Pintasan Bentong Atasi Kesesakan Di Kelantan & Pahang
Masalah kesesakan lalu lintas di daerah ini menjadi kerunsingan penduduk dan pengguna jalan raya sejak beberapa tahun lalu. Masalah lebih kronik pada setiap kali musim perayaan atau cuti sekolah, dengan kesesakan luar biasa berlaku di laluan menuju ke pekan yang turut menjadi jalan utama ke Pantai Timur. Bagaimanapun, segala kesulitan itu bakal diatasi sebaik projek jalan pintasan Bentong yang juga sebahagian daripada fasa pembinaan Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) siap tidak lama. Projek Bentong Bypass sepanjang 28.5 kilometer (KM) dengan dua lorong itu akan menjadi alternatif baru kepada pengguna jalan raya untuk tidak lagi melalui pekan Bentong yang kerap sesak. Jalan pintasan yang bermula selepas Plaza Tol Bentong (susur keluar Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak) berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan melalui kawasan Benus dan Kampung Lebu. Pada masa sama, Lebuh Raya Bentong-Raub sepanjang 54 km yang dijangka siap tahun ini juga bertindak sebagai lalu...