Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel What's up Malaysia

Income Bulanan Youtuber Sugu Pavithra Yang Viral Boleh Cecah Ratusan Ribu Ringgit

Imej
Sugu Pavithra kini menjadi antara barisan ‘YouTubers’ yang digemari oleh rakyat Malaysia. ‘Fenomena’ pasangan suami isteri itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberikan hadiah sebagai pembakar semangat buat mereka. Video masakan Sugu Pavithra sememangnya sentiasa ditunggu-tunggu oleh orang ramai. Selain tutur katanya yang lembut, penggunaan Bahasa Melayu Pavithra yang jelas juga dipuji oleh orang ramai. Lebih menarik, video masakan Pavithra juga pernah menjadi rujukan kepada YouTuber dari Jepun, iChang dan atlet bina badan negara, Sazali Samad untuk memasak kari ayam. Sambutan hangat daripada setiap video yang dibuat membuatkan ramai diantara kita tertanya-tanya berapakah pendapatan yang diperoleh Sugu Pavithra. Baru-baru ini, YouTuber Juzairi Share mendedahkan anggaran bulanan yang diperolehi oleh pasangan itu dari video-video yang dimuatnaik oleh mereka di Youtube. Berkongsikan perkara itu di saluran Youtub...

Jangan Heret Negara Ke Kancah Politik Tidak Menentu Titah YDP Agong

Imej
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berpesan supaya semua Ahli Parlimen tidak mengheret negara ke kancah politik ketika rakyat berdepan kesukaran akibat pandemik COVID-19. Baginda bertitah, wakil rakyat perlu sentiasa mempamerkan kematangan dalam berpolitik termasuk menjiwai masalah dan membela nasib rakyat, berpegang kepada prinsip keadilan, membudayakan politik bersih, tidak menyentuh sensitiviti agama dan bangsa selain kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu. "Jangan mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat masih berdepan dengan pelbagai masalah dan masa depan sukar akibat pandemik COVID-19." "Sesungguhnya perpaduan dan keharmonian bermula dalam dewan yang mulia ini dan beta yakin rakyat akan terus erat bersatu padu dan sepakat dalam membangunkan negara jika rakyat tidak disogok dengan api permusuhan dan perpecahan," titah baginda. Al-Sultan Abdullah bertitah dem...

Jumlah Penduduk Malaysia Kini 33 Juta, Lelaki Melebihi Perempuan

Imej
Penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 32.73 juta orang pada suku tahun pertama 2020, iaitu peningkatan sebanyak 0.6 peratus berbanding suku tahun pertama 2019, menurut laporan Perangkaan Demografi bagi suku tahun pertama 2020. Ketua Perangkawan Dr Mohd Uzir Mahidin berkata jumlah itu merangkumi 29.62 juta orang atau 90.5 peratus warganegara, dan 3.12 juta orang atau 9.5 peratus bukan warganegara. Beliau berkata penduduk lelaki meningkat daripada 16.81 juta orang pada suku tahun pertama 2019 kepada 16.90 juta orang sementara penduduk perempuan pula meningkat daripada 15.72 juta orang kepada 15.84 juta orang bagi tempoh yang sama. Nisbah jantina kekal pada 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Sumber Bernama

5 Teori Konspirasi Coronovirus Yang Pelik Yang boleh Menyebabkan Korang Tergelak

Imej
Korang tidak perlu melihat lebih jauh daripada Facebook untuk mengetahui teori konspirasi yang memberi amaran kononnya sains dan data itu palsu. Berikut adalah lima teori konspirasi yang paling tidak berasas di luar sana. Garu kepala saya kenapalah mudah sangat ramai yang percaya. Yang kes gi bakar menara telekomunikasi kononnya menara telekomunikasi menyebarkan coronavirus tu memang takleh blah lawak. 1. Wuhan Lab Bioweapon Teori tersebut mendakwa bahawa sebuah makmal di Wuhan dengan protokol keselamatan yang lemah melepaskan coronavirus kononnya untuk melawan negara amerika syarikat. 2. Bill Gates Mahu Peranti Pengesan Dipasang Kepada Semua Orang Pengasas Microsoft telah lama lantang bersuara tentang potensi teknologi untuk membantu mengesan dan membendung wabak coronavirus. Teori palsu mendakwa bahawa Gates mahu vaksin COVID-19 mengandungi mikrocip yang mampu mengesan, memantau, dan mengawal penerima. 3. Menara Telekomunikasi 5G Menyebarkan Coronavirus S...

