Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kota Bharu Kelantan cityscape and stories

Bilakah Agaknya Projek Pembesaran Airport Kota Bharu Akan Bermula ?

Imej
Lapangan terbang Sultan Ismail Petra di Kelantan adalah airport tersibuk di pantai timur semenanjung Malaysia dengan kapasitinya melebihi dari 1.4 juta per annum. Mengikut perancangan, sepatutnya projek pembesaran airport kat Kelantan ini bermula Julai 2018 dengan menelan kos melebihi RM400 juta dan kapasiti melebihi 4 juta penumpang per annum. Namun perubahan kerajaan selepas PRU14 menyaksikan pembinaan tertangguh kerana kerajaan pada waktu ini dibebani dengan hutang yang terlalu tinggi. Bukan sahaja projek pembesaran airport yang tertangguh, projek HSR dan projek ECRL turut ditangguhkan pada waktu itu. Tak silap saya tender untuk design projek pembesaran airport LTSIP ini keluar tahun lepas dan sepatutnya tahun inilah projek akan start. Namun kerajaan sekali lagi berubah dengan kerajaan PH tumbang digantikan dengan kerajaan PN dan ditambah pulak dengan wabak covid-19 yang melanda negara tak tahu bila lah projek pembesaran airport kat Kelantan ini akan bermula. Komponen...

Industri Pelancongan Kelantan Mampu Maju Kerana Kelantan Negeri Yang Unik

Imej
Saya tak paham kenapa orang bilang kat Kelantan nih takde tempat menarik untuk dikunjungi. Bagi saya tanggapan mereka itu totally wrong !! Kelantan yang bukan sahaja dikenali sebagai Serambi Mekah tetapi jugak Kota Budaya sebenarnya menjanjikan pelbagai aktivit dan tempat menarik untuk dikunjungi. Yang kurangnya kerana tiada usaha untuk explore dengan lebih mendalam apa yang sudah ada di Kelantan ini. 1. Makan Kalau bab delicacies saya merasakan Kelantan antara yang paling unik berbanding negeri-negeri lain. Kat Kelantan nih sebenarnya terlalu banyak makanan yang lansung tiada diluar yang boleh diangkat sebagai makanan unik Kelantan. Tengoklah sahaja Pulau Pinang yang popular dengan nasi kandar. Kalau kat Kelantan banyak lagi kita boleh popularkan. Antaranya ayam percik, budu, lawa dan list is goes on sebab terlalu banyak. 2. Pantai Tuhan telah memberikan negeri Kelantan dengan pantai-pantai yang cantik. Siapa tak kenal dengan Pantai Melawi dan Pantai Kandis....

Inilah Masanya Kerajaan Pusat Membangunkan Kelantan

Imej
Setelah PRU-14 berlalu, saya lihat Kelantan masih sama seperti dahulu. Lapangan terbang belum dibesarkan, lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu belum siap, air masih berkarat, bandar masih kotor, kilang IKS belum banyak, dadah masih menjadi masalah sosial utama, dan royalti minyak belum diberi kepada Kelantan. ECRL pula yang kerajaan BN dahulu hendak laksanakan dibatalkan oleh kerajaan baharu. Apa sebabnya Kelantan begitu? Apakah kerana kerajaan Kelantan lemah atau kerajaan pusat mendiskriminasikan Kelantan? Ramai menyalahkan pemimpin Kelantan lemah, tidak pandai menjana kewangan, hanya bergantung kepada hasil balak dan bantuan kewangan kerajaan pusat sahaja. Pandangan tersebut ada benarnya, tetapi lebih benar lagi adalah Kelantan tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Maka, sampai waktunya dengan kerajaan baharu ini, apa yang menjadi hak Kelantan diberikan kepada Kelantan. Kerajaan pusat sekarang jangan lagi mengulangi kesilapan kerajaan BN dahulu. Menafikan hak Kelant...

