bukan gila). Sebenarnya sebab utama saya berhenti dari menjadi doktor adalah kerana stigma yang terlalu kuat terhadap orang OKU walaupun dikalangan profesional dalam kes saya di...

'Dia Peluk Saya Untuk Pujuk Supaya Jangan Menangis' - 2 Remaja Didakwa 'Mengunyit' Atas Motor Tampil Beri Penjelasan

Imej
Susulan viral klip video dua lelaki yang didakwa melakukan aksi tidak senonoh di atas motosikal di Sungai Isap, Kuantan, Pahang, dua individu berkenaan tampil menafikan dakwaan itu dan menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Difahamkan, dua remaja terbabit, Izzul dan Aliff, masing-masing berusia 18 tahun merupakan kawan karib sejak dari bangku sekolah. Izzul mengakui bahawa dialah individu yang berada di atas motosikal itu dan menegaskan segala dakwaan yang dilemparkan terhadapnya adalah fitnah. "Saya mengaku itu saya tetapi semua itu cuma salah faham dan hanya satu fitnah. Saya harap orang ramai tidak percaya dengan semua dakwaan itu." "Sebenarnya, saya sedih sangat-sangat sampai menangis sebab kena masuk belajar jauh dari mak dan ayah. Kena hidup seorang diri, buat semuanya sendiri." "Saya tidak yakin saya boleh buat semua itu. Saya tidak mahu menangis di depan mak dan ayah sebab saya tak mahu mereka bersedih. Saya mahu mereka gem...

Kilang Lynas Di Kuantan Bersetuju Memindahkan Operasi Memproses Sisa Radioaktif Ke Australia

Imej
Lynas Malaysia berkata pihak mereka akan mematuhi gesaan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk memindahkan operasi memproses sisa radioaktif di Australia. Pengarah urusan dan naib presidennya, Mashal Ahmad berkata operasi itu akan dipindahkan ke kawasan berhampiran lombong nadir bumi Lynas di Australia dalam tempoh lima tahun. "Kami dengar Dr Mahathir dan kami faham bahawa Malaysia mahu peringkat pertama pemprosesan dibuat sebelum bahan kami dihantar ke Malaysia untuk pemprosesan seterusnya. "Peringkat pertama adalah di mana nadir bumi diasingkan dari bahan radioaktif tahap rendah yang ditemui bersama-sama. "Kami komited untuk memindahkan operasi ini, ke Australi dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya dalam kenyataan media hari ini. Ketika ini, bahan nadir bumi yang diekstrak Lynas dari lombong mereka di Australia dihantar ke kilang di Gebeng, Pahang untuk diproses. Di bawah cadangan baru itu, Lynas akan memproses terleb...

Bertuahnya Rizalman Permaisuri Agong Datang Rumah Masak 5 jenis lauk

Imej
Pereka fesyen terkenal tanah air, Datuk Rizalman Ibrahim terharu apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah berkenan mencemar duli memasak di kediamannya. Perkara itu dikongsikan di laman sosial Instagram milik beliau yang memaklumkan Tunku Azizah telah memasak lima jenis lauk dalam masa sejam setengah sahaja. Menjunjung kurnia Tuanku View this post on Instagram junjung kurnia Tuanku mencemar duli perkenan berangkat ke rumah patik dan berPungPang A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on Jun 13, 2019 at 7:49pm PDT “Gulai nenas udang, asam pedas ayam daun kesom, pindang serani ikan jenahak, ikan bilis masak kicap dan sayur buncis udang kering,” jelasnya melalui live video di Instagram. Gambar yang dikongsikan oleh Rizalman ketika Permaisuri Agong tengah beraksi di dapur. Kehadiran Tunku Azizah bagai sebuah mimpi menjadi kenyataan. “Saya benar-benar terharu dengan keberangkatan...

Please Lah Jangan Vandalise Keretapi Kita !!