List Movie Best Tahun 2020 Jika Pawagam Dibukak Semula Julai Ini

Imej
Bermula Julai ini, dijangka pawagam kat Malaysia bakal dibukak semula kepada orang ramai setelah berbulan ditutup semenjak PKP dilaksanakan 18 March yang lalu. Yang pasti kemungkinan wayang yang bakal dibukak nanti time dalam panggung tu ada penjarakkan sosial. Mungkin selang kerusi. Berikut adalah movie best yang bakal ditayangkan jika pawagam dibukak semula Julai ini 1. Tenet 2. Mulan 3. Wonder Woman 1984 4. A Quiet Place Part 2 5. The Conjuring 3 6. The King's Man 7. Death On The Nile 8. G.I Joe Snake Eyes 9. Black Widow 10. Godzilla Vs Kong 11. Soul 12. No Time To Die 13. Free Guy 14. Dune 15. Top Gun Maverick Hopefully pawagam betul-betul akan dibukak Julai nanti. Dah tak sabar nih nak tengok semua filem yang best ini nanti

7 Pendatang Asing Lari Dari Pusat Kuarantin

Imej
Tujuh individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes Covid-19 dilapor melarikan diri dari pusat kuarantin di Kuala Lumpur pada Isnin lalu. Menurut sumber The Star, individu berkenaan yang terdiri daripada rakyat Indonesia dan Bangladesh tinggal di sekitar Selangor Mansion, Menara City One dan Kampung Baru. Dilaporkan mereka melarikan diri pada awal pagi Isnin. Kehilangan mereka disedari pada kira-kira jam 10.00 pagi oleh doktor yang membuat rondaan. Menurut laporan, mereka sepatutnya dikuarantin sehingga 7 Mei. Ketua Polis Kuala Lumpur, Mazlan Lazim telah merujuk perkara itu kepada Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (Nadma), yang menyelia pusat kuarantin berkenaan. Bulan lalu, pegawai kesihatan menjalankan ujian saringan di flat PKNS di Kampung Baru,  berikutan kematian akibat wabak Covid-19 di kawasan berkenaan. Ia kemudian dilaporkan bahawa seramai 23 penduduk didapati positif. Sementara itu, Menara City One, Selangor Mansion dan kawasan sekit...

Tiada Had Masa Untuk Keluar Dalam PKPB

Imej
Tiada had masa bagi kenderaan persendirian bergerak selepas jam 10 malam termasuk dari daerah ke daerah. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan perkara itu melalui sidang media harian hari ini. Melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperkasakan semua pergerakan kenderaan persendirian sudah dibebaskan. "Ini termasuk pergerakan antara daerah ke daerah juga dibebaskan. "Jadi tiada had jangka masa untuk keluar dalam peraturan baru ini," katanya. Sumber Harian Metro

Garis Panduan Ibadah Kat Masjid, Surau Telah Disediakan, Menunggu Arahan Kerajaan

Imej
Pembukaan semula masjid dan surau bagi aktiviti agama akan dilakukan sekiranya kerajaan berpuas hati dengan garis panduan ibadah di masjid dan surau yang telah disiapkan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama).  Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata garis panduan itu disediakan oleh Unit Penyelidikan Ilmiah JPM (Hal Ehwal Agama) dan Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). "Pelaksanaan garis panduan tersebut tertakluk kepada arahan kerajaan dari semasa ke semasa serta kebenaran daripada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan MKN (Majlis Keselamatan Negara),” katanya. Zulkifli berkata garis panduan itu juga telah dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali keempat pada 30 April lepas yang dipengerusikan Datuk Wan Zahidi Wan Teh serta dihadiri oleh para Ashabus Samahah Mufti-Mufti seluruh Malaysia dan...

Guna Duit BPN Sebagai Modal Untuk Berniaga Buah

Imej
Kalau orang lain bila jea dapat BPN terus mikir nak habiskan macam mana, lain pulak ceritanya dengan saudara Muhammad Azizi Azizan yang menetap kat Alor Setar. Menurut apa yang saya baca dalam Berita Awani, dia telah menggunakan duit BPN tu sebagai modal tambahan untuk menjual buah dari rumah ke rumah. Sejak PKP bermula March lepas, dia tekad untuk menjual pelbagai jenis buah dari rumah. Dia akan ambil order melalui Whatsapp dan Facebook, kemudiannya akan menghantarnya buah yang dipesan oleh customers terus ke rumah. Antara buah-buahan yang dijual ialah durian, tembikai, mempelam, buah naga, limau dan anggur. Bagi sesetengah orang, PKP menutup periuk nasik tapi bagi orang yang creative yang nampak peluang dalam tempoh PKP ini dibantu pulak oleh kemudahan internet, semuanya tidak mustahil. Bahkan ada seperti ibu tunggal kat Melaka menjadikan PKP untuk memulakan perniagaan delivery ikan siap siang. Kini dia mampu mendapat RM2000 sehari, satu jumlah yang cukup besar. ...