Kelantan Mundur ? Ade Aku Kisah

Imej
Kalau diperkatakan tentang Kelantan, mesti akan dikaitkan dengan kemiskinan & kemunduran. Benarkah begitu ? Saya tak tahu kerana saya bukan orangnya untuk membincangkan miskin kaya maju mundur ini. Bagi saya ianya terlalu subjektif. Tak percaya ? Try tanya orang kelantan sudah semestinya anda akan mendapat jawapan yang pelbagai ragam. Saya tak kisah pun kalau ade pihak yang memanggil kelantan sebagai sebuah negeri miskin atau mundur. Saya suka menetap di kelantan bukan sebab maju ke apa. Saya suka menetap di kelantan kerana ini adalah tanah air saya. Disinilah saya dilahirkan dan dibesarkan. Disinilah saya mula mengenal dunia. Saya dulu pernah jugak mencuba seperti mana rakan-rakan seperjuangan yang lain berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang baru. Tak dapat dinafikan kalau kat KL macam-macam peluang yang boleh didapati. Berbeza sekali suasananya dengan Kelantan yang serba kurang itu ini. Kalau saya nak mengejar duit banyak, yea memang saya sudah dapat itu di KL...

Kelantan Dapat Royalti Minyak

Imej
Setelah sekian lama Kelantan dinafikan hak untuk mendapatkan duit dari hasil minyak di perairan kelantan, Kerajaan Persekutuan dibawah Pakatan Harapan akan membayar royalti minyak sekurang-kurangnya lima peratus kepada Kelantan tanpa melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Budak Perempuan Kelantan Ini Matang Sebelum Usia & Memerlukan Sumbangan Dari Warga Kelantan Prihatin

Imej
USIA baru 12 tahun tapi sudah pun menggalas tanggungjawab besar apabila terpaksa memasak, membasuh dan mengemaskan rumah setiap hari. Nor Atikah Maisarah memikul amanah itu bagi menggantikan tanggungjawab seorang ibu dengan melakukan tugas berkenaan untuk bapa, Mohd Saidi Mohd Nor, 51 dan adik perempuannya, Nor Atikah Waheeda, 10. Dia yang ditinggalkan ibu kandung sejak berusia enam tahun, sudah biasa dengan kerja rumah seawal usia lapan tahun lagi, malah tanggungjawabnya semakin bertambah selepas bapanya terbabit kemalangan jalan raya pada Februari lalu.

Warna Warni Kala Malam Di Bandaraya Kota Bharu

Imej
Selalunya kalau korang search kat mana-mana, jarang sekali terjumpa view Kota Bharu di waktu malam. Selalunya yang banyak terdapat jika Google adalah waktu disiang hari. Tahukah korang semua view bandar Kota Bharu diwaktu malam cukup cantik ??

Pengemis Warga Asing Mula Membanjiri Kelantan Sebaik Sahaja Ramadan Bermula

Imej
Pengemis warga asing mula membanjiri negeri ini sebaik Ramadan bermula Khamis lalu. Kebanyakan pengemis yang berasal dari Thailand itu memasuki negeri ini dengan menyeberangi beberapa pangkalan haram di sepanjang sempadan Malaysia/Thailand, manakala sebahagian lagi menggunakan laluan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ).

Makan Makanan Western Kat Yaakob Western Cafe Kota Bharu Sedap Gilerr

Imej
Makan Makanan Western Kat Yaakob Western Cafe Kota Bharu Sedap Gilerr Kalau bab makanan western kat Kota Bharu nih banyak kedai yang offer. Tapi sedap ke ? Itu yang menjadi persoalan. Tambahan pulak dengan sikap ambo yang cukup cerewet bab makan, nak jumpa kedai makan yang betul-betul jual western food yang sedap agak sukar. Berbeza dengan 1 tempat ini. Terletak bertentangan dengan pejabata FAMA Kelantan, Yaakob Western Cafe yang hanya awal tahun 2018 dibukak tidak pernah mengecewakan saya. Dimiliki dan dikendalikan oleh Encik Yaakob yang dulunya seorang pekerja bank, beliau menyajikan hanya makanan barat kepada para pelanggannya. Dengan gaya dalaman kedai yang ala-ala hipster ditambah pulak dengan wifi percuma, sesiapa sahaja boleh tertarik untuk makan kat sini. Saya nih seorang yang tak suka crowded kalau gi makan kat mana-mana sekalipun. So saya akan pilih masa dimana orang tak berapa ramai kat kedai. Kalau kat Yaakob Western Cafe ini, saya memilih un...

