Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ECRL Kelantan Terengganu Pahang

Projek ECRL jajaran semula Kota Bharu - Dungun diluluskan

Imej
Kerajaan Persekutuan memberi kelulusan bagi Skim Keretapi untuk Seksyen A projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Langkah itu memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan di penjajaran semula sepanjang 210.4 kilometer (km) dari Kota Bharu, Kelantan ke Dungun, Terengganu yang akan bermula tidak lama lagi. Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), pemilik projek dan aset ECRL, berkata pihaknya telah menerima surat daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bertarikh 14 Mei, 2020, yang menyatakan cadangan penjajaran semula terhadap Skim Keretapi untuk Seksyen A projek ECRL telah diluluskan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong baru-baru ini. Kelulusan itu termasuklah, antaranya, laluan penjajaran akhir, lokasi stesen penumpang/kargo, dan jumlah lot di bawah pengambilalihan tanah untuk laluan Kota Bharu-Dungun, katanya. Selain itu, jajaran sisihan sepanjang 14.4 km dijangka menghubungkan laluan utama ECRL di Kelantan dengan pelabuhan Tok Bali. Pengerusi M...

Komen Dr Jomo Tentang ECRL Hanya Pendapat ‘Orang Ekonomi’

Imej
Menteri Besar Terengganu, YAB Dato seri Ahmad Samsuri Mohtar menyifatkan komen Pakar Ekonomi, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram terhadap Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pandangan beliau adalah berdasarkan kemahiran. Tetapi menurut beliau, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pandangan politik yang berbeza. “Pandangan Profeser Jomo itu  adalah  pandangan seorang ahli ekonomi  dan kalau kita tanya ahli ekonomi yang lain (pun) ada pandangan yang berbeza, sama seperti yang berlaku di Amerika. “Jadi pada saya  ahli-ahli ekonomi seperti  Profeser jomo  sebenarnya ada pendapat dia  berbeza dengan ahli ekonomi yang lain,” jelasnya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Terengganu 2019 di Dataran Pekan Jabi, semalam. Oleh itu, kata beliau, Negeri Terengganu mengambil beberapa pandangan yang sesuai dengan kedudukan semasa dan perancangan serta keh...

ECRL: Muatan Kargo Lebih Menguntungkan Berbanding Penumpang

Imej
Segmen muatan kargo akan muncul sebagai sektor yang lebih menguntungkan berbanding aliran penumpang menerusi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berikutan kelebihan laluan darat memacu transaksi penghantaran serta memendekkan tempoh perjalanan secara ketara di antara Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuantan. Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Tun Daim Zainuddin berkata muatan kargo itu akan menyumbang kira-kira 70 peratus kepada hasil berbanding aliran penumpang sebanyak 30 peratus berikutan masa perjalanan lebih singkat serta kebergantungan lebih tinggi sebagai kaedah atau mod pengangkutan. "ECRL itu menyediakan jambatan darat yang menghubungkan Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuantan dan memendekkan tempoh perjalanan antara kedua-dua pelabuhan itu kira-kira 30 jam. "Berikutan itu, ECRL menyediakan alternatif penghantaran atau pemindahan barangan yang lebih pantas di antara kedua-dua pelabuhan itu berbanding laluan laut yang memakan masa lebih lama...

Stesen ECRL Perlu Ada Jugak Di Tumpat

Imej
Kerajaan Kelantan meminta supaya jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diambil kira sehingga Pengkalan Kubor, Tumpat seperti dipersetujui Kerajaan Persekutuan sebelum ini. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kemungkinan kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan semula dengan Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan itu. “Tumpat memerlukan laluan kereta api dan pelabuhan memandangkan ketika ini perkhidmatan kereta api dari daerah itu ke Kuala Lumpur sudah terhenti. Jika jajaran ECRL hanya setakat Kota Bharu, ia akan menjejaskan perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan Tumpat. “Kita sedar Kerajaan Pusat mahu mengurangkan kos termasuk menukar daripada ‘double track’ kepada ‘single track’. Namun mungkin laluan itu boleh dipanjangkan lagi (sehingga Tumpat),” katanya. Beliau berkata demikian selepas ditemui pada Program Solat Hajat sempena Hari Sayyidatina Khadijah, di Kompleks Kota Darul Naim, di Kota Bharu...