Jual Kuih 10 Sen Untuk Bantu Orang Susah

Imej
Berniaga sambil beramal. Itu prinsip  Roslina Saad, 51, dan suaminya, Zulkifli Abdul Razak, 52, yang menjual kuih dengan harga 10 sen atau di negeri-negeri utara Semenanjung nilai itu lebih dikenali sebagai sekupang. Memiih menjual kuih-muih pada harga sedemikian bertitik tolak pada nilai kemanusiaan yang ada dalam diri pasangan suami isteri itu berbanding mengaut keuntungan di atas penderitaan orang lain. Memahami kepayahan dan keperitan golongan penoreh getah dengan harga getah yang jatuh ditambah musim hujan sehinggakan mereka tidah dapat menoreh menyebabkan pasangan suami isteri di Felda Lubuk Merbau, dekat Padang Terap, Kedah mencari alternatif berniaga sambil membantu golongan peneroka felda ini. Antara kuih yang boleh dinikmati dengan harga sekupang adalah cucur badak, karipap, onde-onde, cucur kacang, keria, buah melaka, lopeh dan bermacam-macam lagi. Menurut Roslina, niatnya menjalankan urus niaga pada nilai sebesar 10 sen itu adalah untuk memastikan semua ...

Adakah PKP Akan Berakhir 12 Mei Ini ?

Imej
Adakah PKP akan berakhir 12 Mei ini ? Saya rasa tidak. Kenapa saya kata begitu ? Ada sape tengok siaran lansung ucapan Perdana Menteri semalam sempena Hari Pekerja ? Perasan tak PM ada sebut perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya Aidilfitri tidak dibenarkan. Kalau PKP berakhir 12 Mei ini, confirm nak balik ke kampung tidak menjadi masalah. Bagi saya sebab tak dibenarkan kerana kemungkinan PKP akan diteruskan mungkin sehingga bulan Jun. Lagi pun kerajaan dah nasihat solat sunat raya dibuat kat rumah. Korang rasa logik tak kita solat sunat raya kat rumah kalau PKP takde ? Confirm berduyun-duyun pergi ke masjid kan. Tapi sebab PKP masih ada, sebab tu kena solat sunat hari raya di rumah. Lepas tu KKM dah bagitau negara diramalkan mencatatkan jangkitan single digit pada pertengahan bulan Mei ini. So 12 Mei ini bukannya pertengahan Mei. Pertengahan Mei adalah 15 Mei. Jadi tak logik bagi saya PKP akan ditamatkan pada 12 Mei. Bagi saya adalah molek PKP dit...

PKPB Bukan Alasan Untuk Kita Alpa Kerana Ianya Bakal Cetus Penularan Kembali Covid-19

Imej
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin ini seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, adalah khabar gembira buat rakyat Malaysia selepas hampir dua bulan 'terkurung' di dalam rumah. Kebenaran untuk sebahagian besar sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan beroperasi, selain beberapa aktiviti lain dengan tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat, pasti amat ditunggu-tunggu oleh rakyat untuk kembali bekerja, lebih-lebih lagi ramai yang telah terputus mata pencarian ekoran pelaksanaan PKP. Dalam tempoh berkenaan telah ramai yang kehilangan pekerjaan, tidak kurang yang terpaksa dipotong gaji, apabila majikan masing-masing sudah tidak mampu untuk menampung kerugian dan hal ini berlaku di hampir di seluruh negara, yang diserang oleh virus pandemik ini. Muhyiddin berkata, kesan tersebut turut dirasai kerajaan, apabila negara mengalami kerugian sekitar RM2.4 bilion setiap hari sepanjang tempoh PKP dilaksanakan, dan ...