Sunyi Tanpa Tok Guru Nik Aziz

Imej
Sunyi Tanpa Tok Guru Nik Aziz Setelah tiga tahun pemergian murabbi ummah, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Medan Ilmu yang sinonim dengan Kuliah Tok Guru pada setiap Jumaat kini boleh katakan semakin hilang seri dan auranya. Walaupun tidak semeriah dulu, Medan Ilmu yang terletak di Jalan Dato’ Pati di tengah bandar Kota Bharu masih menjadi tempat rakyat Kelantan berkongsi ilmu agama menerusi ceramah disampaikan ustaz jemputan dan pimpinan Pas. Menerusi pengamatan penulis juga, biarpun tidak dapat memberikan jumlah yang tepat bilangan mereka yang datang ke dataran ini, namun dalam tempoh 11 tahun ini dapat merasakan perbezaannya terutamanya semasa Allahyarham Nik Aziz masih ada. Boleh dikatakan lautan manusia seawal pagi lagi sudah menunggu kedatangan menteri besar itu datang mencurahkan ilmu, auranya sangat berbeza dengan sekarang. Bukan mahu menolak kehebatan penceramah yang ada tetapi hakikatnya boleh dilihat apabila ruang-ruang kosong nampak begitu jelas. Jika di...

Kelantan Pilih Siapa

Imej
SETIAP kali hujan lebat, paras air longkang di depan kedai makan Zanuri Arrifin akan naik melimpah keluar, dengan bau tidak menyenangkan. Keadaan itu sama sekali tidak disukai pelanggannya.

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kini Mampu Menampung 4 Juta Penumpang Setiap Tahun

Imej
Akhirnya selepas 2 tahun lepas PM Najib mengumumkan cadangan pembesaran Airport KB, kini projek pembesaran airport KB yang menelan belanja RM450 juta bermula.

Wajarkah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Dinaiktaraf Kepada Lapangan Terbang Antarabangsa

Imej
Persoalan dan desakan supaya lapangan terbang Sultan Ismail Petra dijadikan international airport dah lama. Sehinggakan wujud group kat facebook semata-mata untuk mengumpul sokongan agar kerajaan persekutuan dapat menaiktaraf lapangan terbang Sultan Ismail Petra kepada international airport.

Kisah Bila Kunci Hilang

Imej
Ini cerita ambo. Last week ambo tubik bandar gi beli sikit barang-barang untuk nak buat kijo. Lepas siap2 beli apa semua tu, ambo gi balik kat kereta ambo. Lepas tu cari kunci kereta lah nak bukak. Cari punya cari kunci keta ambo takde. Dalam poket takde. Dalam wallet takde. Dalam kasut takde. Intai atas kepala pun takde. Sudah kali nih !! Parok ambo !! Kunci hilang gi alah mane pulak nih !! Nak dikatakan takdir tuhan, ambo terintailah dalam keta. Kunci tertinggal dalam keta rupanya. Lega smeta ambo. Lepas tu ambo pun hello lah dumoh ambo suh wak mari kunci pendua tu. Mendukacitakan sekali sebab kunci pendua tu tak tahu simpat kat mana.

Progress terkini Mydin Tunjung Kelantan

Imej
Ini adalah untuk pertama kali kita dapat tengok sendiri progress Mydin Tunjung yang khabarnya bila siap kelak akan menjadi Mydin terbesar di Malaysia. Kalau tengok kepada size tu mungkin tak mustahil.

BELLA ROSS Kisah Usahawan Wanita Berjaya Dari Kelantan

Imej
Coffee sejuk saya hirup...Hmmm rasa sedap sangat. Saya menjeling jam Tissot ditangan, nampaknya dah 5.30 petang. Hujan diluar pulak nampaknya yang tadi renyai-renyai dah makin lebat. Tiada tanda-tanda mahu berhenti. Actully saya sebenarnya ada appointment dengan seorang usahawan wanita kelantan. Tempat pertemuan adalah di sebuah cafe hipster yang famous di Kota Bharu & kalau mengikut plan asal, kami akan bertemu pada pukul 5 petang. Walaubagaimana pun, kerana beliau ada urusan lain, dia memaklumkan akan datang lewat sikit. Bagi saya itu tak apa kerana saya berasa cukup excited untuk bertemu dengan usahawan wanita kelantan ini. Tengah saya syiok menghirup coffee...coffee memang favourite saya...usahawan wanita yang saya berjanji untuk bertemu akhirnya muncul. Dengan memakai baju kurung berwarna pink dan tudung hijau, beliau nampak cukup elegant dan menampilkan watak seorang yang berjaya. Dia tak datang seorang tapi dengan seorang lelaki yang kemudiannya diperkenalk...