Tun Daim Beri Bayangan Jajaran ECRL Di Terengganu Kekal

Imej
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan melalui negeri Terengganu dijangka akan dikekalkan. Pengerusi Majlis Penasihat Negara, Tun Daim Zainuddin memberi bayangan terhadap perkara itu dengan mengatakan bahawa segalanya akan mengikut seperti perancangan awal. Jelasnya, stesen ECRL yang berfungsi untuk kargo dan penumpang itu akan dimuktamadkan sepenuhnya pada sidang media oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad esok. “Saya tahu banyak di pantai timur, termasuk Terengganu, berminat supaya projek ini diteruskan dan laporan bahawa ECRL akan diteruskan disambut baik dengan kegembiraan di pantai timur. “Saya juga baca laporan yang mengatakan saya tinggalkan Terengganu dalam projek ini, ECRL bermaksud East Cost Rail Link, kalau Terengganu tak dimasuk bukan east cost,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Bicara Darul Iman yang bertajuk Ekonomi Bumiputera Agenda Nasional di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, semalam. un...

Kos ECRL Kurang RM21.5 Bilion : MB Terengganu Tunggu Pengumuman Rasmi PM

Imej
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menunggu kenyataan rasmi daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tentang perkembangan terkini Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Projek kontroversi itu diumumkan akan diteruskan dengan kos pembinaan sebanyak RM44 bilion. "Berhubung dengan perkembangan terkini ECRL, saya hanya akan beri ulasan setelah mendapat maklumat lebih jelas selepas 'pc' (sidang media) oleh PM (Perdana Menteri) pada Isnin ini," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam status yang dimuat naik di laman Twitter rasminya hari ini, mengulas tentang perkembangan tersebut. Sementara itu, Jabatan Perdana Menteri berkata, kos pembinaan fasa 1 dan 2 ECRL itu berjaya dikurangkan sebanyak RM21.5 bilion berbanding kos asalnya pada RM65.5 bilion. Pengurangan kos itu dicapai selepas Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memeterai Perjanjian Tambahan (SA) dengan China Communications Construction Company Ltd (CCCC). SA itu mera...

Kerajaan Mengumumkan Projek Laluan Keretapi Pantai Timur ECRL Diteruskan

Imej
Kerajaan mengumumkan Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) diteruskan dengan pengurangan  sebanyak RM21.5 bilion dari kos pembinaan untuk fasa 1 dan 2. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, kos itu dikurangkan kepada RM44 bilion dari kos asalnya berjumlah RM65.5 bilion. Jelas kenyataan itu, pengurangan berkenaan akan memberi manfaat dan meringankan beban  kewangan negara. "Kerajaan mengalu-alukan penandatanganan Perjanjian Tambahan (SA) di antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Co Ltd (CCCC) yang akan membuka jalan bagi penyambungan semula projek ECRL. "Ia meliputi perolehan, pembinaan dan pentauliahan ( EPCC) aspek ECRL telah dicapai selepas rundingan  antara syarikat yang terlibat serta Kerajaan Malaysia dan Republik Rakyat China. "Butiran lebih lanjut akan diberikan semasa sidang media pada Isnin," jelas kenyataan itu. Projek ECRL sepanjang 688.3 kilometer itu  ...