5 Hotel Terpaksa Tamatkan Perniagaan Kerana Covid-19

Imej
Dalam banyak sektor yang terjejas kerana wabak Covid-19, sektor perhotelan antaran yang paling teruk terjejas kerana banyak negara termasuklah Malaysia telah menutup sempadan & kawalan pergerakan yang dilaksanakan menyebabkan penduduk tidak boleh merentas daerah dan negeri. Ini menyebabkan permintaan untuk bilik hotel jatuh mendadak. Kerugian yang terus berlaku menyebabkan hotel tidak dapat menampung kos yang bertambah setiap hari hinggakan ada yang terpaksa ditutup. Berikut adalah lima hotel yang terpaksa gulung tikar setakat ini kerana situasi itu. 1- G City Club Hotel Sdn Bhd yang mengendalikan 180 bilik hotel di bawah nama dagang G Tower Hotel di ibu negara menutup operasinya selepas sedekad disebabkan oleh penyusutan kadar penginapan. 2- Plenitude Bhd pula menutup operasi tiga hotelnya iaitu Mercure Penang Beach, The Gurney Resort Hotel and Residences, kedua-duanya di Pulau Pinang dan Travelodge Ipoh, Perak dengan serta-merta, disamping mengecilkan operasi ...

Bermula Hari Ini Pelanggan Perlu Sahkan Samada Mahu Moratorium Atau Tidak

Imej
Semalam saya mendapat sms dari pihak bank yang dimana saya membuat pinjaman menyuruh saya mengisi borang secara online memberi consent jika saya bersetuju dengan moratorium selama 6 bulan yang bermula April lepas sehingga Oktober 2020. Saya ada masa sehingga 28 Mei 2020 untuk menyatakan samada mahu meneruskan moratorium atau tidak mahu menerima moratorium. Sebenarnya isi ini sudah pun viral semalam kat social media oleh warga netizen yang kecoh kononnya Bank Negara Malaysia lebih mementingkan bank dari kemaslahatan umum. Isunya pasal caj kadar faedah sepanjang tempoh moratorium. Honestly ramai yang terkeliru. Kalau dilihat kenyataan BNK pada 25 March 2020 di https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&pg=bm_press&ac=5019&lang=bm menyatakan Perkara penting yang perlu diambil perhatian ialah faedah/keuntungan akan terus terakru (yakni diambil kira) atas pembayaran balik pinjaman/pembiayaan yang tertangguh dan peminjam perlu meneruskan pembayaran balik pinja...

Sebahagian Besar Kegiatan Ekonomi & Sosial Dibenarkan Beroperasi Mulai 4 Mei

Imej
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin dalam siaran lansung sebentar tadi sempena Hari Pekerja telah mengumumkan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial di negara ini akan dibenarkan untuk beroperasi semula bermula 4 Mei ini. Tetapi aktiviti melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan risiko kepada golongan tertentu termasuk warga emas terhadap penularan COVID-19. Selain itu, kata beliau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) turut akan dikuatkuasakan membabitkan kawasan zon merah. Semua sekolah, kolej dan universiti masih belum boleh dibuka, selain semua aktiviti keagamaan membabitkan perhimpunan ramai. Walaupun dibenarkan beroperasi, Perdana Menteri menyarankan kepada majikan supaya melaksanakan jadual bekerja anjal dan jugak memastikan peraturan social distancing dilaksanakan contohnya di kedai makan. Perdana Menteri jugak menasihatkan supaya kita semua memakai face mask dan sentiasa basuh tangan untuk mengelakkan jangkitan.

Hikmah PKP, Ketupat Palas Che Non Laris Macam Pisang Goreng Panas

Imej
Tempoh PKP yang dilaksana sejak 18 March kini sudah memasuki Fasa 4 tidak sedikit memberi impak kepada para peniaga kecil dan besar. Ada jugak yang terpaksa gulung tikar kerana tidak lagi mampu menampung kos yang terus meningkat seperti beberapa hotel di Melaka, Pulau Pinang dan KL. Tapi lain ceritanya pulak kat pengusaha ketupat daun palas frozen kat Alor Setar nih. Menurut apa yang saya baca kat Berita Awani, pelaksanaan PKP ditambah kemungkinan kita semua akan beraya dalam tempoh PKP menyaksikan tempahan ketupat daun palas sejuk beku hutan kampung yang diusahakan oleh Che Non Ahmad teramat laris. Menurut beliau, selalunya beliau mendapat tempahan sekitar 15000 kilogram pada bulan ramadan tetapi kini tempahan meningkat sekali ganda kepada 30000 kilogram !! Satu jumlah yang cukup besar. Jelasnya, permintaan yang tinggi itu berpunca daripada perubahan kaedah jualan yang lebih terbuka kepada semua pihak pada tahun ini, supaya pasaran ketupat palasnya dapat diperluaskan, s...