Imej
Berita baik kepada warga pantai timur Kelantan, Terengganu & Pahang. Tak lama lagi keretapi baru yang moden dan laju akan memulakan operasi untuk laluan pantai timur KTMB. Dikhabarkan keretapi baru yang menggunakan teknologi hybrid iaitu menukarkan kuasa diesel kepada elektrik atau lebih dikenali sebagai Diesel Mobile Uniti ini bergerak selaju 160KMH. Laju betul tu kalau nak dibandingkan dengan yang lama. Selain itu kemudahan lain yang ada dalam keretapi baru ini adalah wifi onboard, cafe yang lebih selesa, kemudahan surau, kemudahan plug jika kita perlu untuk mengecas handphone. Kemudahan surau Cafe yang modern didalam keretapi seat yang lebih selesa dilengkapi plug untuk barangan elektronik. Jangan Vandalise !! Dengan segala kemudahan didalam keretapi DMU ini, pengguna diingatkan supaya tidak merosakkan peralatan yang ada. Jangan pentingkan diri. Kena ingat kemudahan ini bukan untuk diri kita seorang tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia....

Projek Keretapi Pantai Timur ECRL Akan Diteruskan & Laluan Akan Diubah

Imej
Selepas proses rundingan yang panjang, Kuala Lumpur dan Beijing akhirnya mencapai persetujuan untuk meneruskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Sinchew Daily melaporkan, ECRL yang dihidupkan semula itu akan dibina pada skala lebih kecil dan kosnya juga RM10 bilion lebih rendah berbanding yang asalnya. Sumber memberitahu akhbar itu, persetujuan itu turut merangkumi unsur komersial yang akan memanfaatkan perniagaan dan rakyat tempatan. Menurut sumber lagi, kedua-dua kerajaan akan menandatangani perjanjian baharu untuk mengaktifkan semula projek ECRL sebelum Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melawat China pada akhir bulan ini. Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin dijangka akan berkunjung ke China dalam masa terdekat untuk menandatangani perjanjian itu bagi pihak Malaysia. Selain itu, memandangkan Malaysia pernah menyebut bahawa ia tidak akan berpuas hati jika kos pembinaan hanya dikurangkan RM10 bilion, maka perjanjian ...

Bila Agaknya Express Wau Ke KL Akan Beroperasi

Imej
Ketiadaan perkhimatan tren Ekspres Wau (Tumpat - KL Sentral) sememangnya menyukarkan buat mereka yang mahu ke Kuala Lumpur dengan train. Sudah memasuki tahun kelima operasi tren itu dihentikan susuluan laluan keretapi ke pantai timur dan coach rosak teruk akibat banjir besar yang melanda negeri-negeri pantai timur pada tahun 2014. Yang menjadi persoalannya, mengapakah Ekspress Wau masih tidak beroperasi sedangkan Ekspress Timuran (Tumpat - Johor Sentral) sudah lama beroperasi. Buat masa sekarang jika nak ke KL dengan KTMB, perlu naik Ekpress Wau dan turun di Gemas, kemudiannya menyambung perjalanan dengan ETS. Itu kalau keretapi mengikut jadual. Bagaimana pulak jika berlaku kelewatan ? Penumpang perlu mencuba alternatif lain untuk ke KL atau menunggu ETS pukul 3 petang. Situasi nak perlu transit ke Gemas ini menyukarkan especially yang bawak banyak barang atau travel dengan family. Jadi satu problem pulak nak angkut barang untuk bertukar train. Menurut Sin...

Fuziah kesal perlombongan bauksit dibenarkan semula

Imej
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menegaskan, standard prosedur operasi (SOP) yang digariskan kerajaan untuk membenarkan semula aktiviti perlombongan bauksit akan menyebabkan pencemaran air. Menurut beliau, pemprosesan bahan mineral itu menyebabkan air yang digunakan untuk membersihkan bijih bauksit akan dicemari logam berat sebelum mengalir ke sungai. "Berkenaan dengan isu ini, saya ingin menyatakan kekhuatiran saya dari aspek SOP yang diperkatakan. "Memproses bijih bauksit akan melibatkan sisa air yang mengandungi logam berat," kata Fuziah menerusi kenyataan kepada media di sini hari ini. Fuziah berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar semalam yang mengumumkan kegiatan perlombongan bauksit di daerah ini diteruskan bermula April depan dengan syarat perlu mematuhi SOP termasuk membersihkan bijih mineral itu sebelum dieksport. Sehubungan itu, Fuziah yang memilih untuk bercakap sela...