ECRL - Gombak, Bentong Digugurkan; Labu Bakal Jadi Hab Pengangkutan Utama

Imej
Perubahan jajaran East Coast Rail Link (ECRL) bakal menyaksikan Negeri Sembilan bakal menjadi sebagai salah sebuah hub pengangkutan yang penting untuk kawasan sentral. Menurut laporan daripada Nanyang Siang Pau, perubahan itu turut memilih Labu sebagai salah sebuah stesen baharu bagi menyambungkan Pelabuhan Klang kepada kawasan Pantai Timur. Labu dipilih kerana kebanyakan tanah di kawasan tersebut dimiliki oleh syarikat Sime Darby Sdn Bhd, sekaligus mengurangkan lagi kos pengambilalihan tanah. Ia ditambah lagi dengan jarak relatif antara KLIA menjadikannya Labu lebih strategik sebagai hub pengangkutan, selain memudahkan pengurusan laluan baharu disambung daripada Pelabuhan Klang. Perubahan jajaran ECRL bakal menyambungkan Negeri Sembilan ke Pahang melalui Muadzam Shah, manakala stesen cadangan Bentong dan Gombak bakal dibuang daripada senarai asal. Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, perbincangan projek ECRL bakal diputuskan sebelu...

Projek Keretapi Pantai Timur ECRL Akan Diteruskan Jika Harga Munasabah

Imej
Kerajaan akan membincangkan kos pelaksanaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan pasukan perunding daripada kerajaan China dalam pertemuan minggu ini. Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kos membangunkan ECRL terlalu tinggi dan di luar kemampuan kerajaan. “Untuk membelanjakan RM55 bilion sangat mahal di mana kita (kerajaan) terpaksa membayar balik kos berkenaan dalam tempoh 30 tahun dengan kadar faedah mencapai RM104 bilion. "Jadi kita (kerajaan) akan cuba membincangkan jika kos terbabit boleh dikurangkan, jika tidak kita akan tunda perlaksaannya. Ketika ini, kita tidak bersetuju dengan kos ditetapkan. Jika kos munasabah, mungkin kita akan melaksanakannya," ujar Dr Mahathir. Perdana Menteri demikian dalam sidang media selepas merasmikan loji baharu Metrod Holdings Bhd di Bukit Raja Klang, di sini pada isnin. Sebelum ini, Syarikat perlaksanaan ECRL. China Communications Construction Co Ltd (CCCC) difahamkan akan mengurangkan sep...

Rundingan Projek Keretapi ECRL Pantai Timur Diantara Malaysia China Sudah Memasuki Peringkat Akhir

Imej
Malaysia dan China hampir mencapai kata sepakat untuk memulakan semula projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang sebelum ini mahu dibatalkan kerajaan, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah. China bersedia untuk mengurangkan tandar harga AS$20 bilion (RM81 bilion) bagi projek itu dan rundingan sedang ‘di peringkat akhir’, kata Saifuddin dalam satu temubual bersama Bloomberg. Rundingan diketuai oleh Tun Daim Zainuddin, yang juga penasihat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu bertujuan untuk mengurangkan kos dan mengecilkan saiz projek terbabit. “Ia (ECRL) tidak dibatalkan kecuali kita gagal memuktamadkannya,” kata Saifuddin. “China memahami kekangan kita dan bersedia untuk mengecilkan saiz projek dan kosnya. Rundingannya mungkin di peringkat akhir. Dalam temu bual itu, Saifuddin yang turut membincangkan mengenai pelaburan asing juga berkata, pihaknya merancang untuk membuka semula pejabat kedutaannya di Pyongyang dan berbincang ...

Kontraktor ECRL setuju kurangkan kos kepada RM40 bilion ??

Imej
Kontraktor ECRL setuju kurangkan kos kepada RM40 bilion? China Communication Construction Co Ltd (CCCC) dipercayai sedang mencari jalan penyelesaian terbaik dengan kerajaan Malaysia untuk mengelakkan pembatalan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), lapor The Star. Sumber industri mendakwa firma milik kerajaan China itu bersetuju untuk mengurangkan kos lebih rendah kepada sekitar RM40 bilion. CCCC pada awalnya dikatakan bersetuju berkongsi kos operasi dan risiko kewangan selepas pembinaan projek berkenaan dan peranannya hanya terhad kepada pembinaan infrastruktur. Oleh itu, gergasi pembinaan itu terkejut apabila kerajaan Malaysia mengatakan kos projek itu menjangkau RM81 bilion. Ketika kerajaan menangguhkan ECRL pada Julai 2018, projek itu telah 15 peratus disiapkan. Dalam proses rundingan semula kemudian, sumber mendakwa CCCC bersetuju membenarkan 40 peratus hingga 50 peratus penyertaan tempatan berbanding hanya 30 peratus pada asalnya. Sumber men...