Pelajar Di Kedah Ini Membawa Bazaar Ramadan Ke Rumah Pelanggan

Imej
Bagi yang otak geliga berniaga, musim PKP bukan halangan untuk berniaga. Lagu mano pun akan tetap diusaha macam mana sales dapat dilakukan dalam serba perbatasan. Itulah yang dilakukan oleh Hafiylutfi Mahadzir yang berumur 20 tahun. Pelajar Polimas ini tidak menjadikan PKP sebagai penghalang untuk dia menjalankan perniagaan untuk mencari sedikit duit raya. Apa yang dilakukannya adalah dengan mewar-warkan juadah berbuka puasa yang dijualnya menggunakan speaker yang dipasang pada kereta Myvi miliknya di sekitar kawasan perumahan di Jitra. Menurut apa yang saya baca kat Berita Awani, dia menjual antaranya mi kari, laksa, bihun sup, roti john dan pelbagai jenis kuih muih serta pelbagai minuman seperti laici kang, cendol dan teh bunga. Apa yang dilakukan oleh Haifylutfi ternyata mendapat sambutan dari penduduk memandangkan sepanjang PKP ini bazaar ramadan adalah tidak dibenarkan seterusnya menyukarkan orang ramai untuk membeli juadah berbuka. Kata Hafiylutfi, sepanjang men...

Long Tiger Sudah Ditangkap

Imej
Berita dari Harian Metro hari ini melaporkan Polis Johor mengesahkan penahanan seorang lelaki dikenali sebagai Long Tiger, hari ini. Walaubagaimanapun Ketua Polis Johor enggan mengulas lanjut dan dijangka melakukan satu sidang media berkaitan penangkapan itu esok. Sebelum ini viral di facebook video berdurasi 14 saat yang memaparkan individu berbaju T hijau serta berseluar ungu dan bergari dikaitkan dengan Long Tiger ditahan. Long Tiger menjadi bualan netizen kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kontroversi melalui beberapa sesi siaran langsung di Facebook sebelum ini. Malah dia juga sentiasa mencabar mereka yang tidak bersetuju dengan pendapatnya serta mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan warganet.

Hantar Etnik Rohingya Pulang Ke Myanmar Dilihat Penyelesaian Terbaik Menurut Penganalisis

Imej
Penghantaran pulang etnik Rohingya di Malaysia ke Myanmar, dilihat sebagai penyelesaian terbaik bagi polemik membabitkan etnik itu yang hangat dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini. Penganalisis jenayah, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim, berkata saranan itu selaras keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Januari lalu, yang mengarahkan Myanmar mengambil langkah segera melindungi etnik Rohingya serta menyimpan bukti jenayah yang dilakukan terhadap mereka. Shahul Hamid berkata, semua pihak perlu menyedari bahawa status asal etnik Rohingya di negara ini adalah pendatang tanpa izin (PATI) dan hanya diterima berlindung di Malaysia atas dasar kemanusiaan. "Seperti mana kita menangkap PATI dari India, Pakistan atau negara lain, yang kemudian dihantar pulang ke negara asal, begitu juga boleh kita lakukan pada etnik Rohingya. "Jaminan keselamatan mereka sebaik pulang ke Myanmar pula adalah di bawah tanggungjawab Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersa...

Berbekalkan Duit BPN Sebagai Modal Niaga, Ibu Tunggal Ini Mampu Meraih Sehingga RM2000 Sehari

Imej
Kalau orang lain bila saja dapat duit BPN, ada yang menyalahgunakannya untuk membeli rokok, air ketum atau dadah. Sedangkan kerajaan bagi duit BPN tu supaya dapat digunakan untuk menampung keperluan keluarga sepanjang tempoh PKP ini. Lain ceritanya di Melaka. Seorang ibu tunggal, Siti Hartika Shaari telah menggunakan duit BPN sebanyak RM1000 sebagai modal untuk memulakan perniagaan delivery ikan siap siang. Beliau dulunya bekerja sebagai pembantu kat restoran. Lepas tu kehilangan pekerjaan kerana majikannya tidak lagi mampu menampung kos gaji. Sejak diberhentikan beliau terpaksa berjimat cermat sehingga pada satu tahap hanya menjamah bubur kosong tidak berlauk rentetan terputus wang belanja. Dari situ beliau dah ada impian untuk memulakan perniagaan delivery ikan siap siang namun terpaksa dilupakan kerana tiada modal. Duit BPN yang diterimanya seolah satu rahmat. Berbekalkan RM1000 yang diterimanya, Siti Hartika memulakan perniagaan delivery ikan siap siang menyasarkan...

Like FB Maafsebut