Billionaire Asal Kelantan Terbang Dengan Jet Peribadi Ke Kelantan Semata-Mata Untuk Beli Akok
Pernah tengok tak ada orang balik Kelantan semata-mata nak beli kuih akok naik private jet? Beliau merupakan seorang silent billionaire. Tak suka dikenali orang dan tak suka bercakap kosong. Saya tak mahu bercerita lebih tentang siapa beliau. Akan tetapi saya nak ceritakan tentang 11 nasihat emas yang saya dapat sepanjang 30 minit penerbangan dari Kota Bharu ke Subang Airport Ahad lepas dengan menaiki jet peribadi milik beliau. Berikut merupakan 11 nasihat yang saya terima daripada usahawan hebat ini. 1. When you do business, don’t put all eggs in one basket Kalau basket tu jatuh, habis semua telur-telur tu akan pecah. Dalam erti kata lain, asing satu bisnes untuk satu syarikat. Jangan campur adukkan semua bisnes yang dijalankan di bawah satu syarikat sahaja. 2. Jangan anggap cabaran ekonomi semasa sebagai penghalang untuk menjalankan perniagaan Sebagai contoh, semasa musim COVID-19 sedang berlangsung ketika ini, sememangnya ada bisnes yang tidak boleh dijal...