Jangan Batalkan ECRL, Ikut Usul MB Terengganu

Imej
Jangan Batalkan ECRL, Ikut Usul MB Terengganu Sekali lagi Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar membuktikan bahawa beliau sememangnya seorang teknokrat sejati yang berpandangan jauh. Di saat Menteri Pakatan Harapan berantakan sesama sendiri tentang status projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Dr Ahmad Samsuri sebaliknya, mengajukan satu demi satu usul penyelesaian konkrit demi kepentingan negara umumnya dan negeri Terengganu khususnya. Hakikatnya, sejak Ogos 2018 lagi beliau mengusahakan agar projek ECRL ini – yang digelar sebagai ‘Penyembelih Singapura’ oleh media antarabangsa – tidak dibatalkan begitu sahaja oleh kerajaan Pakatan Harapan. Menteri Besar daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) itu sebaliknya mencadangkan kerajaan Pakatan agar membuka tender baharu kepada syarikat tempatan atau luar negara yang berminat untuk meneruskan projek yang cukup bernilai strategik itu. Pertimbangan Dr Ahmad Samsuri ini amat relevan lagi rasional memandan...

Kontrak Syarikat CCCC Yang Seharusnya Membina Projek Keretapi Pantai Timur ECRL Dibatalkan ?

Imej
Kontrak Syarikat CCCC Yang Seharusnya Membina Projek Keretapi Pantai Timur ECRL Dibatalkan ? Berita dalam The Edge pada 18/1/2019 melaporkan dari kerajaan Malaysia telah membatalkan kontrak syarikat CCCC untuk membina keretapi pantai timur ECRL. Asalnya syarikat CCCC diarahkan oleh kerajaan pada Julai tahun lepas untuk menghentikan kerja pembinaan projek ECRL sehingga diberitahu. Projek ECRL adalah salah satu projek mega yang dikaji semula selepas Pakatan Harapan memenangi piliharanya ke 14 tahun lepas. Bila soalan samada betulkah kontrak CCCC untuk membina projek ECRL dibatalkan, Perdana Menteri Tun Mahathir menjawab beliau tidak pasti kerana baru pulang dari luar negara. Sumber The Edge

Good News !! Projek Keretapi Pantai Timur ECRL Mungkin Diteruskan Tapi Pada Skala Yang Lebih Kecil

Imej
Good News !! Projek Keretapi Pantai Timur ECRL Mungkin Diteruskan Tapi Pada Skala Yang Lebih Kecil Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang digantung pembinaannya pada Julai tahun lalu berkemungkinan mampu diteruskan dalam skala yang lebih kecil sekiranya China bersetuju dengan langkah berkenaan. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia dan China masih membincangkan perkara berkenaan dan sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian terbaik. “Apa yang kita cuba lakukan kini adalah memastikan kita tidak berbelanja terlalu besar dan China tidak mengalami kerugian,” katanya kepada Sin Chew Daily, kelmarin. Menurut beliau, Malaysia kini dalam dilema sama ada ingin membatalkan projek ECRL atau meneruskannya dengan perbelanjaan yang besar. “Malaysia bagaimanapun akan cuba sedaya upaya untuk meminda projek berkenaan atau mencari alternatif lain. “Kita sedang berunding secara rasmi atau tidak rasmi bersama mereka (China). Bagi...