Shairan Huzani Hussain - Dari Anak Nelayan Kelantan Kepada Pengarah Urusan Shell

Imej
Anak kelahiran Kelantan ini sebenarnya mempunyai permulaan hidup yang sangat sederhana. Dilahirkan 49 tahun dahulu di Pasir Puteh kepada sepasang guru, Shairan dibenarkan untuk membesar bersama datuknya di kampung Kedai Buloh, sebuah kampung nelayan di pinggir Sungai Kelantan, berhampiran dengan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bahru. Datuknya hanyalah seorang nelayan sementara neneknya menjual bunga sanggul. Dia merupakan anak sulung di antara empat adik beradik, Shairan membesar di perkampungan nelayan itu seorang diri bersama datuk dan neneknya sehingga berusia enam tahun. Kemudian, Shairan berpindah untuk tinggal bersama ibubapanya dan memulakan persekolahan beliau di SK Tengku Indera Petra di Kota Bahru. Selepas tamat sekolah rendah, Shairan diterima masuk ke MRSM Pengkalan Chepa, di mana Shairan bertemu dengan seorang yang istimewa yang akhirnya menjadi isteri beliau sehingga kini. Hasil usaha Shairan selama lima tahun di sekolah berasrama penuh ...

Progress Terkini Platinum Mall Kota Bharu

Imej
Saya dengar khabar yang Platinum Mall akan dibuka sebelum Raya Aidilfitri ini. Konsep mall ini bukan seperti mall lain di Kelantan sebab ianya berkonsepkan borong sepertimana Kenangan Wholesale City Mall di Kuala Lumpur. Berikut adalah progress terkini Platinum Mall Kota Bharu yang saya sempat share dengan anda semua :

Jangan Ambil Tanah Kami Luah Penduduk Berhubung Projek Lembah Binjai

Imej
“Kasihanilah kami… Lagipun kami dah lebih separuh abad tinggal di Kampung Chepa. Mana lagi kami nak mengadu lepas ni jika tanah kami diambil begitu sahaja,” kata Halimah Daud, 63. Itu antara luahan penduduk berhubung projek Lembah Binjai yang turut melibatkan beberapa kawasan termasuk Kampung Chepa, Kampung Binjai, Kampung Pulau Raja, Kampung Pulau Tengah dan Kampung Pulau Hilir.

Train DMU Baru Menggantikan Train KTMB Lama Untuk Laluan Pantai Timur Single Rail 2018

Imej
Maaf sebab semalam ambo tersilap post yang dikatakan DMU. Actually semalam tu EMU...hehehe..Sorry sebab ambo tersilap. Yang ini baru betul DMU yang akan digunakan nanti untuk laluan pantai timur sedia ada ( bukan ECRL ) yang diuruskan oleh KTMB. Kerajaan Malaysia telah menempah 13 unit hybrid diesel-electric train dimana setiap satu mengandungi 4 gerabak yang mampu membawa max seramai 500 penumpang. Yang uniknya pasal train DMU yang ditempah ini, ianya equipped with supercapacitor that packs high current—high power to allow the fast acceleration of the train. The super-capacitor allows the storage of 85% of braking power to the battery to be used for train acceleration, running.....reducing fuel consumption. Menurut KTMB, speed train nanti ditetapkan bergerak pada kelajuan 120KMH dan meluncur laju diatas landasan yang dinaiktaraf sepanjang 526KM dari KL ke Tumpat. DMU baru ini dijangka mula beroperasi pada awal tahun depan 2018...tak lama dah tu... Ini nanti akan memberi ...

Like FB Maafsebut