Biodata Tengku Mahkota Pahang Yang Baru

Imej
Berikut adalah biodata rasmi Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dikeluarkan oleh Istana Abu Bakar. Tengku Hassanal telah diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan. PENDIDIKAN 2002 - 2005 : Sekolah Kebangsaan Saint Thomas, Kuantan, Pahang 2006 - 2009 : Caldiccott Preparatory School, London, United Kingdom 2009 - 2014 : Sherbone School, London, United Kingdom 2015 - 2018 : University Institute- Geneva School Of Diplomacy and International Relations Bachelor of Arts In International Relations 27 September 2018 : Initial Cadet Familiarisation Training Programme, Kem Batu 10, Pekan 1 Jan 2019 - 14 Dis 2019 : Commisioning Course,  Royal Military Academy Sandhurst KETENTERAAN 31 Oktober 2018 - Pegawai kadet Angkatan Tentera Malaysia PELANTIKAN SEBAGAI TENGKU PANGLIMA BESAR PAHANG Pada 18 Jun 2018 telah dilantik menjadi Yang Amat Mulia Tengku ...

Kontraktor ECRL setuju kurangkan kos kepada RM40 bilion ??

Imej
Kontraktor ECRL setuju kurangkan kos kepada RM40 bilion? China Communication Construction Co Ltd (CCCC) dipercayai sedang mencari jalan penyelesaian terbaik dengan kerajaan Malaysia untuk mengelakkan pembatalan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), lapor The Star. Sumber industri mendakwa firma milik kerajaan China itu bersetuju untuk mengurangkan kos lebih rendah kepada sekitar RM40 bilion. CCCC pada awalnya dikatakan bersetuju berkongsi kos operasi dan risiko kewangan selepas pembinaan projek berkenaan dan peranannya hanya terhad kepada pembinaan infrastruktur. Oleh itu, gergasi pembinaan itu terkejut apabila kerajaan Malaysia mengatakan kos projek itu menjangkau RM81 bilion. Ketika kerajaan menangguhkan ECRL pada Julai 2018, projek itu telah 15 peratus disiapkan. Dalam proses rundingan semula kemudian, sumber mendakwa CCCC bersetuju membenarkan 40 peratus hingga 50 peratus penyertaan tempatan berbanding hanya 30 peratus pada asalnya. Sumber men...

Tanpa Pas, BN Tidak Peroleh Majoriti Besar Di Cameron Highlands - Penganalisis

Imej
Tanpa Pas, BN Tidak Peroleh Majoriti Besar Di Cameron Highlands - Penganalisis gambar sumber astro awani Kerjasama Pas adalah antara faktor utama Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, ujar Penganalisis Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian. Malah katanya, tanpa kerjasama itu, mungkin persaingan merebut kerusi tradisi MIC itu sengit terutama dalam meraih sokongan pengundi Melayu. "Lebih penting ialah sejauh mana BN telah mampu untuk kekal dengan kerjasama Pas. Saya percaya tanpa kerjasama Pas tidak mungkin kita lihat keputusan dengan majoriti yang besar, mungkin tanpanya, ia mungkin satu persaingan sengit kerana tidak tahu apakah trend perubahan kalangan pengundi Melayu. "Selepas melihat (kehadiran) Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri, apakah akan menjejaskan atau meningkatkan perubahan dari sudut peratusan yang bakal diperolehi mana-mana parti. Akhirn...

Tiket Ke Pantai Timur Habis !!

Imej
Tiket Ke Pantai Timur Habis !! Sejak kaunter tiket bas dibuka untuk jualan menyambut perayaan Tahun Baru Cina (TBC) pada penghujung Disember lalu, tiket perjalanan ke pantai timur sudah habis dijual. Apa yang saya baca kat Harian Metro, tinjauan mendapati tiket pada 31 Januari hingga 3 Februari sudah habis membabitkan perjalanan ke Kelantan, Terengganu dan Perak tetapi tiket perjalanan untuk ke selatan masih banyak. Tiket bas turut dilaporkan dijual pada harga tinggi kerana musim perayaan. Tiket akan kembali pada harga asal akan kembali normal selepas musim perayaan. Kalau nak balik dengan keretapi KTMB pun takde perjalanan ke pantai timur. Kalau nak balik dengan flight pulak confirm time musim perayaanlah harga tiket akan mahal. Kesian pulak saya kepada mereka yang nak balik kampung tetapi takde tiket atau tiket dah habis. Saya berharap mereka semua tu dapat pulang ke kampung untuk bertemu mak dan ayah.

