Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel automotive

Update Terkini Keretapi Baru KTMB Untuk Laluan Pantai Timur

Imej
Update Terkini Keretapi Baru KTMB Untuk Laluan Pantai Timur sumber malaysikini Untuk pengetahuan korang semua KTMB in process untuk menggantikan keretapi yang uzur sekarang dengan yang baru untuk laluan pantai timur macam yang korang dalam gambar diatas tu. Keretapi yang baru ini type DMU atau Diesel Electric Mobile Unit. Maksudnya engine diesel digunakan untuk menjana elektrik yang kemudiannya akan menggerakkan keretapi. Konsep yang sama macam kereta hybrid cumanya kereta hybrid menggunakan petrol. Apa yang saya tahu, 2 unit DMU akan datang dari China manakala selebihnya akan dipasang di kilang keretapi di Perak. Keretapi yang baru ini mampu memuatkan 200 hingga 220 penumpang pada satu satu masa & mampu bergerak selaju maksimum 140KMH. sumber malaysiakini Apa yang saya tahu unit DMU pertama akan mula beroperasi pada tahun ini & mungkin akan mula mengambil penumpang pada pertengahan tahun atau hujung tahun 2019. Malangnya tiada direct ke KL y...

Geely Secara Tak Sengaja Ada Menyebut Proton X50 ??

Imej
Geely Secara Tak Sengaja Ada Menyebut Proton X50 ?? Sama ada sengaja atau pun tidak, laman Instagram Geely Auto beberapa jam yang lalu telah memuat naik foto model SUV kompaknya, Bin Yue atau sebelum ini dikenali dengan namakod SX11 beserta kapsyen dengan tanda pagar (hasthtag) #protonx50. Sumber gambar funtasticko Nampak gayanya Geely semakin seronok bekerjasama dengan Proton setelah X70 mendapat sambutan yang cukup hangat, dengan purata tempahan 200-300 sehari hinggakan mereka membocorkan nama X50 secara terbuka di media sosial. ** Rupa-rupanya akaun Instagram itu hanyalah untuk peminat Geely, bukan laman rasmi. Patutlah jumlah pengikutnya jauh lebih ramai dari laman rasmi. Apa pun kita tunggu sahaja perkembangan terkini dari semasa ke semasa. Sumber funtasticko

Kerajaan Tidak Akan Beli Proton

Imej
  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan kerajaan tidak berhasrat membeli semula syarikat kereta nasional, Proton Holdings. Menurut PM Mahathir, Proton kini dimiliki oleh hartawan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Menyampahnya Lipas Banyak Sungguh Dalam Kereta

Imej
Lipas (bukan dua lipa yang popular itu) merupakan musuh utama bagi pemilik kenderaan yang amat mementingkan kebersihan dan kecantikan dalaman kereta mereka. Tambah menyakitkan jiwa sekiranya lipas tadi sudah pun berumah tangga di dalam kereta kita dan beranak pinak membentuk pasukan bola sepak kebangsaan. Dilaporkan pada awal tahun lalu, seorang pemandu wanita terbabas disebabkan terkejut dengan gangguan lipas ketika sedang memandu. Jadi bagaimanakah caranya untuk mengelakkan lipas daripada menghuni kereta anda tanpa kebenaran ?

Like FB Maafsebut