Rundingan Nasib Projek Keretapi Pantai Timur ECRL Masih Berjalan

Imej
nst.com.my Tadi saya terbaca dalam The Financial Daily, kerajaan masih tidak membuat keputusan berkenaan status projek keretapi pantai timur ECRL. Menurut menteri terlibat, kerajaan menerusi MRL masih berbincang dengan kontraktor utama projek iaitu China Communication Construction Co Ltd berkenaan nasib projek ECRL. Sehingga kini sudah 4 kali sesi perbincangan sudah dijalankan sejak Julai yang lepas. Perbincangan adalah untuk mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan kos projek ECRL. Walaubagaimanapun, tiada sebarang persetujuan telah dicapai berkenaan pengurangan kos projek. Menurut menteri terlibat, kos ECRL adalah RM80.92 billion  untuk dibina & kerajaan sudah pun membayar RM19.68 billion dimana RM9.67 billion dibayar untuk kerja yang sudah siap & RM10.02 billion sebagai pembayaran pendahuluan. Pembayaran pendahuluan itu boleh dituntut balik oleh MRL jika projek ECRL dibatalkan. Kerajaan mengerti benefit projek ECRL kepada pembangunan pantai timur, namun ker...

Kontrak Projek Keretapi ECRL Pelik - Tun Mahathir

Imej
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir memberitahu kontrak untuk projek keretapi ECRL adalah pelik ketika ditemuramah oleh The Edge.

Laluan Kereta Api Terpanjang Di Dunia Bakal Dibina Dari Tokyo Ke Kota London

Imej
Desas-desus untuk menghubungkan Kota London dan Tokyo dengan kereta api semakin jelas. Ini berdasarkan 1 laporan yang menyatakan kerajaan Russia mengambil serius rancangan untuk membuka laluan kereta api Tokyo ke London sepanjang 8400 batu via laluan kereta api Trans Siberian sedia ada. Kalau kita perhatikan peta dibawah, laluan kereta api ini akan bermula dari London seterusnya ke laluan kereta api Trans Siberian melalui Moscow hingga Khabarovsk & bersambung dengan Tokyo melalui jambatan rentas laut sepanjang 28 batu yang bakal dibina kalau projek kereta api terpanjang didunia ini materialise. Kalau projek laluan kereta api terpanjang di dunia ini menjadi kenyataan, ianya akan memberi option kepada pengeksport dari Asia Timur untuk menghantar kargo ke Europe dengan lebih pantas selain sebelum ini perlu menggunakan laluan laut. Ianya jugak akan membuka peluang kepada satu bentuk pelancongan adventerous kepada mereka yang suka dan berminat menggunakan keretapi jarak jauh un...

Betul Ke Harga Tiket ECRL Nanti RM500 ?

Imej
Macam-macam pengiraan ECRL keluar di Facebook, Whatsapp dan sebagainya. Paling menarik siap boleh agak-agak berapa banyak trip yang ECRL akan buat dalam masa sehari bila siap nanti. Sembang kemas macam dia ada crystal ball. Siap bagi conclusion, not VIABLE tu tak boleh blah. Konfiden bai. Dan rakyat Malaysia macam biasalah. Dengan yakinnya percaya 100% hanya dengan baca tajuk. Wahai sahabat wahai teman, meh den nak cuba terangkan beberapa perkara. Andaian 1: Tambang pertrip ECRL RM520 – RM1250 per trip.  Sadly to inform, tuan propaganda kena buat kiraan baru. Kenapa? Tahukah anda bila ECRL siap sepenuhnya nanti, dijangkakan bahawa sebanyak 5.4 JUTA PENUMPANG akan menggunakan perkhidmatan ini setiap tahun atau dengan kata lain 14-15 RIBU PENUMPANG setiap hari. (Boleh rujuk di link rujukan 1 dan 2 di bawah). Jauh meninggalkan ‘ramalan’ bola crystal 2.4K penumpang setiap hari. Jadi jika merujuk kepada kiraan simplistic di atas makanya: RM520/6 (15/2.4) = RM86...

Like FB Maafsebut