Fly Scoot Memulakan Penerbangan Terus Kuantan Ke Singapore

Imej
Fly Scoot Memulakan Penerbangan Terus Kuantan Ke Singapore start dari tahun 2018 lagi Mungkin ramai lagi warga Pahang tak tahu selain Mas, AirAsia & Firefly, terdapat syarikat penerbangan ke4 beroperasi dari Kuantan Airport iaitu Fly Scoot. Fly Scoot nih memulakan penerbangan terus Kuantan ke Singapore sejak dari bulan February 2018 lagi dengan 3 kali kekerapan iaitu Isnin, Rabu & Jumaat.

Ketampanan Adinda Tg Abdullah Iaitu Tg Fahd Mendapat Perhatian Warga Media Sosial

Imej
Ketampanan Adinda Tg Abdullah Iaitu Tg Fahd Mendapat Perhatian Warga Media Sosial Baru-baru ini selepas Tengku Abdullah (kini Sultan Pahang yang baru) diumumkan bakal dimasyurkan sebagai Sultan Pahang yang baru (Pemasyuran dilakuan pada hari ini), kemunculan anakanda bongsu Sultan Ahmad Shah, Tengku Fahd pada sidang media khas di Istana Abu Bakar sabtu lalu menarik perhatian netizen. Gambar Tengku Fahd yang dimuatnaik oleh pengguna Twitter pada Sabtu menerima pelbagai reaksi dikalangan netizen. sumber mstar sumber mstar Semua pakat memuji ketampanan Tengku Fahd & rendah diri baginda. Setakat ini Twitter berkenaan baginda ini mendapat 700 retweet dan 1000 like. Kepada perempuan diluar sana yang nak usha instagram baginda mungkin kecewa sebab baginda menetapkan akaun instagram kepada tetapan peribadi. 

Warga Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang Adalah Yang Terlawa & Terhensem Di Malaysia

Imej
Warga Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang Adalah Yang Terlawa & Terhensem Di Malaysia Member-member saya yang bukan berasal dari pantai timur kalau ada peluang berjumpa suka sangat tanya soalan ini Ape korang makan yea sebab aku tengah orang dari tempat kau mesti lawa-kawa Payah saya nak menjawab soalan itu. Takdenya kita kat sebelah pantai timur ini ada makan jamu istimewa atau ubat ajaib yang menyebabkan rupa paras bak modelling terkenal. Mungkin sebab budu kot. Orang kita kan suka makan budu. Teori saya mungkin disebabkan kacukan kot tambahan pulak disebelah Kelantan & Terengganu. Kan dahulu kala 2 negeri ini tempat perdagangan antarabangsa. So para pedagang datang dari luar negara. Mungkin ada pedagang yang mengambil keputusan tak balik ke tempat diorang dan menetap disini lalu berkahwin dengan warga tempatan. So kerana darah campuran itulah zuriat yang dilahirkan lawa-lawa dan handsome sehinggalah sekarang. Tu teori jea lah. Saya nak ex...

Progress Terkini Pembinaan Lebuhraya CSR Dari Kota Bharu Ke Kuala Lumpur

Imej
Progress Terkini Pembinaan Lebuhraya CSR Dari Kota Bharu Ke Kuala Lumpur Alhamdulillah. Apa yang saya baca kat website UPKN Kelantan cukup mengembirakan saya dan mungkin jugak kesemua warga pantai timur. Projek Lebuhraya CSR kini sudah pun memasuki kawasan Gua Musang Di Kelantan dimana pembinaan lebuhraya bermula dari sempadan Kelantan sehingga bulatan ke kawasan industri dan Bandar Baru Gua Musang. Kini kerja-kerja meratakan tanah sedang giat dijalankan kontraktor. Untuk makluman korang semua, Projek dari Benta ke Kampung Seberang Jelai Merapoh dimulakan pada 2008 sepanjang 55.35 km, kini siap sepenuhnya. Manakala di sebelah dalam Kelantan pulak, jajaran Pasir Hor sepanjang 10 km sudah pun dibuka kepada lalulintas. Fasa seterusnya di Kota Bharu sedang giat dijalankan. Yang merisaukan saya adalah di jajaran Machang dimana kat situ kerajaan negeri kelantan mengambil tanggungjawab membinanya sepanjang 10 km. Namun perkembangan jajaran ini tidak pul...

Like FB Maafsebut